The Demopædia Encyclopedia on Population is under heavy modernization and maintenance. Outputs could look bizarre, sorry for the temporary inconvenience

Kamus Demografi Pelbagai Bahasa, Edisi Kedua, Volum Bahasa Malaysia

Pengenalan

Daripada Demopædia.
Semakan 531 pada 06:24, 20 September 2013 oleh Irwan Nadzif Mahpul (Perbincangan | sumb.) (Edisi kedua)
Lompat ke: pandu arah, cari

Pergi ke: Pengenalan Demopædia | Arahan penggunaan | Muat turun
Bab: Prakata | 1. Konsep umum | 2. Pengurusan dan pemprosesan statistik penduduk | 3. Taburan dan klasifikasi penduduk | 4. Mortaliti dan morbiditi | 5. Perkahwinan | 6. Kesuburan | 7. Pertambahan dan penggantian penduduk | 8. Mobiliti ruangan | 9. Aspek ekonomi dan sosial demografi
Muka: 10 | 11 | 12 | 13 | 14 | 15 | 16 | 20 | 21 | 22 | 23 | 30 | 31 | 32 | 33 | 34 | 35 | 40 | 41 | 42 | 43 | 50 | 51 | 52 | 60 | 61 | 62 | 63 | 70 | 71 | 72 | 73 | 80 | 81 | 90 | 91 | 92 | 93


Pengenalan

Edisi pertama

Pada tahun 1953, Suruhanjaya Kependudukan, Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu telah mencadangkan pembangunan Kamus Demografi Pelbagai Bahasa. Pada tahun 1955, satu jawatankuasa ad hoc telah ditubuhkan untuk menyediakan kamus demografi versi Bahasa Inggeris, Perancis dan Sepanyol dan telah dipengerusikan oleh P. Vincent dari Perancis. Ahli jawatankuasa ini terdiri daripada: C.E. Dieulefait (Argentina), H.F. Dorn (Amerika Syarikat), E. Grebenik (United Kingdom), P. Luzzato-Fegiz (Itali), M. Pascua (Switserland) dan J. Ros Jimeno (Sepanyol). Kamus demografi versi Bahasa Inggeris dan Perancis telah diterbitkan pada tahun 1958 sementara versi Sepanyol telah diterbitkan pada tahun 1959. Versi dalam sepuluh bahasa lain telah diterbitkan antara tahun 1959 dan 1971.

Edisi kedua

Disebabkan oleh pembanguna pengajian demografi dan kependudukan yang pesat semasa tahun 1960an, Suruhanjaya Kependudukan, Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu telah mencadangkan pengemaskinian Kamus Demografi Pelbagai Bahasa pada tahun 1969. Satu jawatankuasa baru bagi Terminologi Demografi Antarabangsa telah ditubuhkan pada tahun 1972 dan telah dipengerusikan oleh P. Paillat (Perancis) dengan bantuan kewangand aripada Biro Banci Amerika Syarikat. Ahli jawatankuasa ini terdiri daripada: A. Boyarski (USSR), E. Grebenik (United Kingdom), K. Mayer (Switzerland), J. Nadal (Sepanyol) and S. Kono (Jepun). Pada tahun 1976, Prof. Louis Henry telah ditugaskan oleh Kesatuan Antarabangsa bagi Kajian Saintifik Mengenai Kependudukan (IUSSP) untuk mengedit dan menerbitkan edisi kedua kamus dalam Bahasa Perancis. IUSSP kemudiannya meminta Prof. Etienne van de Walle untuk menterjemahkan kamus edisi kedua Perancis kepada Bahasa Inggeris. Kamus edisi kedua Bahasa Inggeris telah diterbitkan pada tahun 1982.

Daripada edisi kedua kepada Demopædia

Mengapa atas talian