The Demopædia Encyclopedia on Population is under heavy modernization and maintenance. Outputs could look bizarre, sorry for the temporary inconvenience

Kamus Demografi Pelbagai Bahasa, Edisi Kedua, Volum Bahasa Malaysia

Prakata

Daripada Demopædia.
Lompat ke: pandu arah, cari


Pergi ke: Pengenalan Demopædia | Arahan penggunaan | Muat turun
Bab: Prakata | 1. Konsep umum | 2. Pengurusan dan pemprosesan statistik penduduk | 3. Taburan dan klasifikasi penduduk | 4. Mortaliti dan morbiditi | 5. Perkahwinan | 6. Kesuburan | 7. Pertambahan dan penggantian penduduk | 8. Mobiliti ruangan | 9. Aspek ekonomi dan sosial demografi
Muka: 10 | 11 | 12 | 13 | 14 | 15 | 16 | 20 | 21 | 22 | 23 | 30 | 31 | 32 | 33 | 34 | 35 | 40 | 41 | 42 | 43 | 50 | 51 | 52 | 60 | 61 | 62 | 63 | 70 | 71 | 72 | 73 | 80 | 81 | 90 | 91 | 92 | 93

Pendahuluan

Suruhanjaya Kependudukan, Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dalam sesi keempat meminta Sekretariat PBB untuk memasukkan penyediaan kamus demografi pelbagai bahasa dalam program kerjanya. Kesatuan tersebut menawarkan diri untuk bekerjasama dalam projek ini, dan pada akhir sesi kelima Suruhanjaya Kependudukan Jawatankuasa ad hoc telah diberikan tugas untuk merangka kamus demografi pelbagai bahasa dalam versi bahasa Inggeris, Perancis dan Sepanyol.

Kamus demografi pelbagai bahasa dalam versi bahasa Perancis dan Inggeris telah berjaya diterbitkan pada tahun 1958. Kemudian, diikuti oleh versi-versi lain: Sepanyol (1959), Itali (1959), Jerman (1960), Finland (1964), Rusia (1964), Czech (1965), Poland (1966), Sweden (1969), Portugis (1969), Bahasa Arab (1970) dan Serbo-Croatia (1971).

Pada sesi kelima belas yang diadakan di Geneva pada bulan November 1969, Suruhanjaya Kependudukan PBB telah mencadangkan Setiausaha Agung PBB untuk bekerjasama dengan Kesatuan dalam melaksanakan projek-projek yang mempunyai kepentingan bersama seperti penyediaan kamus demografi pelbagai bahasa.

Pada mesyuarat sebelumnya di Liege pada bulan April 1969, Majlis Kesatuan menyatakan kepuasan mereka terhadap pembangunan kamus ini, walau bagaimanapun, sudah sampai masanya untuk kamus ini dikemaskini selaras dengan perubahan besar yang telah mempengaruhi bidang demografi setelah kamus ini diterbitkan.

Satu jawatankuasa baru telah dibentuk di mana sumber kewangannya telah ditaja oleh Biro Banci Amerika Syarikat. Projek ini telah bermula pada tahun 1972 dan berakhir pada tahun 1974.

Tanggungjawab Jawatankuasa ini tidak hanya terhad kepada ahli-ahlinya sahaja di mana terdapat ramai ahli demografi yang telah memberi maklumbalas terhadap draf yang telah dimajukan kepada mereka.

Nota mengenai penggunaan kamus

Kamus mengandungi teks berserta nota dalam indeks abjad. Kesemua istilah yang bertulisan tebal dalam teks dan nota disenaraikan dalam indeks. Apabila ungkapan terdiri yang daripada beberapa perkataan dicetak dalam tulisan tebal, ia akan muncul dalam indeks di bawah setiap perkataan juzuk utama, cth., "kepadatan penduduk" adalah indeks di bawah D sebagai "KEPADATAN penduduk", dan di bawah P sebagai "PENDUDUK kepadatan".

Setiap istilah mempunyai nombor rujukan yang terdiri daripada nombor perenggan di mana ia berada dan nombor pengenalan. Bagi istilah yang berada badan teks, nombor pengenalan dicetak selepas istilah tersebut, dan bagi istilah yang berada dalam nota, ia adalah nombor nota tersebut; ini juga menghubungkan nota kepada istilah kepada istilah yang sama dalam teks. Istilah yang terdapat dalam nota yang tidak terdapat dalam teks ditandakan dengan bintang dalam indeks dan nombor rujukan.

Istilah teks yang mempunyai nombor rujukan yang sama di pelbagai seksyen dalam kamus merujuk kepada satu sama lain. Sebagai contoh, penterjemah yang ingin mencari istilah Perancis yang sama dengan istilah Inggeris yang diberikan perlu melihat kepada ungkapan Inggeris dalam indeks abjad bagi seksyen Inggeris dan mencari perenggan bernombor yang bersesuaian dalam seksyen Perancis. Dicadangkan bahawa keseluruhan perenggan di mana terdapatnya ungkapan di kedua-dua seksyen patut dibaca dalam usaha untuk melindungi pertenjemahan yang salah disebabkan oleh perbezaan penggunaan; ia juga adalah penting jika dalam salah satu bahasa, tidak terdapat istilah untuk menerangkan sesuatu konsep tertentu.

Istilah-istilah yang berbeza yang digunakan untuk menerangkan konsep yang sama mempunyai nombor rujukan yang sama. Sebarang istilah yang mudah terdedah kepada interpretasi yang berbeza akan mempunyai dua atau lebih nombor rujukan yang merujuk kepada konteks yang bersesuaian.

Singkatan

adj. adjective
n. noun
v. verb.

Penghargaan

Banyak pihak yang telah terlibat dalam penyediaan kamus ini dan ucapan terima kasih khusus kepada Ketua Pengarah, Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) dan pegawai serta kakitangan Bahagian Kependudukan LPPKN.


Pergi ke: Pengenalan Demopædia | Arahan penggunaan | Muat turun
Bab: Prakata | 1. Konsep umum | 2. Pengurusan dan pemprosesan statistik penduduk | 3. Taburan dan klasifikasi penduduk | 4. Kematian dan morbiditi | 5. Perkahwinan | 6. Kesuburan | 7. Pertambahan dan penggantian penduduk | 8. Mobiliti ruangan | 9. Aspek ekonomi dan sosial demografi
Muka: 10 | 11 | 12 | 13 | 14 | 15 | 16 | 20 | 21 | 22 | 23 | 30 | 31 | 32 | 33 | 34 | 35 | 40 | 41 | 42 | 43 | 50 | 51 | 52 | 60 | 61 | 62 | 63 | 70 | 71 | 72 | 73 | 80 | 81 | 90 | 91 | 92 | 93

Templat:OtherLangPrefaces