The Demopædia Encyclopedia on Population is under heavy modernization and maintenance. Outputs could look bizarre, sorry for the temporary inconvenience

Kamus Demografi Pelbagai Bahasa, Edisi Kedua, Volum Bahasa Malaysia

15

Daripada Demopædia.
Lompat ke: pandu arah, cari


Penolak tuntutan : Penaja Demopaedia tidak semestinya bersetuju dengan kesemua definisi yang terkandung dalam Kamus versi ini.

Pengharmonian edisi kedua Kamus Demografi Pelbagai Bahasa adalah suatu proses berterusan. Sila rujuk laman perbincangan untuk komen selanjutnya.


Pergi ke: Pengenalan Demopædia | Arahan penggunaan | Muat turun
Bab: Prakata | 1. Konsep umum | 2. Pengurusan dan pemprosesan statistik penduduk | 3. Taburan dan klasifikasi penduduk | 4. Mortaliti dan morbiditi | 5. Perkahwinan | 6. Kesuburan | 7. Pertambahan dan penggantian penduduk | 8. Mobiliti ruangan | 9. Aspek ekonomi dan sosial demografi
Muka: 10 | 11 | 12 | 13 | 14 | 15 | 16 | 20 | 21 | 22 | 23 | 30 | 31 | 32 | 33 | 34 | 35 | 40 | 41 | 42 | 43 | 50 | 51 | 52 | 60 | 61 | 62 | 63 | 70 | 71 | 72 | 73 | 80 | 81 | 90 | 91 | 92 | 93


150

Apabila perubahan sesuatu pembolehubah demografi dikaji mengikut masa, satu siri masa1 demografi akan diperolehi. Kadangkala, adalah mungkin untuk menguraikan sesuatu siri masa kepada sesuatu trend2 di mana terdapatnya turun naik3, variasi3, atau sisihan3 (141-2). Apabila pergerakan turun naik tersebut cenderung untuk berulang selepas tempoh tertentu, biasanya selepas beberapa tahun, ia dipanggil turun naik berkitar4 atau lebih umumnya dipanggil turun naik bertempoh4. Dalam demografi, tempoh yang selalunya digunakan untuk mengumpulkan data adalah satu tahun, dan turun naik dalam sub-tempoh satu tahun dipanggil turun naik bermusim5. Turun naik yang kekal selepas trend, turun naik berkitar, dan bermusim telah disisihkan dipanggil turun naik tak nalar6. Ini disebabkan oleh faktor-faktor yang terkecuali seperti mobilisasi peperangan, atau kadangkala ia adalah turun naik peluang7 atau turun naik rawak7.

151

Proses penyenggatan1 atau pelicinan1 adalah proses di mana titik-titik dalam siri masa dihubungkan untuk mendapatkan keluk yang licin. Sekiranya keluk dibentuk dengan menggunakan lakaran tangan, proses tersebut dipanggil penyenggatan grafik2. Apabila kaedah analisis matematik digunakan, ia dipanggil pemadanan keluk3. Sesuatu keluk matematik dipadankan dengan data, mungkin dengan kaedah kuasa dua terkecil4, yang meminimumkan jumlah kausa dua perbezaan antara siri asal dan bersenggat. Kaedah lain termasuk purata bergerak5 atau melibatkan penggunaan kalkulus beza terhingga6. Beberapa prosedur ini digunakan dalam interpolasi7 atau ekstrapolasi8.

152

Adalah perlu untuk orang memberikan jawapan dalam nombor-nombor bundar1. Pumpunan2 atau keutamaan digit2 selalunya kerap berlaku dalam taburan umur dan menunjukkan kecenderungan orang untuk menyatakan umur mereka dalam nombor yang berakhir dengan 0, 5, atau lain-lain digit pilihan. Pumpunan umur3 kadangkala diukur dengan indeks keutamaan umur4. Data umur sering kali diperbetulkan apabila terdapat salah lapor umur5 atau bias lapor umur5.

153

Nilai-nilai numerik bagi fungsi demografi biasanya disenaraikan dalam jadual1, seperti jadual hayat (431-1), jadual kesuburan (634-1), atau jadual perkahwinan (522-1). Terdapat perbezaan antara jadual tahun kalendar2 atau jadual tempoh2 yang mana adalah berdasarkan kepada pemerhatian yang dilakukan sepanjang tempoh masa yang terhad, dan jadual kohort3 atau jadual generasi3 yang berkaitan dengan pengalaman sesuatu kohort sepanjang hayatnya. Jadual penyusutan berganda4 menggambarkan kesan serentak bagi beberapa peristiwa tidak boleh diperbaharui seperti kesan perkahwinan pertama dan kematian seseorang penduduk. Yang paling kerap digunakan adalah jadual dua susutan4. Jadual ramalan5 membekalkan nilai-nilai numerik bagi fungsi demografi seperti fungsi penakatan (431-6) sebagai contoh, yang mana boleh digunakan untuk ramalan penduduk (cf. 720-2). Apabila penduduk dikategorikan kepada dua atau lebih kategori mengikut umur, status perkahwinan, kawasan dll. dan apabila aliran berterusan antara kategori adalah mungkin sepanjang masa walaupun sesebuah negara biasanya diukur hanya pada masa diskret (gelombang bagi kajian longitudinal, pertanyaan kepada pendaftaran penduduk dll.), kaedah kenaikan-penyusutan6 adalah lebih digunakan.

154

Apabila terdapat data yang tidak mencukupi untuk mendapatkan nilai bagi sesuatu pembolehubah secara tepat, cubaan yang dilakukan adalah dengan menganggar1 nilai tersebut. Proses ini dipanggil penganggaran2 dan nilai yang terhasil adalah anggaran3. Apabila data yang diperlukan adalah tidak wujud, konjektur4 kadangkala akan dilakukan untuk mendapatkan peringkat magnitud5 bagi pembolehubah.

155

Methods of graphic representation1 or diagrammatic representation1 may be used to illustrate an argument. The data are represented in a figure2, graph2, statistical chart3 or map3. A schematic representation of the relationships between variables is often called a diagram4, for example the Lexis Diagram (cf. 437). A graph in which one co-ordinate axis is graduated logarithmically and the other arithmetically is called a semi-logarithmic graph5, though such graphs are often inaccurately referred to as logarithmic graphs5. A true logarithmic graph6 has both axes graduated logarithmically and is sometimes referred to as a double logarithmic graph6. A frequency distribution may be represented graphically by frequency polygons7 obtained by joining points representing class frequencies with straight lines, by a histogram8, where class frequencies are represented by the area of a rectangle with the class interval as its base, by bar charts9, in which the class frequencies are proportionate to the length of a bar or by an ogive10 representing the cumulative frequency distribution.

* * *

Pergi ke: Pengenalan Demopædia | Arahan penggunaan | Muat turun
Bab: Prakata | 1. Konsep umum | 2. Pengurusan dan pemprosesan statistik penduduk | 3. Taburan dan klasifikasi penduduk | 4. Kematian dan morbiditi | 5. Perkahwinan | 6. Kesuburan | 7. Pertambahan dan penggantian penduduk | 8. Mobiliti ruangan | 9. Aspek ekonomi dan sosial demografi
Muka: 10 | 11 | 12 | 13 | 14 | 15 | 16 | 20 | 21 | 22 | 23 | 30 | 31 | 32 | 33 | 34 | 35 | 40 | 41 | 42 | 43 | 50 | 51 | 52 | 60 | 61 | 62 | 63 | 70 | 71 | 72 | 73 | 80 | 81 | 90 | 91 | 92 | 93