The Demopædia Encyclopedia on Population is under heavy modernization and maintenance. Outputs could look bizarre, sorry for the temporary inconvenience

Kamus Demografi Pelbagai Bahasa, Edisi Kedua, Volum Bahasa Malaysia

14

Daripada Demopædia.
Lompat ke: pandu arah, cari


Penolak tuntutan : Penaja Demopaedia tidak semestinya bersetuju dengan kesemua definisi yang terkandung dalam Kamus versi ini.

Pengharmonian edisi kedua Kamus Demografi Pelbagai Bahasa adalah suatu proses berterusan. Sila rujuk laman perbincangan untuk komen selanjutnya.


Pergi ke: Pengenalan Demopædia | Arahan penggunaan | Muat turun
Bab: Prakata | 1. Konsep umum | 2. Pengurusan dan pemprosesan statistik penduduk | 3. Taburan dan klasifikasi penduduk | 4. Mortaliti dan morbiditi | 5. Perkahwinan | 6. Kesuburan | 7. Pertambahan dan penggantian penduduk | 8. Mobiliti ruangan | 9. Aspek ekonomi dan sosial demografi
Muka: 10 | 11 | 12 | 13 | 14 | 15 | 16 | 20 | 21 | 22 | 23 | 30 | 31 | 32 | 33 | 34 | 35 | 40 | 41 | 42 | 43 | 50 | 51 | 52 | 60 | 61 | 62 | 63 | 70 | 71 | 72 | 73 | 80 | 81 | 90 | 91 | 92 | 93


140

Purata1 atau min1 yang biasa digunakan dalam demografi adalah purata aritmetik2 atau min aritmetik2 yang terhasil daripada hasil tambah sesuatu siri kuantiti dan dibahagikan dengan bilangannya.. Apabila istilah purata atau min digunakan tanpa sebarang syarat tambahan, ia adalah merujuk kepada purata aritmetik. Min geometrik3 atau purata geometrik3 kadangkala digunakan apabila kesemua nilai yang diperhatikan adalah positif. Purata berpemberat4 atau min berpemberat4 diperolehi apabila item yang berbeza memberikan keutamaan yang berbeza dengan mendarabkan setiap item tersebut dengan faktor berpemberat5 atau pemberat5 tertentu. Median6 adalah nilai bagi elemen yang membahagikan sesuatu set7 pemerhatian kepada dua bahagian. Mod8 adalah nilai yang biasa dan kerap digunakan dalam sesuatu set pemerhatian.

141

Penyelerakan1, selerakan1, variasi1 atau kepelbagaian1 bagi sesuatu set pemerhatian bergantung kepada perbezaan2 atau sisihan2 antara elemen. Hanya ukuran-ukuran penyelerakan3 akan diterangkan. Julat4 adalah perbezaan antara nilai yang paling tinggi dan nilai yang paling rendah bagi sesuatu set elemen. Julat antara kuartil5 adalah perbezaan antara kuartil (142-2) pertama dan ketiga dan mengandungi separuh daripada pemerhatian dalam set tersebut. Julat semi-antara kuartil6, juga dipanggil sisihan kuartil6, iaitu separuh daripada julat antara kuartil selalunya digunakan sebagai ukuran bagi penyelerakan. Min sisihan7 atau purata sisihan7 adalah min aritmetik (140-2) bagi nilai-nilai positif bagi sisihan-sisihan sesuatu item daripada purata, varians8 adalah min aritmetik bagi sisihan tersebut yang dikuasa dua dan sisihan piawai9 adalah punca kuasa dua bagi varians.

142

Sekiranya sesuatu siri pemerhatian disusun dalam turutan menaik, nilai-nilai yang berada di bawah kadaran pemerhatian tertentu dirujuk sebagai quantile1 atau statistik turutan1. Median (140-6) telah diterangkan sebelum ini. Statistik turutan penting yang lain adalah kuartil-kuartil2, desil-desil3, dan persentil-persentil4 atau sentil-sentil4, yang membahagikan pemerhatian masing-masing kepada empat, sepuluh dan seratus.

143

Sesuatu pembolehubah adalah selanjar1 dalam sesuatu selang apabila ia adalah nilai-nilai tidak terhingga antara dua titik yang terkandung dalam selang tersebut. Sekiranya keadaan adalah sebaliknya, ia dipanggil tidak selanjar2. Apabila sesuatu pembolehubah adalah nilai-nilai terpencil yang tertentu, ia dipanggil pembolehubah diskret3.

144

Penyusunan ahli-ahli dalam populasi mengikut kategori atau kelas bagi atribut yang tertentu atau pembolehubah menghasilkan taburan kekerapan1, juga dipanggil taburan1. Nisbah bagi bilangan dalam sesuatu kumpulan atau sel — kekerapan mutlak2 atau kekerapan kelas2 — kepada jumlah bilangan dalam kesemua kumpulan dipanggil kekerapan relatif3 dalam kumpulan tersebut. Dalam demografi, istilah struktur4 dan komposisi4 menerangkan tentang taburan mengikut ciri-ciri seperti umur, jantina, status perkahwinan, pekerjaan dan sebagainya. Istilah struktur kadangkala hanya dikhususkan untuk menerangkan taburan penduduk mengikut umur dan jantina sahaja.

* * *

Pergi ke: Pengenalan Demopædia | Arahan penggunaan | Muat turun
Bab: Prakata | 1. Konsep umum | 2. Pengurusan dan pemprosesan statistik penduduk | 3. Taburan dan klasifikasi penduduk | 4. Kematian dan morbiditi | 5. Perkahwinan | 6. Kesuburan | 7. Pertambahan dan penggantian penduduk | 8. Mobiliti ruangan | 9. Aspek ekonomi dan sosial demografi
Muka: 10 | 11 | 12 | 13 | 14 | 15 | 16 | 20 | 21 | 22 | 23 | 30 | 31 | 32 | 33 | 34 | 35 | 40 | 41 | 42 | 43 | 50 | 51 | 52 | 60 | 61 | 62 | 63 | 70 | 71 | 72 | 73 | 80 | 81 | 90 | 91 | 92 | 93