The Demopædia Encyclopedia on Population is under heavy modernization and maintenance. Outputs could look bizarre, sorry for the temporary inconvenience

Kamus Demografi Pelbagai Bahasa, Edisi Kedua, Volum Bahasa Malaysia

70

Daripada Demopædia.
Lompat ke: pandu arah, cari


Penolak tuntutan : Penaja Demopaedia tidak semestinya bersetuju dengan kesemua definisi yang terkandung dalam Kamus versi ini.

Pengharmonian edisi kedua Kamus Demografi Pelbagai Bahasa adalah suatu proses berterusan. Sila rujuk laman perbincangan untuk komen selanjutnya.


Pergi ke: Pengenalan Demopædia | Arahan penggunaan | Muat turun
Bab: Prakata | 1. Konsep umum | 2. Pengurusan dan pemprosesan statistik penduduk | 3. Taburan dan klasifikasi penduduk | 4. Mortaliti dan morbiditi | 5. Perkahwinan | 6. Kesuburan | 7. Pertambahan dan penggantian penduduk | 8. Mobiliti ruangan | 9. Aspek ekonomi dan sosial demografi
Muka: 10 | 11 | 12 | 13 | 14 | 15 | 16 | 20 | 21 | 22 | 23 | 30 | 31 | 32 | 33 | 34 | 35 | 40 | 41 | 42 | 43 | 50 | 51 | 52 | 60 | 61 | 62 | 63 | 70 | 71 | 72 | 73 | 80 | 81 | 90 | 91 | 92 | 93


701

Hubungan antara kesuburan, kematian dan migrasi membawa perhatian kepada pertumbuhan penduduk1. Penurunan penduduk2 dirujuk sebagai pertumbuhan negatif3. Terdapat perbezaan antara populasi tertutup4 iaitu apabila tiada migrasi sama ada migrasi masuk atau migrasi keluar dan pertumbuhan penduduk bergantung sepenuhnya kepada perbezaan antara kelahiran dan kematian, dan populasi terbuka5 iapabila terdapat migrasi. Pertumbuhan populasi terbuka terdiri daripada imbangan migrasi6 atau migrasi bersih6 dan pertambahan semulajadi7, iaitu lebihan kelahiran daripada kematian8, kadangkala dipanggil imbangan kelahiran dan kematian8.

702

jumlah pertumbuhan bagi sesuatu tempoh kepada purata penduduk dalam tempoh tersebut dipanggil kadar pertumbuhan1. . Kadangkala kadar ini dikira dengan menggunakan penduduk pada permulaan tempoh berbanding dengan purata penduduk sebagai penyebut. Apabila penduduk bertambah melebihi sesuatu tempoh atau lebih daripada sesuatu tahun yang dikaji, purata kadar pertumbuhan tahunan2 boleh dikira. Dalam mengira kadar ini, kadangkala diandaikan bahawa penduduk adalah tertakluk kepada pertumbuhan eksponen3 sepanjang tempoh tersebut, dan masa dijadikan pemboleh ubah selanjar. Saiz penduduk eksponen4 akan bertumbuh secara fungsi eksponen mengikut masa. Kadar pertumbuhan eksponen5 adalah bersamaan dengan kadar pertumbuhan seketika5. Nisbah bagi pertambahan semulajadi (701-7) kepada purata penduduk dalam sesuatu tempoh dipanggil sebagai kadar pertambahan semula jadi kasar6 dan adalah bersamaan dengan perbezaan antara kadar kelahiran kasar dan kadar kematian kasar. Indeks penting7 adalah nisbah bagi bilangan kelahiran kepada bilangan kematian dalam sesuatu tempoh; ukuran ini tidak lagi digunakan.