The Demopædia Encyclopedia on Population is under heavy modernization and maintenance. Outputs could look bizarre, sorry for the temporary inconvenience

Kamus Demografi Pelbagai Bahasa, Edisi Kedua, Volum Bahasa Malaysia

22

Daripada Demopædia.
Lompat ke: pandu arah, cari


Penolak tuntutan : Penaja Demopaedia tidak semestinya bersetuju dengan kesemua definisi yang terkandung dalam Kamus versi ini.

Pengharmonian edisi kedua Kamus Demografi Pelbagai Bahasa adalah suatu proses berterusan. Sila rujuk laman perbincangan untuk komen selanjutnya.


Pergi ke: Pengenalan Demopædia | Arahan penggunaan | Muat turun
Bab: Prakata | 1. Konsep umum | 2. Pengurusan dan pemprosesan statistik penduduk | 3. Taburan dan klasifikasi penduduk | 4. Mortaliti dan morbiditi | 5. Perkahwinan | 6. Kesuburan | 7. Pertambahan dan penggantian penduduk | 8. Mobiliti ruangan | 9. Aspek ekonomi dan sosial demografi
Muka: 10 | 11 | 12 | 13 | 14 | 15 | 16 | 20 | 21 | 22 | 23 | 30 | 31 | 32 | 33 | 34 | 35 | 40 | 41 | 42 | 43 | 50 | 51 | 52 | 60 | 61 | 62 | 63 | 70 | 71 | 72 | 73 | 80 | 81 | 90 | 91 | 92 | 93


220

Proses untuk memperolehi data statistik daripada dokumen yang tidak dibangunkan untuk tujuan statistik dipanggil pengekstrakan1. Umumnya, apapun sumbernya, maklumat statistik adalah tertakluk kepada pemprosesan2 sama ada secara manual3, mekanikal4, elektronik5 atau kombinasi kaedah-kaedah ini. Pemprosesan manual tidak melibatkan peralatan yang lebih kompleks daripada kalkulator6. Pemprosesan mekanikal menggunakan mesin-mesin penjadualan (224-2) atau mesin-mesin punch card (224-3); pemprosesan elektronik menggunakan komputer (132-2*). Tanpa mengambilkira kaedah pemprosesan, certain jenis-jenis operasi7 tertentu perlu dilakukan termasuk menyunting8 data, penjadualan (130-6*) dan pengiraan (132-2) dan penyediaan jadual9. Kerumitan operasi-operasi ini adalah bergantung kepada kaedah pemprosesan yang digunakan.

221

Penyuntingan data kebiasaannya memerlukan proses pengekodan1 bagi beberapa entri pada dokumen asas2. Skim pengekodan3 menguhubungkan setiap entri dengan keterangannya melalui kod nombor atau huruf tertentu. Buku kod mengumpulkan dan menerangkan kesemua skim pengekodan. Skim pengekodan dibangunkan untuk memudahkan pembahagian data mengikut kumpulan-kumpulan tertentu. Sebaliknya, klasifikasi4 adalah semata-mata senarai kod di mana setiap tajuk5 diberikan satu atau beberapa nombor. Selepas data dikodkan, ia akan membentuk fail (213-3*) yang boleh ditukarkan kepada borang yang boleh dibaca oleh mesin. Peringkat kedua dalam pengekodan terdiri daripada pembersihan6 fail, iaitu menghilangkan ralat melalui kawalan-kawalan kesahan7 dan kawalan-kawalan konsistensi7; ia boleh jadi kawalan dalaman dalam setiap unit statistik (cf. 110-1) atau boleh terhasil daripada perbandingan antara unit yang berbeza.

222

Data yang telah disunting adalah tertakluk kepada pengelasan (130-7) dan penjadualan (130-6*), dan biasanya akan dibentangkan dalam bentuk jadual-jadual statistik (131-4). Ini adalah hasil daripada pengisihan1 sama ada secara manual atau mekanikal. Pemilihan elemen atau ciri-ciri adalah berdasarkan kepada nilai bagi satu atau beberapa attribut kuantitatif, atau berdasarkan kepada modaliti2 bagi satu atau beberapa attribut kualitatif. Terdapat penyelidikan yang dijalankan tanpa memerlukan sebarang pengiraan, mudah atau kompleks, terpencil atau berulangan, dan kini komputer (225-2) boleh digunakan untuk pengiraan yang dahulunya dilakukan secara manual. Keupayaan ini membawa kepada pembangunan teknik-teknik analisis data3. Model (cf. 730) deterministik, stokastik dan simulasi (730-6) biasanya memerlukan pengiraan yang banyak.

223

Peringkat penyediaan jadual (220-9) adalah untuk menjadikan hasil analisis boleh diperolehi dalam bentuk penyenaraian1, jadual numerik (131-4) atau carta (155-2), yang mana biasa digunakan dalam statistik deskriptif2. Penggunaan komputer grafik3 dan komputer kartografi3 membolehkan penghasilan pembentangan secara grafik dilakukan pada peringkat awalan.

224

Pemprosesan mekanikal (220-4) sebenarnya tidak melibatkan penggunaan peralatan elektronik1 yang mana telah menggantikan mesin-mesin penjadualan2 atau mesin-mesin rekod unit2 yang telah digunakan sebelumnya. Kebiasaannya, maklumat akan dikodkan (221-1*) dahulu, kemudian ia akan disalin ke kad-kad tebuk3 dengan menggunakan tebuk kekunci4. A pengesah kad5 adalah peranti yang digunakan untuk menyemak ketepatan tebukan. Dua jenis mesin rekod unit ini masih lagi kekal digunakan dalam memasukkan data ke dalam komputer. Penggunaan peralatan rekod unit yang lain seperti pengisih kad6 dan penjadual7 telah berkurangan. Data kebanyakannya dimasukkan secara terus ke dalam pita magnetik (cf. 226-4) atau cakera (cf. 226-5) tanpa mengisih semula kad tebuk.

225

Kajian demografi banyak bergantung kepada pemprosesan data secara elektronik1 menggunakan komputer2. Istilah perkakasan3 merujuk kepada komponen fizikal, sementara perisian4 membekalkan pengguna5 dengan cara untuk mengakses komputer. Pakar komputer6 terdiri daripada pengaturcara7 yang menulis program8 yang diterima daripada penganalisis sistem9.

226

Komponen perkakasan (225-3) bagi sesebuah komputer (225-2) terdiri daripada satu atau beberapa unit pemprosesan utama1, memori utama2, one or more peranti storan massa3 yang menggunakan pita magnetik4 atau cakera5 dan suatu set input - peranti output6. Komponen perisian (225-4) terdiri daripada sistem operasi7, yang bertanggungjawab dalam menguruskan kemudahan8 yang disediakan untuk pengguna (225-5) menjana program-program pengguna9 dan program-program pemprosesan10 iaitu adalah programs (225-8) asal yang dibangunkan untuk mengatasi masalah.

227

Pengguna (225-5) boleh menyelesaikan masalah dengan menulis program (225-8) atau umumnya dipanggil bahasa pengaturcaraan1 seperti Fortran, Cobol, Basic atau Algol, atau bahasa tertentu dibangunkan untuk menggunakan program-program pemprosesan (226-9) yang disimpan dalam memori utama (226-2) komputer seperti sistem pengurusan pangkalan data2 digunakan untuk mewujudkan dan mengekalkan bank data2, program pemprosesan tinjauan3 atau pakej statistik4. Peranti yang digunakan untuk memasukkan dan menerima maklumat daripada komputer mungkin berbeza mengikut kaedah pemprosesan. Dalam pemprosesan kelompok7, unit-unit input dan output normal adalah pembaca kad5 dan pencetak baris6. Konsol8 adalah unit input and output normal bagi pemprosesan dalam kaedah perkongsian masa9. Pemprosesan di mana unit-unit kemasukan adalah terpisah dari komputer dilakukan melalui terminal jauh10.

228

Terdapat tiga fasa utama dalam memproses maklumat dengan menggunakan komputer (225-2). Pertama, kemasukan data1 atau input1 boleh dilakukan dengan menggunakan kad-kad yang ditebuk (224-3*) atau dengan menggunakan peranti atas talian2 seperti konsol papan kekunci (227-8). Data yang telah disimpan di dalam komputer boleh diakses sama ada dari memori utama (226-2) atau dari salah satu peranti storan massa (226-3) dan digunakan sebagai data input. Fasa kedua, pemprosesan (220-2), dibahagikan kepada dua jenis: pemprosesan numerik4 dan pemprosesan bukan numerik5. Pengiraan statistik atau aritmetik kebiasaannya adalah operasi yang dilakukan sebelum operasi manipulasi data. Pada fasa ketiga, yang kadangkala dirujuk sebagai fasa output di mana hasil-hasil yang telah diproses6 atau output6 akan dicetak menggunakan pencetak baris (227-6) atau disimpan sebagai fail dalam peranti storan massa (226-3) untuk pemprosesan lanjut. Hasil boleh diubah kepada pemplot7 untuk memperolehi hasil yang telah diproses dalam bentuk graf atau carta.

* * *

Pergi ke: Pengenalan Demopædia | Arahan penggunaan | Muat turun
Bab: Prakata | 1. Konsep umum | 2. Pengurusan dan pemprosesan statistik penduduk | 3. Taburan dan klasifikasi penduduk | 4. Kematian dan morbiditi | 5. Perkahwinan | 6. Kesuburan | 7. Pertambahan dan penggantian penduduk | 8. Mobiliti ruangan | 9. Aspek ekonomi dan sosial demografi
Muka: 10 | 11 | 12 | 13 | 14 | 15 | 16 | 20 | 21 | 22 | 23 | 30 | 31 | 32 | 33 | 34 | 35 | 40 | 41 | 42 | 43 | 50 | 51 | 52 | 60 | 61 | 62 | 63 | 70 | 71 | 72 | 73 | 80 | 81 | 90 | 91 | 92 | 93