The Demopædia Encyclopedia on Population is under heavy modernization and maintenance. Outputs could look bizarre, sorry for the temporary inconvenience

Kamus Demografi Pelbagai Bahasa, Edisi Kedua, Volum Bahasa Malaysia

52

Daripada Demopædia.
Lompat ke: pandu arah, cari


Penolak tuntutan : Penaja Demopaedia tidak semestinya bersetuju dengan kesemua definisi yang terkandung dalam Kamus versi ini.

Pengharmonian edisi kedua Kamus Demografi Pelbagai Bahasa adalah suatu proses berterusan. Sila rujuk laman perbincangan untuk komen selanjutnya.


Pergi ke: Pengenalan Demopædia | Arahan penggunaan | Muat turun
Bab: Prakata | 1. Konsep umum | 2. Pengurusan dan pemprosesan statistik penduduk | 3. Taburan dan klasifikasi penduduk | 4. Mortaliti dan morbiditi | 5. Perkahwinan | 6. Kesuburan | 7. Pertambahan dan penggantian penduduk | 8. Mobiliti ruangan | 9. Aspek ekonomi dan sosial demografi
Muka: 10 | 11 | 12 | 13 | 14 | 15 | 16 | 20 | 21 | 22 | 23 | 30 | 31 | 32 | 33 | 34 | 35 | 40 | 41 | 42 | 43 | 50 | 51 | 52 | 60 | 61 | 62 | 63 | 70 | 71 | 72 | 73 | 80 | 81 | 90 | 91 | 92 | 93


520

Kekerapan relatif perkahwinan diukur melalui kadar perkahwinan1 atau kadar nupsialiti1, antaranya kadar perkahwinan kasar2 yang memberikan nisbah bilangan perkahwinan kepada jumlah penduduk dalam sesuatu jangka masa. Nupsialiti lelaki3 dan nupsialiti wanita4 kebiasaannya adalah berbeza, dan boleh dikaji secara berasingan. Istilah nupsialiti lelaki3 dan nupsialiti wanita4 digunakan untuk kekerapan perkahwinan bagi berlainan jantina. Kadar perkahwinan umur tertentu5 boleh dikira dengan menjadi bilangan penduduk pada setiap jantina sebagai asas. Terdapat perbezaan antara kadar perkahwinan pertama6, yang merujuk kepada bilangan lelaki bujang atau wanita bujang (515-3 dan 4) berkahwin dengan jumlah lelaki bujang dan wanita bujang, dan kadar perkahwinan semula7 yang merujuk kepada bilangan perkahwinan semula kepada jumlah individu balu/duda dan bercerai. Kadar serupa boleh dikira mengikut umur atau kumpulan umur suami dan isteri apabila perkahwinan dikategorikan oleh umur ketika berkahwin8 bagi setiap pasangan; kadar tersebut dipanggil kadar perkahwinan umur tertentu9. Taburan pasangan mengikut umur perkahwinan membolehkan pengiraan min umur perkahwinan10 atau purata umur perkahwinan10 bagi sesuatu tahun atau jangka masa. Perbezaan umur antara pasangan11 boleh dianalisis daripada pengelasan umur yang digabungkan12 bagi pasangan.

521

Prevalens perkahwinan bagi lelaki atau wanita diukur melalui kadaran tidak pernah berkahwin1. Ia kebiasaannya menyamai kadaran yang masih bujang2 pada umur seperti 50 dan lebih di mana perkahwinan pertama jarang berlaku. Kadaran yang masih bujang pada setiap umur dalam kohort boleh dikira daripada kebarangkalian perkahwinan pertama3, sebagai contoh kadaran individu bujang pada umur x yang akan berkahwin sebelum umur mencecah x + 1, dengan andaian bahawa tiada kematian. Walau bagaimanapun, kadaran yang masih bujang kebiasaannya diperolehi daripada data banci sebagai kadaran bujang4 pada umur dalam kohort tertentu. Apabila terdapat pengelasan perkahwinan pertama mengikut umur pasangan, umur min perkahwinan pertama5, umur median perkahwinan pertama6 dan umur modal perkahwinan pertama7 boleh dikira. Dengan ketiadaan data berkaitan selang perkahwinan, kebiasaannya umur min singulat perkahwinan8 boleh dikira daripada data banci berdasarkan kepada kadaran bujang mengikut umur.

522

Jadual nupsialiti1 menyerupai jadual hayat, dan ia menggabungkan pelbagai fungsi nupsialiti. Jadual nupsialiti kasar1 mengandungi maklumat mengikut umur, kebarangkalian perkahwinan pertama (521-3) dan kadaran yang masih bujang (521-2), dan juga bilangan perkahwinan pertama2 dalam kohort sesuatu saiz tertakluk kepada nupsialiti yang lazim dengan andaian bahawa tiada kematian; ia juga memberikan bilangan yang masih bujang3 pada pelbagai umur. Jadual nupsialiti bersih4 mengambilkira kematian dan juga nupsialiti dan kes khusus jadual susutan berganda (153-4). Jadual tersebut mengandungi pemandiri bujang5, pemandiri pernah berkahwin6, kebarangkalian kelangsungan hidup bujang7 dan jangkaan kehidupan tidak berkahwin8.


523

Kadar perceraian1 boleh dikira melalui perlbagai kaedah. Kadar perceraian kasar2 memberikan nisbah bilangan perceraian kepada purata penduduk dalam sesuatu tempoh. Nisbah perceraian kepada bilangan pasangan berkahwin kadangkala dikira dan dipanggil kadar perceraian penduduk berkahwin3. Jika perceraian ditaburkan mengikut umur individu yang bercerai atau tempoh masa perkahwinan, kadar perceraian umur tertentu4 dan kadar perceraian tempoh tertentu5 boleh dikira. Indeks lain kekerapan perceraian diperolehi dengan mengira bilangan perceraian bagi setiap perkahwinan baru6.

524

Apabila statistik asas yang diperlukan boleh diperolehi, kebarangkalian pembubaran perkahwinan1 boleh dikira, smenunjukkan kebarangkalian perkahwinan bagi setiap jantina yang dibubarkan oleh kematian atau perceraian mengikut tempoh perkahwinan2; jadual pembubaran perkahwinan adalah aplikasi jadual hayat susutan berganda. Jadual perkahwinan semula bagi individu balu/duda dan bercerai boleh juga dikira tetapi indeks perkahwinan semula yang biasa digunakan adalah kekerapan relatif perkahwinan semula3, , sebagai contoh kadaran individu balu/duda atau bercerai yang berkahwin semula, selalunya diberikan umur balu/duda atau bercerai, dan selang antara balu/duda atau cerai dan perkahwinan semula. Maklumat seterusnya membolehkan pengiraan bagi min selang antara balu/duda dan perkahwinan semula4 dan min selang antara perceraian dan perkahwinan semula5.


* * *

Pergi ke: Pengenalan Demopædia | Arahan penggunaan | Muat turun
Bab: Prakata | 1. Konsep umum | 2. Pengurusan dan pemprosesan statistik penduduk | 3. Taburan dan klasifikasi penduduk | 4. Kematian dan morbiditi | 5. Perkahwinan | 6. Kesuburan | 7. Pertambahan dan penggantian penduduk | 8. Mobiliti ruangan | 9. Aspek ekonomi dan sosial demografi
Muka: 10 | 11 | 12 | 13 | 14 | 15 | 16 | 20 | 21 | 22 | 23 | 30 | 31 | 32 | 33 | 34 | 35 | 40 | 41 | 42 | 43 | 50 | 51 | 52 | 60 | 61 | 62 | 63 | 70 | 71 | 72 | 73 | 80 | 81 | 90 | 91 | 92 | 93