The Demopædia Encyclopedia on Population is under heavy modernization and maintenance. Outputs could look bizarre, sorry for the temporary inconvenience

Kamus Demografi Pelbagai Bahasa, Edisi Kedua, Volum Bahasa Malaysia

34

Daripada Demopædia.
Lompat ke: pandu arah, cari


Penolak tuntutan : Penaja Demopaedia tidak semestinya bersetuju dengan kesemua definisi yang terkandung dalam Kamus versi ini.

Pengharmonian edisi kedua Kamus Demografi Pelbagai Bahasa adalah suatu proses berterusan. Sila rujuk laman perbincangan untuk komen selanjutnya.


Pergi ke: Pengenalan Demopædia | Arahan penggunaan | Muat turun
Bab: Prakata | 1. Konsep umum | 2. Pengurusan dan pemprosesan statistik penduduk | 3. Taburan dan klasifikasi penduduk | 4. Mortaliti dan morbiditi | 5. Perkahwinan | 6. Kesuburan | 7. Pertambahan dan penggantian penduduk | 8. Mobiliti ruangan | 9. Aspek ekonomi dan sosial demografi
Muka: 10 | 11 | 12 | 13 | 14 | 15 | 16 | 20 | 21 | 22 | 23 | 30 | 31 | 32 | 33 | 34 | 35 | 40 | 41 | 42 | 43 | 50 | 51 | 52 | 60 | 61 | 62 | 63 | 70 | 71 | 72 | 73 | 80 | 81 | 90 | 91 | 92 | 93


340

Penduduk boleh diklasifikasikan mengikut bahasa1 atau dialek2 yang digunakan. Terdapat perbezaan antara bahasa ibunda3 seseorang iaitu bahasa yang digunakan di rumah pada zaman kanak-kanak dan bahasa harian4 iaitu bahasa yang biasanya digunakan oleh seseorang. Perbezaan antara kedua-duanya adalah jelas dalam kalangan mereka yang dwibahasa5 atau berbilang bahasa5. Statistik berkaitan perkara ini dipanggil statistik bahasa6.

341

Statistik agama1 membahagikan penduduk mengikut fahaman keagamaan. Terdapat perbezaan antara agama-agama2 utama and pegangan mazhab-mazhab3, upacara-upacara4 atau sekta-sekta5. Individu yang tidak mempunyai agama adalah agnostik6, penganut bebas6 atau ateis6.

342

Penduduk selalunya diklasifikan mengikut status pendidikan1. (Individu yang boleh membaca dan menulis dipanggil celik huruf2; mereka yang telah mencapai umur tertentu dan tidak boleh membaca dan menulis dipanggil buta huruf3. Statistik pencapaian pendidikan4 mengkelaskan individu mengikut pencapaian gred5, tahun bersekolah5 atau kadangkala mengikut umur pada berhenti sekolah6. Klasifikasi lain adalah berdasarkan kepada diploma7, ijazah7 atau sijil7 yang diperolehi, dan bergantung kepada peraturan8 di setiap negara.

343

Sistem pendidikan1 terdiri daripada semua institusi, awam dan swasta dalam sesebuah negara. Terdapat perbezaan antara pendidikan awam2 dan pendidikan swasta3. Selepas pendidikan pra sekolah4, biasanya dibezakan antara tiga tahap pendidikan5 dalam turutan menaik: pendidikan rendah6, pendidikan menengah7, yang biasanya dibahagikan kepada beberapa kitaran8 atau trek8, dan pendidikan tinggi9. Ini termasuk kursus-kursus untuk mendapatkan ijazah universiti11. Pendidikan teknikal12 atau pendidikan vokasional12 mungkin ditawarkan sama ada pada tahap pendidikan menengah atau pendidikan tinggi.

344

Jenis-jenis institusi pendidikan1 dan nama-namanya adalah tertakluk kepada sistem pendidikan sesebuah negara. Pendidikan pra sekolah (343-4) ditawarkan di sekolah bimbingan2 atau tadika2. Institusi pendidikan menawarkan tiga tahap pendidikan yang diterangkan di atas (343-5) iaitu: sekolah rendah3, sekolah menengah4 dan kolej5 atau universiti5; sebagai tambahan kepada universiti, ia terdapat pelbagai jenis sekolah profesional6.

345

Satu kelas1 (cf. 130-8) adalah sekumpulan murid2 yang mempunyai guru3 yang sama dan belajar dalam bilik darjah4 yang sama. Sekumpulan murid yang berada pada tahap pendidikan yang sama dikatakan berada dalam gred5 yang sama di Amerika Syarikat, atau dalam kelas5 yang sama di Great Britain. Istilah pelajar6 biasanya digunakan kepada mereka yang berada dalam pendidikan tinggi, tetapi juga ia adalah saling boleh tukar dengan "murid" di tahap pendidikan menengah.

346

Statistik sekolah semasa1 boleh dibezakan antara bilangan murid yang mendaftar2 dan bilangan murid yang hadir3. Perbandingan antara kedua-duanya memberikan nisbah kehadiran4. Pendidikan wajib5 menunjukkan kewujudan pelbagai peringkat umur di mana kehadiran sekolah adalah wajib mengikut undang-undang. Ini menjadikan ia mungkin untuk menentukan bilangan kanak-kanak umur sekolah6 atau penduduk umur sekolah7 mengikut kriteria undang-undang.

347

Other statistics concern educational progression. An individual progresses normally grade by grade, from the lowest class of elementary school, to the end of his studies. Leaving school1, where compulsory education is enforced, is exceptional during school age, barring illness or death. The dropout rate2 is the probability of leaving school before obtaining a degree, either during the year or at the end of a grade, and it is constructed in the same way as a probability of dying in a life table; its complement to one is the retention rate3. Such rates can be used to compute a table of school life4, from which it is possible to infer the mean length of education5. At the end of the school year, pupils or students who do not terminate their studies, may either repeat the grade or move on to the next grade, with or without change of track6.

* * *

Pergi ke: Pengenalan Demopædia | Arahan penggunaan | Muat turun
Bab: Prakata | 1. Konsep umum | 2. Pengurusan dan pemprosesan statistik penduduk | 3. Taburan dan klasifikasi penduduk | 4. Kematian dan morbiditi | 5. Perkahwinan | 6. Kesuburan | 7. Pertambahan dan penggantian penduduk | 8. Mobiliti ruangan | 9. Aspek ekonomi dan sosial demografi
Muka: 10 | 11 | 12 | 13 | 14 | 15 | 16 | 20 | 21 | 22 | 23 | 30 | 31 | 32 | 33 | 34 | 35 | 40 | 41 | 42 | 43 | 50 | 51 | 52 | 60 | 61 | 62 | 63 | 70 | 71 | 72 | 73 | 80 | 81 | 90 | 91 | 92 | 93