The Demopædia Encyclopedia on Population is under heavy modernization and maintenance. Outputs could look bizarre, sorry for the temporary inconvenience

Kamus Demografi Pelbagai Bahasa, Edisi Kedua, Volum Bahasa Malaysia

62

Daripada Demopædia.
Semakan 163 pada 02:47, 3 Februari 2013 oleh Irwan Nadzif Mahpul (Perbincangan | sumb.) (628)
Lompat ke: pandu arah, cari


Penolak tuntutan : Penaja Demopaedia tidak semestinya bersetuju dengan kesemua definisi yang terkandung dalam Kamus versi ini.

Pengharmonian edisi kedua Kamus Demografi Pelbagai Bahasa adalah suatu proses berterusan. Sila rujuk laman perbincangan untuk komen selanjutnya.


Pergi ke: Pengenalan Demopædia | Arahan penggunaan | Muat turun
Bab: Prakata | 1. Konsep umum | 2. Pengurusan dan pemprosesan statistik penduduk | 3. Taburan dan klasifikasi penduduk | 4. Mortaliti dan morbiditi | 5. Perkahwinan | 6. Kesuburan | 7. Pertambahan dan penggantian penduduk | 8. Mobiliti ruangan | 9. Aspek ekonomi dan sosial demografi
Muka: 10 | 11 | 12 | 13 | 14 | 15 | 16 | 20 | 21 | 22 | 23 | 30 | 31 | 32 | 33 | 34 | 35 | 40 | 41 | 42 | 43 | 50 | 51 | 52 | 60 | 61 | 62 | 63 | 70 | 71 | 72 | 73 | 80 | 81 | 90 | 91 | 92 | 93


620

Tempoh reproduksi1 (atau tempoh kelahiran anak1) bermula semasa baligh2. Haid3kehadiran darah haid4 dalam kalangan wanita — juga bermula ketika baligh. Kehadiran haid yang pertama dipanggil menarke5 dan haid akan berhenti apabila menopos6, yang juga kadangkala dipanggil putus haid6. Tempoh reproduksi selalunya bermula pada umur 15 tahun atau pada umur minimum perkahwinan (504-1) dan akan berakhir pada umur 45 atau 50 tahun. and, for some, to end at 45 or 50 year. Ketidakhadiran haid secara sementara dipanggil amenorea7. Amenorea kehamilan8 berlaku selepas perjaninan, dan amenorea post-partum9 berlaku selepas kelahiran.

621

Keupayaan seseorang lelaki, wanita atau pasangan untuk menghasilkan sesuatu kelahiran hidup dipanggil fekunditi1. Kekerangan keupayaan tersebut dipanggil infekunditi2 atau kemandulan2; ketidakbolehan untuk hamil3 dan ketidakbolehan untuk beranak10 adalah sebab utama kemandulan. Pemandulan kebiasaannya membawa kepada konotasi ketakbolehbalikan, tetapi kadangkala ketidakbolehan sementara untuk hamil4 dan pemandulan sementara5 adalah berbeza dengan ketidakbolehan kekal untuk hamil6 dan pemandulan kekal7. Dalam kalangan wanita, terdapat perbezaan antara pemandulan primer8 di mana wanita tidak berupaya untuk mempunyai anak, dan pemandulan sekunder9 yang hanya berlaku selepas seorang atau lebih anak dilahirkan.

622

Istilah pemandulan sementara (621-5) digunakan apabila ketidakupayaan wanita untuk hamil adalah tidak berpunca daripada keadaan patologi. Wanita dikatakan mempunyai tempoh mandul1 dalam setiap kitaran haid2, kerana umumnya perjaninan boleh berlaku hanya dalam beberapa hari sekitar masa pengovulan3. Tempoh pemandulan yang dilanjutkan daripada perjaninan (602-1) kepada pengembalian pengovulan selepas bersalin yang meliputi kehamilan (602-5) dan dipengaruhi oleh jangkamasa penyusuan ibu4, dipanggil tempoh tidak rentan5, terutamanya dalam model matematik reproduksi. Pemandulan sementara juga digunakan untuk merujuk kepada kejadian kitaran anovulasi6 (sebagai contoh, kitaran haid di mana pengovulan tidak berlaku) atau tempoh tidak normal amenorea. Sub-fekunditi7 bagi wanita muda kebiasaannya dipanggil kemandulan remaja8; dan adalah lebih baik untuk berbincang mengenai sub-fekunditi remaja8.

623

Kesuburan1 dan ketidaksuburan2 merujuk kepada prestasi reproduktif berbanding kapasiti reproduktif, dan digunakan mengikut sama ada terdapat kelahiran anak atau tidak semasa sesuatu tempoh. Apabila kesuburan merujuk kepada tempoh lengkap reproduktif, istilah ketidaksuburan jumlah3 akan digunakan sementara ketidaksuburan kekal4 adalah daripada umur atau jangkamasa perkahwinan tertentu kepada penghujung umur boleh melahirkan anak. Ketidaksuburan sukarela5 digunakan apabila tiada prokreasi yang sepadan dengan keputusan pasangan(503-8).

624

Kesuburan (623-1) bagi pasangan adalah bergantung pada perilaku reproduktif1. Terdapat perbezaan antara para perancang2, iaitu pasangan yang mencuba untuk mengawal bilangan dan jarak (612-1*) kelahiran mereka, dan para bukan perancang3, iaitu pasangan yang tidak melakukan perkara-perkara tersebut. Perancangan keluarga4 mempunyai makna yang lebih luas daripada pengehadan keluarga4 yang merujuk kepada usaha untuk tidak melebihi bilangan anak yang diingini5. Istilah kawalan kelahiran6 atau peraturan kesuburan6 adalah tidak terbatas kepada aktiviti-aktiviti bagi individu berkahwin sahaja.

625

Perancangan keluarga menitikberatkan keibubapaan terancang1 atau keibubapaan bertanggungjawab1, sebagai contoh kemahuan untuk menentukan bilangan dan jarak kelahiran anak selaras dengan kepentingan terbaik setiap pasangan atau masyarakat. Bilangan anak yang dijangkakan oleh pasangan mungkin berbeza dengan bilangan anak yang diingini2 atau bilangan anak yang diharapkan2 yang dilaporkan oleh pasangan dalam tinjauan. Lebihan mungkin berlaku disebabkan oleh kegagalan kontraseptif3 ; bilangan seterusnya bergantung pada keberkesanan kontraseptif4 yang mempunyai dua aspek. Keberkesanan teori5 atau keberkesanan fisiologi5 menunjukkan sejauh mana kaedah tersebut boleh dipercayai apabila digunakan sepanjang masa mengikut arahan. Keberkesanan kepenggunaan6 mengukur kebolehpercayaan apabila digunakan setiap hari. Berpunca daripada fekundabiliti sisa (638-7), keberkesanan kepenggunaan kebiasaannya diukur melalui kadar ekaggalan kontraseptif7 yang menghubungkan bilangan perjaninan yang tidak diingini kepada jarak pendedahan kepada risiko untuk hamil.

626

Program perancangan keluarga1 bertujuan untuk memperkenal dan menyebarkan kaedah kawalan kelahiran kepada sekumpulan pengguna yang berpotensi2 atau populasi sasaran2. Kumpulan pekerja lapangan3, termasuk ahli motivasi3, dan pengedar3, berusaha untuk menjejaki dan meyakinkan penduduk mengenai penggunaan kontraseptif atau pengguguran. Kejayaan program tersebut boleh diukur melalui kadaran penerima baru4 dalam populasi sasaran, atau kadar penerimaan4; bagi penerima kontraseptif, kadar kesinambungan5 selepas beberapa selang masa tertentu dan sebagainya, kadar penamatan6 atau kadar keciciran6 turut diukur. Anggaran bilangan dan kadaran kelahiran tercegah7 menunjukkan keberkesanan demografi (625-4*) bagi program tersebut. Prevalens kontraseptif bagi penduduk dianggarkan melalui kadaran pengguna semasa8 kontrasepsi mengikut ciri-ciri yang berkaitan seperti wanita berkahwin dalam kumpulan umur reproduktif.

627

Kontrasepsi1 merujuk kepada tindakan yang diambil untuk mengawal hubungan seksual2 atau persetubuhan2 daripada menghasilkan janin; istilah tersebut meliputi kontraseptif pensterilan (631-1). Kaedah kawalan kelahiran3 digunakan dalam erti kata yang lebih meluas daripada kaedah kontraseptif3 iaitu dengan memasukkan keguguran (604-2) cetusan. Penghindaran4 daripada persetubuhan khususnya penghindaran berkala (628-4) biasanya dikategorikan sebagai kaedah kontraseptif atau kawalan kelahiran.

628

Terdapat perbezaan antara kaedah perkakasan1 dan kaedah bukan perkakasan2. Salah satu kaedah bukan perkakasan bagi kontrasepsi adalah gangguan persetubuhan3 atau azal3. Kaedah-kaedah lain adalah seperti penghindaran berkala4 atau kaedah waktu selamat4, di mana persetubuhan dielakkan semasa wanita sedang subur dan hanya berlaku pada amsa yang dipanggil tempoh selamat5 dalam kitaran haid. Kaedah suhu badan asas6 merujuk kepada kaedah di mana wanita mengenalpasti tempoh selamat berdasarkan kepada suhu badan mereka.

629

The barrier methods which are more commonly used alone or in combination include the condom1 or sheath1, used by men, and the cervical cap2 or pessary2, the diaphragm3, tampon4 or sponge4, contraceptive jelly5, suppository6, foam tablets7 and douche8 with or without spermicide9, used by women. There are various types of intra-uterine devices10 (abbreviated to IUD10), including the loop10 the coil10, the copper T10, etc.

630

Oral contraceptives1 are a method of hormonal contraception2 or contraception by steroids3. These inhibit ovulation by regular ingestion of the pill4, or by injections or implants.

631

Sterilization1 results from various surgical procedures: on the male, vasectomy2 or Templat:NewTextTerm involves tying and cutting the vas deferens; on the female tubal ligation4 and salpingectomy5 or tubectomy5 involve interventions on the fallopian tubes. Hysterectomy6 or excision of the uterus, also involves sterilization of the woman.

  • 4. and 5. Various procedures are used to gain access to the Fallopian tubes, such as laparotomy, colpotomy or laparoscopy.

* * *

Pergi ke: Pengenalan Demopædia | Arahan penggunaan | Muat turun
Bab: Prakata | 1. Konsep umum | 2. Pengurusan dan pemprosesan statistik penduduk | 3. Taburan dan klasifikasi penduduk | 4. Kematian dan morbiditi | 5. Perkahwinan | 6. Kesuburan | 7. Pertambahan dan penggantian penduduk | 8. Mobiliti ruangan | 9. Aspek ekonomi dan sosial demografi
Muka: 10 | 11 | 12 | 13 | 14 | 15 | 16 | 20 | 21 | 22 | 23 | 30 | 31 | 32 | 33 | 34 | 35 | 40 | 41 | 42 | 43 | 50 | 51 | 52 | 60 | 61 | 62 | 63 | 70 | 71 | 72 | 73 | 80 | 81 | 90 | 91 | 92 | 93