The Demopædia Encyclopedia on Population is under heavy modernization and maintenance. Outputs could look bizarre, sorry for the temporary inconvenience

Kamus Demografi Pelbagai Bahasa, Edisi Kedua, Volum Bahasa Malaysia

93

Daripada Demopædia.
Lompat ke: pandu arah, cari


Penolak tuntutan : Penaja Demopaedia tidak semestinya bersetuju dengan kesemua definisi yang terkandung dalam Kamus versi ini.

Pengharmonian edisi kedua Kamus Demografi Pelbagai Bahasa adalah suatu proses berterusan. Sila rujuk laman perbincangan untuk komen selanjutnya.


Pergi ke: Pengenalan Demopædia | Arahan penggunaan | Muat turun
Bab: Prakata | 1. Konsep umum | 2. Pengurusan dan pemprosesan statistik penduduk | 3. Taburan dan klasifikasi penduduk | 4. Mortaliti dan morbiditi | 5. Perkahwinan | 6. Kesuburan | 7. Pertambahan dan penggantian penduduk | 8. Mobiliti ruangan | 9. Aspek ekonomi dan sosial demografi
Muka: 10 | 11 | 12 | 13 | 14 | 15 | 16 | 20 | 21 | 22 | 23 | 30 | 31 | 32 | 33 | 34 | 35 | 40 | 41 | 42 | 43 | 50 | 51 | 52 | 60 | 61 | 62 | 63 | 70 | 71 | 72 | 73 | 80 | 81 | 90 | 91 | 92 | 93


930

Dasar kependudukan (105-2) adalah langkah yang diambil oleh kerajaan bagi mempengaruhi trend perubahan penduduk. Perbezaan dibuat antara dasar pendukung pertambahan penduduk1 yang dibentuk untuk menambah bilangan penduduk, meningkatkan kadar pertumbuhan penduduk atau mengawal penurunan kadar pertumbuhan penduduk atau pengurangan penduduk2, dan dasar kawalan penduduk3 bagi tujuan mengawal pertumbuhan penduduk atau mengurangkan kadar pertambahan penduduk. Dasar-dasar pronatalis4 yang bertujuan untuk menambah kadar kelahiran (332-1) adalah penting. Di sebalik dasar-dasar pronatalis, terdapat juga dasar-dasar antinatalis5 yang dibentuk untuk mengurangkan bilangan kelahiran. Dasar kependudukan harus memasukkan komponen dasar penyusunan semula penduduk6 yang bertujuan untuk menyusun penduduk di dalam sesuatu kawasan, sepertimana komponen dasar migrasi7. Dasar kesihatan8 yang bertujuan untuk mengurangkan morbiditi (420-1) dan kematian (401-1) adalah satu komponen lain dalam dasar kependudukan.

931

Di kebanyakan negara elaun1, faedah1 atau geran2 diberikan kepada ibubapa kepada kanak-kanak. Secara umumnya, elaun adalah sejumlah wang yang dibayar secara berkala manakala geran pula dibayar hanya pada satu-satu ketika. Elaun keluarga3 atau elaun kanak-kanak3 adalah sejumlah wang yang dibayar kepada ibubapa berdasarkan kepada bilangan anak yang mereka miliki. Dalam kebanyakan sistem fiskal, rebat cukai4 diberi berdasarkan kepada bilangan anak-anak tanggunggan. Faedah kewangan lain yang diberikan di beberapa negara termasuklah geran bersalin5 atau geran kelahiran5 yang dibayar ketika kelahiran anak, elaun pra-natal6 dibayar kepada bakal-bakal ibu semasa mengandung, dan pinjaman perkahwinan7 diberikan kepada pasangan yang baru berkahwin dalam membantu mereka membina keluarga.

932

Kebanyakan langkah lain seperti program perumahan atau program berkaitan kesihatan awam1 mempunyai impak ke atas fenomena demografi. Peruntukan perkhidmatan kepada wanita mengandung seperti 2932 dan untuk wanita parturient (603-4*) boleh membantu mengurangkan kematinan janin lewat, bayi dan ibu bersalin (cf. 410, 411, 413, and 424-5). Perkhidmatan yang khususnya ditawarkan untuk membantu ibu dipanggil perkhidmatan ibu bersalin3; untuk membantu anak dipanggil perkhidmatan kebajikan bayi4 atau perkhidmatan kebajikan kanak-kanak4.

933

Program kependudukan1 yang dibangunkan untuk mengurangkan kesuburan di negara-negara membangun telah memasukkan pendidikan perancangan keluarga2 dan perkhidmatan perancangan keluarga3, sama ada secara berasingan atau digabungkan dengan program-program kesihatan4 dan program-program kebajikan sosial5, terutamanya program-program kesihatan ibu bersalin dan anak6 yang dibentuk untuk mengurangkan kematian. Terdapat beberapa negara memberikan pelbagai insentif7 dan disinsentif8 untuk menggalakkan penggunaan perancangan keluarga; terdapat juga tekanan-tekanan9 sosial dan arahan-arahan10 perundangan untuk menggalakkan amalan tersebut.

* * *

Pergi ke: Pengenalan Demopædia | Arahan penggunaan | Muat turun
Bab: Prakata | 1. Konsep umum | 2. Pengurusan dan pemprosesan statistik penduduk | 3. Taburan dan klasifikasi penduduk | 4. Kematian dan morbiditi | 5. Perkahwinan | 6. Kesuburan | 7. Pertambahan dan penggantian penduduk | 8. Mobiliti ruangan | 9. Aspek ekonomi dan sosial demografi
Muka: 10 | 11 | 12 | 13 | 14 | 15 | 16 | 20 | 21 | 22 | 23 | 30 | 31 | 32 | 33 | 34 | 35 | 40 | 41 | 42 | 43 | 50 | 51 | 52 | 60 | 61 | 62 | 63 | 70 | 71 | 72 | 73 | 80 | 81 | 90 | 91 | 92 | 93