The Demopædia Encyclopedia on Population is under heavy modernization and maintenance. Outputs could look bizarre, sorry for the temporary inconvenience

Kamus Demografi Pelbagai Bahasa, Edisi Kedua, Volum Bahasa Malaysia

Arahan

Daripada Demopædia.
Lompat ke: pandu arah, cari

Pergi ke: Pengenalan Demopædia | Arahan penggunaan | Muat turun
Bab: Prakata | 1. Konsep umum | 2. Pengurusan dan pemprosesan statistik penduduk | 3. Taburan dan klasifikasi penduduk | 4. Mortaliti dan morbiditi | 5. Perkahwinan | 6. Kesuburan | 7. Pertambahan dan penggantian penduduk | 8. Mobiliti ruangan | 9. Aspek ekonomi dan sosial demografi
Muka: 10 | 11 | 12 | 13 | 14 | 15 | 16 | 20 | 21 | 22 | 23 | 30 | 31 | 32 | 33 | 34 | 35 | 40 | 41 | 42 | 43 | 50 | 51 | 52 | 60 | 61 | 62 | 63 | 70 | 71 | 72 | 73 | 80 | 81 | 90 | 91 | 92 | 93

Menggunakan kamus

Setiap kamus bermula dengan seksyen 10 (Konsep umum), di mana perenggan diberikan nombor bermula dengan 101. Seksyen dikenalpasti melalui dua digit kod dan perenggan-perenggan di dalamnya dikenalpasti melalui tiga digit kod. Kebiasaannya, akan terdapat antara 5 dan 9 perenggan bagi setiap seksyen. Dalam platform Wiki, setiap seksyen adalah merupakan laman Internet.

Setiap perenngan menerangkan tentang konsep demografi menggunakan istilah-istilah berkaitan yang lain. Istilah yang ditebalkan adalah merupakan terminologi penting yang terdapat dalam Kamus ini dan ditandakan dengan TextTerm dalam versi wiki. TextTerm dikenalpasti melalui nombor nota kaki. Oleh itu, lokasi bagi TextTerm boleh ditentukan dengan mengetahui nombor perenggan dan nombor nota kaki, sebagai contoh, 101-1, adalah kod lokasi bagi istilah demografi. Kod-kod numerik ini memudahkan istilah-istilah dalam bahasa yang berbeza dihubungkan antara satu sama lain. Untuk maklumat lanjut berkaitan bagaimana skema kod bagi Kamus berfungsi, sila rujuk kepada prakata asal apda setiap edisi.

Apabila sesuatu seksyen dipaparkan (laman internet dengan paparan nombor di atasnya), palang navigasi memaparkan pautan kepada bab dan seksyen pada Kamus. Pautan tersebut dipaparkan dalam bentuk tajuk bab dan kod dua digit bagi seksyen tersebut. Seksyen yang berkongsi digit pertama yang sama menunjukkan ia berada dalam bab yang sama. Edisi kedua Kamus ini mempunyai sembilan bab.

Di atas dan di bawah palang navigasi memaparkan pautan kepada bab dan seksyen, tambahan palang navigasi memaparkan pautan kepada modul bahasa yang berbeza. Kadangkala, terdapat perbezaan pada pautan kepada edisi pertama dan edisi kedua dalam sesuatu bahasa.

Mengakses istilah-istilah terjemahan

Untuk mengakses kepada terjemahan bagi sesuatu TextTerm, klik pada istilah yang dikehendaki untuk memaparkan halaman khusus bagi sesuatu perenggan. Di atas perenggan tersebut akan terdapat suatu kotak yang dilabel dengan "Terjemahan". Klik pada butang "tunjuk" pada kotak tersebut. Jadual yang mempunyai TextTerms pada perenggan akan dipaparkan dalam semua bahasa. Klik pada bahasa yang dikehendaki untuk mendapatkan terjemahannya.

Mendengar sebutan istilah

Di bawah setiap perenggan akan terdapat kotak dengan pautan kepada fail audio yang mengandungi sebutan yang betul bagi setiap istilah yang dipaparkan. Klik pada pautan tersebut untuk mengakses fail audio tersebut. Walau bagaimanapun, persediaan fail audio masih lagi dalam proses pembangunan dan pautan dalam warna merah menunjukkan bahawa fail audio tersebut masih lagi tiada.

Mengakses Kamus Demografi Pelbagai Bahasa secara langsung melalui URL

Mengakses perenggan bernombor dalam edisi kedua ...

Untuk mengakses perenggan bernombor, sebagai contoh, perenggan 632 dalam edisi kedua Arab (ar-ii), URL boleh ditaip secara terus dengan menyatakan nombor bagi seksyen (laman) tersebut di mana perenggan yang dikehendaki adalah 63 (iaitu dua digit pertama bagi nombor perenggan). Oleh itu, alamat wiki adalah: http://ar-ii.demopaedia.org/wiki/63

... dan dalam edisi pertama ...

Untuk mengakses sesuatu perenggan dalam edisi pertama menggunakan URL, hanya gunakan i dan bukannya ii selepas kod bahasa. Dalam contoh di atas, alamat wiki bagi edisi pertama adalah: http://ar-i.demopaedia/wiki/63 . Walau bagaimanapun, akan terdapat banyak seksyen yang mempunyai nombor yang sama dalam edisi pertama dan edisi kedua, tetapi tidak kesemuanya.

... kod dua-huruf bagi setiap bahasa

Senarai kod bahasa dua-huruf (ISO 639) adalah:

Kod bahasa

Kod Bahasa
ar Arabic
cs Czech
de German
en English
es Spanish
et Estonian
it Italian
ja Japanese
fi Finnish
fr French
pl Polish
pt Portuguese
ru Russian
sv Swedish
zh Chinese

Mengakses istilah atau penyataan

Sesuatu TextTerm juga boleh diakses secara terus. Sebagai contoh, istilah “kadar kesuburan umur tertentu” dalam edisi kedua bagi Kamus Inggeris (en-ii) boleh diakses melalui URL, http://en-ii.demopaedia.org/wiki/Kadar kesuburan umur tertentu. Jarak pada TextTerm secara automaik akan digantukan dengan garis bawah dalam alamat URL address. Sekiranya ungkapan yang diperlukan mengandungi aksen atau huruf-huruf bukan Latin, masukkannya ke dalam URL. Ia akan digantikan secara automatik dengan nilai-nilai Unicode.


Pergi ke: Pengenalan Demopædia | Arahan penggunaan | Muat turun
Bab: Prakata | 1. Konsep umum | 2. Pengurusan dan pemprosesan statistik penduduk | 3. Taburan dan klasifikasi penduduk | 4. Kematian dan morbiditi | 5. Perkahwinan | 6. Kesuburan | 7. Pertambahan dan penggantian penduduk | 8. Mobiliti ruangan | 9. Aspek ekonomi dan sosial demografi
Muka: 10 | 11 | 12 | 13 | 14 | 15 | 16 | 20 | 21 | 22 | 23 | 30 | 31 | 32 | 33 | 34 | 35 | 40 | 41 | 42 | 43 | 50 | 51 | 52 | 60 | 61 | 62 | 63 | 70 | 71 | 72 | 73 | 80 | 81 | 90 | 91 | 92 | 93