The Demopædia Encyclopedia on Population is under heavy modernization and maintenance. Outputs could look bizarre, sorry for the temporary inconvenience

Kamus Demografi Pelbagai Bahasa, Edisi Kedua, Volum Bahasa Malaysia

63

Daripada Demopædia.
Lompat ke: pandu arah, cari


Penolak tuntutan : Penaja Demopaedia tidak semestinya bersetuju dengan kesemua definisi yang terkandung dalam Kamus versi ini.

Pengharmonian edisi kedua Kamus Demografi Pelbagai Bahasa adalah suatu proses berterusan. Sila rujuk laman perbincangan untuk komen selanjutnya.


Pergi ke: Pengenalan Demopædia | Arahan penggunaan | Muat turun
Bab: Prakata | 1. Konsep umum | 2. Pengurusan dan pemprosesan statistik penduduk | 3. Taburan dan klasifikasi penduduk | 4. Mortaliti dan morbiditi | 5. Perkahwinan | 6. Kesuburan | 7. Pertambahan dan penggantian penduduk | 8. Mobiliti ruangan | 9. Aspek ekonomi dan sosial demografi
Muka: 10 | 11 | 12 | 13 | 14 | 15 | 16 | 20 | 21 | 22 | 23 | 30 | 31 | 32 | 33 | 34 | 35 | 40 | 41 | 42 | 43 | 50 | 51 | 52 | 60 | 61 | 62 | 63 | 70 | 71 | 72 | 73 | 80 | 81 | 90 | 91 | 92 | 93


632

Istilah umum kadar kelahiran1 merujuk kepada kadar yang dikira dengan menghubungkan bilangan kelahiran hidup dalam populasi atau sub-populasi semasa sesuatu jangkamasa kepada saiz populasi atau sub-populasi semasa jangkamasa tersebut. Kadar ini kebiasaannya dinyatakan dengan per 1,000 dan bagi jangkamasa selama setahun. Apabila istilah kadar kelahiran digunakan tanpa sebarang syarat, ia dinamakan sebagai kadar kelahiran kasar2, dan semua kelahiran hidup adalah berkaitan dengan keseluruhan populasi. Kadar kelahiran jumlah3 adalah berdasarkan kepada kelahrian hidup dan kadangkala kematian fetus lewat turut diambilkira. Kadar kelahiran sah4 dan kadar kelahiran luar nikah5 dikira dengan mengambil kelahiran sah dan luar nikah sebagai pengangka dan populasi wanita masih berkahwin dan tidak pernah berkahwin sebagai penyebut. Nisbah anak luar nikah6, kebiasaannya digunakan sebagai bilangan anak luar nikah bagi setiap 1,000 kelahiran. Untuk membandingkan kesuburan bagi populasi yang berbeza, kadar kelahiran seragam7 digunakan untuk menghapuskan kesan kadar kelahiran bagi perbezaan tertentu dalam struktur penduduk (kebiasaannya struktur umur dan jantina). Nisbah kanak-kanak-wanita8 kebiasaannya adalah bilangan kanak-kanak berumur 0 hingga 4 bagi setiap 1,000 wanita dalam umur reproduktif, sebagai contoh 15 hingga 49, digunakan sebagai indeks kesuburan apabila statistik kelahiran yang sahih sukar diperolehi.

633

Istilah kadar kesuburan1 biasanya digunakan apabila penyebut kepada kadar kelahiran dihadkan kepada sekumpulan individu yang mempunyai jantina yang sama dalam umur reproduktif (620-1). Penyebut ini kebiasaannya merujuk kepada penduduk pertengahan tahun dalam sesuatu tempoh, tetapi ia juga boleh merujuk kepada bilangan tahun hidup kumpulan tersebut sepanjang tempoh tersebut, atau purata saiz kumpulan tersebut. Melainkan dinyatakan sebaliknya, kadar tersebut adalah kadar kesuburan wanita2, dan kadar ini dikira daripada sekumpulan wanita: bilangan tahun hidup wanita dalam selang yang dipanggil bilangan tahun wanita3. Kadar kesuburan lelaki4 kadangkala dikira secara analogi. Kadar kesuburan umumnya dinyatakan sebagai bilangan kelahiran bagi setiap seribu penduduk (penduduk yang mempunyai kategori yang sama-jantina, umur, status perkahwinan dan sebagainya — cf. 133-4*). Kadar kesuburan perkahwinan5 atau kadar kesuburan sah5 merujuk kepada bilangan kelahiran sah (610-3) bagi wanita masih berkahwin; kadar kesuburan bukan perkahwinan6 atau kadar kesuburan luar nikah6 merujuk kepada bilangan kelahiran luar nikah (610-4) bagi wanita yang tidak pernah berkahwin, balu dan bercerai. Kadar kesuburan keseluruhan7 tidak membezakan kesahan (610-1) bagi kelahiran atau status perkahwinan ibu bapa. Kadar kesuburan umum8 merujuk kepada bilangan kelahiran bagi kesemua wanita umur reproduktif tanpa mengambilkira status perkahwinan. Kadar-kadar yang berdasarkan kepada had umur yang lebih khusus (kebiasaannya satu atau lima tahun kumpulan umur) dipanggil kadar kesuburan umur tertentu9 atau kadar kelahiran umur tertentu9.

634

Kadar kesuburan susunan tertentu1 menghubungkan kelahiran pada susunan tertentu kepada bilangan wanita, bilangan perkahwinan atau bilangan kelahiran susunan sebelumnya. Kadar kesuburan pariti tertentu2 atau kadar kelahiran pariti tertentu2 bukan hanya menghadkan kepada kelahiran bagi susuna tertentu sebagai pengangka, tetapi juga menghadkan pariti (611-6) wanita yang berisiko (134-2) sebagai penyebut, sebagai contoh kelahiran susunan kedua bagi wanita yang mempunyai pariti satu. Kadar tersebut kebiasaannya khusus kepada umur dan masa tertentu. Dalam kebarangkalian kelahiran pariti tertentu3, pengangka mengandungi bilangan kelahiran pada susunan x + 1 yang berlaku semasa suatu tempoh, dan penyebut mengandungi bilangan wanita yang mempunyai pariti x pada permulaan tempoh yang sama.

635

Apabila mengkaji kesuburan perkahwinan1, data boleh disusun mengikut kohort perkahwinan (116-2) bagi ibu, dan kadar kesuburan perkahwinan jangkamasa tertentu2 lebih kerap digunakan berbanding kadar kesuburan perkahwinan umur tertentu3.

636

Istilah kesuburan kohort1 merujuk kepada prestasi reproduksi bagi kelahiran tertentu atau kohort perkahwinan (116-2). Apabila umur tertentu atau kadar kesuburan perkahwinan jangkamasa tertentu dijumlahkan daripada kohort permulaan pendedahan kepada risiko sehinggalah kepada jangkamasa yang berikutnya, ia merujuk kepada kesuburan terkumpul2. Kesuburan lengkap4 atau kesuburan sepanjang hayat4 adalah kesuburan terkumpul sehingga kesemua ahli dalam kohort tersebut telah mencapai penghujung tempoh reproduktifnya. Hasil tambah kadar kesuburan bagi kohort mengikut kebarangkalian ketakatan wanita sehingga umur berikutnya dipanggil kesuburan bersih terkumpul5 bagi kohort tersebut.

637

Banci dan tinjauan membekalkan maklumat mengenai kesuburan apabila terdapat soalan-soalan berkenaan dengan bilangan kelahiran anak bagi wanita atau pasangan yang ditemubual, sama ada semasa perkahwinan semasa1, atau kesemuanya. Purata bilangan kelahiran anak bagi setiap wanita2 atau pariti purata2 boleh dikira. Bilangan anak bagi setiap pasangan kadangkala dipanggil purata saiz keluarga3. Ia juga boleh mengira purata bilangan kelahiran bagi setiap perkahwinan4. Perhatian khusus perlu diberikan terhadap perkahwinan yang mempunyai kesuburan lengkap5, perkahwinan di mana isteri telah melepasi penghujung umur reproduktif sebelum perkahwinan tersebut dibubarkan. Pariti akhir6 atau pariti lengkap6, sebagai contoh purata bilangan anak bagi setiap wanita yang melepasi umur subur, adalah tidak berbeza dengan kesuburan lengkap (636-4). Penjadualan pariti akhir atau kesuburan lengkap mengikut bilangan anak digunakan untuk mengira siri nisbah janjang pariti7; ini adalah pemecahan di mana penyebut adalah bilangan wanita dengan n anak dan pengangka adalah bilangan wanita dengan n + 1 anak. Kajian khusus memberikan maklumat mengenai pembentukan keluarga8 dan kitaran hidup keluarga8. Selain itu, perhatian khusus diberikan terhadap selang kelahiran (612-1) dan umur pada kelahiran anak terakhir10 bagi wanita yang mempunyai kesuburan yang lengkap.

638

Sejarah kesuburan1 atau sejarah reproduktif1 diperolehi daripada peristiwa-peristiwa penting kehidupan reproduktif seseorang wanita serta tarikh-tarikhnya, seperti perkahwinan, kehamilan, kelahiran, kematian bayi dan sebagainya. Sejarah kesuburan sering diperolehi secara retrospektif daripada kajian-kajian. Jenis keluarga1 digunakan dalam demografi sejarah (102-1), di mana ia dibangunkan untuk pasangan berkahwin dan anak-anak melalui pewujudan semula keluarga2 berasaskan kepada rekod-rekod penting (211-3). Sejarah kehamilan3 atau rekod kehamilan3 seseorang wanita mengandungi maklumat terperinci mengenai kehamilan termasuk tarikh dan masa setiap kehamilan bermula dan berakhir, dan hasil kehamilan tersebut. Rekod-rekod terperinci mengenai tempoh kesuburan telah digunakan untuk pelbagai tujuan. Ia boleh membekalkan maklumat berkaitan kesuburan semulajadi4, sebagai contoh, kesuburan tanpa kehadiran limitasi keluarga (624-4). Ia juga boleh digunakan untuk menganggarkan fekundabiliti5, kebarangkaliann untuk hamil bagi setiap kitaran haid (622-2). Terdapat perbezaan antara fekundabiliti semulajadi6, tanpa penggunaan kontrasepsi, dan fekundabiliti sisa7 iaitu keadaan sebaliknya. Istilah fekundabiliti efektif8 dikhususkan kepada kontrasepsi yang menghasilkan kelahiran hidup sahaja. Kadar kontrasepsi9 sepanjang tempoh pendedahan kepada risiko (613-1) digunakan untuk mengukur keberkesanan kontrasepsi sepanjang penggunaan kontraseptif.

639

Indeks ringkas bagi kesuburan tempoh1, sebagai contoh kesuburan bagi sesuatu tahun atau tempoh, dikira dengan menjumlahkan siri kadar kesuburan umur tertentu yang membentuk jadual kesuburan2 dan mewakili ukuran sintetik kesuburan3 adalah kadar kesuburan jumlah4 atau kesuburan jumlah4. Indeks ringkas bagi tempoh yang lain adalah seperti kadar kesuburan sah jumlah5 boleh diperolehi melalui hasil tambah kadar kesuburan perkahwinan jangkamasa tertentu dan kadar kesuburan jumlah susunan tertentu6, hasil tambah bagi kadar kesuburan umur tertentu susunan mengikut susunan. Nisbah kelahiran kepada perkahwinan7 dikira dengan menghubungkan bilangan kelahiran bagi sesuatu tahun, sama ada kepada perkahwinan bagi tahun tersebut atau kepada purata berpemberat bagi perkahwinan tahun semasa dan sebelumnya.

640

Sekiranya keguguran cetusan (604-2) adalah tidak menyalahi undang-undang, adalah tidak mustahil untuk mengumpulkan statistik mengenai pengguguran sah (604-4). Kadar pengguguran1 adalah ukuran kekerapan keguguran dalam populasi semasa tempoh tertentu, kebiasaannya dalam satu tahun. Pengguguran mungkin dikaitkan dengan jumlah penduduk atau dengan bilangan wanita dalam umur reproduktif dan mungkin khusus kepada umur, pariti atau apa sahaja ciri-ciri lain. Nisbah pengguguran2 adalah ukuran kekerapan keguguran berdasarkan kepada bilangan kelahiran hidup (601-4) semasa tempoh yang sama. Kadar pengguguran semasa hidup3 adalah hasil tambah kadar pengguguran umur tertentu dan ukuran sintetik bagi keguguran bagi setiap wanita atau bagi setiap 1,000 wanita.

* * *

Pergi ke: Pengenalan Demopædia | Arahan penggunaan | Muat turun
Bab: Prakata | 1. Konsep umum | 2. Pengurusan dan pemprosesan statistik penduduk | 3. Taburan dan klasifikasi penduduk | 4. Kematian dan morbiditi | 5. Perkahwinan | 6. Kesuburan | 7. Pertambahan dan penggantian penduduk | 8. Mobiliti ruangan | 9. Aspek ekonomi dan sosial demografi
Muka: 10 | 11 | 12 | 13 | 14 | 15 | 16 | 20 | 21 | 22 | 23 | 30 | 31 | 32 | 33 | 34 | 35 | 40 | 41 | 42 | 43 | 50 | 51 | 52 | 60 | 61 | 62 | 63 | 70 | 71 | 72 | 73 | 80 | 81 | 90 | 91 | 92 | 93