The Demopædia Encyclopedia on Population is under heavy modernization and maintenance. Outputs could look bizarre, sorry for the temporary inconvenience

Kamus Demografi Pelbagai Bahasa, Edisi Kedua, Volum Bahasa Malaysia

61

Daripada Demopædia.
Lompat ke: pandu arah, cari


Penolak tuntutan : Penaja Demopaedia tidak semestinya bersetuju dengan kesemua definisi yang terkandung dalam Kamus versi ini.

Pengharmonian edisi kedua Kamus Demografi Pelbagai Bahasa adalah suatu proses berterusan. Sila rujuk laman perbincangan untuk komen selanjutnya.


Pergi ke: Pengenalan Demopædia | Arahan penggunaan | Muat turun
Bab: Prakata | 1. Konsep umum | 2. Pengurusan dan pemprosesan statistik penduduk | 3. Taburan dan klasifikasi penduduk | 4. Mortaliti dan morbiditi | 5. Perkahwinan | 6. Kesuburan | 7. Pertambahan dan penggantian penduduk | 8. Mobiliti ruangan | 9. Aspek ekonomi dan sosial demografi
Muka: 10 | 11 | 12 | 13 | 14 | 15 | 16 | 20 | 21 | 22 | 23 | 30 | 31 | 32 | 33 | 34 | 35 | 40 | 41 | 42 | 43 | 50 | 51 | 52 | 60 | 61 | 62 | 63 | 70 | 71 | 72 | 73 | 80 | 81 | 90 | 91 | 92 | 93


610

Kelahiran diklasifikasikan mengikut kesahan1. Seorang kanak-kanak yang sah2 mungkin ditakrifkan sebagai seorang yang mempunyai bapa dan ibu yang berkahwin pada masa perjaninan. Tetapi, pada amalannya, klasifikasi bergantung kepada status perkahwinan ibu pada masa kelahiran, selepas pembubaran perkahwinan (510-3) atau pada masa perjaninan. Kelahiran tersebut dipanggil kelahiran sah3; selain daripada itu adalah kelahiran tidak sah4. Kebiasaannya, kelahiran anak hasil daripada perjaninan sebelum perkahwinan5 atau perjaninan pranupsial5 (sebagai contoh perjaninan yang berlaku sebelum perkahwinan) dianggap sah dengan syarat ibu bapa telah berkahwin semasa kelahiran anak tersebut. Anak tidak sah6 atau anak luar nikah6 boleh disahkan8 atau disahtarafkan8 sekiranya berlaku perkahwinan antara kedua ibu bapanya. Proses pengesahtarafan9 yang berbeza mengikut negara mungkin memberikan anak-anak tidak sah beberapa atau kesemua hak bagi anak-anak sah. Di beberapa sistem perundangan, kemungkinan bapa boleh memberikan pengiktirafan7 atau penghargaan7 kepada anak tidak sah, sebagai contoh mengakuinya dalam borang yang beliau adalah bapa kepada anak tersebut.

611

Kelahiran juga diklasifikasikan mengikut susunan kelahiran1, sebagai contoh kelahiran pertama, kelahiran kedua dan seterusnya. Susunan kelahiran kebiasaannya ditentukan dengan mengambilkira kesemua kelahiran lepas seseorang ibu3, dan kadangkala hanya kelahiran bagi perkahwinan semasa2. Susunan kelahiran umumnya hanya berdasarkan kepada kelahiran hidup sahaja, tetapi kadangkala kematian janin lewat turut diambil kira. Klasifikasi wanita mengikut susunan kelahiran4 adalah sama dengan kelahiran dengan mengira kesemua kehamilan yang berlanjutan sehingga sekurang-kurangnya 28 minggu, dan mengira kelahiran berganda sebagai satu kelahiran (cf. 603-4). Klasifikasi mengikut susunan kehamilan5 dilakukan dengan mengira semua kehamilan yang diketahui. Dalam istilah perubatan, wanita dipanggil nuligravida6 sekiranya dia tidak pernah hamil; istilah primigravida7 dan multigravida8 masing-masing digunakan untuk wanita yang hamil untuk kali pertama atau mereka yang pernah hamil sebelumnya. Wanita diklasifikasikan sebagai pariti9, kebiasaannya berdasarkan kepada bilangan anak yang dilahirkan hidup, walaupun dalam literatur biologi istilah tersebut merujuk kepada bilangan kelahiran, dan wanita yang tidak pernah bersalin dipanggil sebagai nulipara10 atau nuliparous10. Wanita dipanggil sebagai primipara11 dan sebagai primiparous11 pada kelahiran yang pertama dan multipara12 atau multiparous12 pada kelahiran yang berikutnya.

612

Kajian mengenai penentuan masa kelahiran1 adalah berkaitan dengan jarak bagi selang kelahiran2. Ini termasuk selang antara perkahwinan dan kelahiran pertama3 dan selang antara kelahiran berturutan4. Selang antara kelahiran dan tarikh tetap seperti banci (202-1 *) atau tinjauan (203-4) dipanggil selang kelahiran terbuka5; selang yang bermula sebelum dan berakhir selepas tarikh tersebut dipanggil selang cakah6. Selang antara perkahwinan dan kelahiran ke-n7 juga digunakan untuk mengkaji penentuan masa kelahiran.

613

Dalam mengira tempoh pendedahan kepada risiko perjaninan1, ia adalah perlu untuk mengambilkira selang kehamilan2. Selang antara perkahwinan dan kehamilan pertama adalah kelewatan perjaninan3 atau selang kehamilan pertama3. Tempoh antara penghujung kehamilan dan permulaan bagi kehamilan seterusnya adalah selang antara kehamilan4. Sekiranya wanita tidak mengadakan sebarang aktiviti seks, selang antara kehamilan bersih5 diperolehi. Tempoh antara penghujung kehamilan terakhir dan tarikh tinjauan dipanggil selang antara kehamilan terbuka6.

* * *

Pergi ke: Pengenalan Demopædia | Arahan penggunaan | Muat turun
Bab: Prakata | 1. Konsep umum | 2. Pengurusan dan pemprosesan statistik penduduk | 3. Taburan dan klasifikasi penduduk | 4. Kematian dan morbiditi | 5. Perkahwinan | 6. Kesuburan | 7. Pertambahan dan penggantian penduduk | 8. Mobiliti ruangan | 9. Aspek ekonomi dan sosial demografi
Muka: 10 | 11 | 12 | 13 | 14 | 15 | 16 | 20 | 21 | 22 | 23 | 30 | 31 | 32 | 33 | 34 | 35 | 40 | 41 | 42 | 43 | 50 | 51 | 52 | 60 | 61 | 62 | 63 | 70 | 71 | 72 | 73 | 80 | 81 | 90 | 91 | 92 | 93