The Demopædia Encyclopedia on Population is under heavy modernization and maintenance. Outputs could look bizarre, sorry for the temporary inconvenience

Kamus Demografi Pelbagai Bahasa, Edisi Kedua, Volum Bahasa Malaysia

90

Daripada Demopædia.
Lompat ke: pandu arah, cari


Penolak tuntutan : Penaja Demopaedia tidak semestinya bersetuju dengan kesemua definisi yang terkandung dalam Kamus versi ini.

Pengharmonian edisi kedua Kamus Demografi Pelbagai Bahasa adalah suatu proses berterusan. Sila rujuk laman perbincangan untuk komen selanjutnya.

Pergi ke: Pengenalan Demopædia | Arahan penggunaan | Muat turun
Bab: Prakata | 1. Konsep umum | 2. Pengurusan dan pemprosesan statistik penduduk | 3. Taburan dan klasifikasi penduduk | 4. Mortaliti dan morbiditi | 5. Perkahwinan | 6. Kesuburan | 7. Pertambahan dan penggantian penduduk | 8. Mobiliti ruangan | 9. Aspek ekonomi dan sosial demografi
Muka: 10 | 11 | 12 | 13 | 14 | 15 | 16 | 20 | 21 | 22 | 23 | 30 | 31 | 32 | 33 | 34 | 35 | 40 | 41 | 42 | 43 | 50 | 51 | 52 | 60 | 61 | 62 | 63 | 70 | 71 | 72 | 73 | 80 | 81 | 90 | 91 | 92 | 93


901

Sebahagian daripada teori kependudukan (105-1) memberikan perhatian kepada faktor dan kesan trend penduduk dari sudut sosial dan ekonomi. Penggunaan teori kependudukan pada masa lalu sebahagian besarnya tertumpu pada hubungan antara jumlah penduduk dan sumber alam1, sebagai contoh cara untuk mengekalkan penduduk atau pengeluaran2, penciptaan barangan dan perkhidmatan. Akhir-akhir ini, penekanan telah berubah kepada hubungan antara pertambahan penduduk (701-1) dan komponennya, dan pertumbuhan ekonomi (903-1), khususnya merujuk kepada penggunaan3, simpanan4, pelaburan5 dan pasaran buruh6.

902

Hubungan antara saiz penduduk dan sumber alam telah membawa kepada konsep lebihan penduduk1 dan kurangan penduduk2. Istilah-istilah ini ditakrifkan hanya pada suatu tahap pembangunan3 yang tetap. Apabila saiz penduduk yang besar atau kecil tidak memberikan sebarang kelebihan, keadaan itu dianggap sebagai penduduk optimum4, kadangkala secara ringkas dipanggil optimum4. Kelebihan yang diberikan mungkin dalam ciri-ciri ekonomi dan dengan itu ia adalah economi optimum5. Perbincangan mengenai ekonomi optimum umumnya berkaitan dengan kebajikan ekonomi tetapi ia sukar untuk ditentukan secara empirikal, tahap kehidupan6 atau taraf kehidupan6 kadangkala bertukar-ganti. Ia dianggarkan oleh pendapatan sebenar negara per kapita7 sebagai contoh, jumlah amaun barangan dan perkhidmatan yang dihasilkan dalam sesuatu jangka masa (atau ia menyamai dengan pendapatan wang yang diselaraskan dengan perubahan dalam kuasa pembelian) dibahagikan dengan jumlah penduduk dalam sesuatu jangka masa.

  • 1. Lebihan penduduk, n. - berlebihan penduduk, adj.
  • 2. Kurangan penduduk, n. - berkurangan penduduk, adj.

903

Ahli ekonomi memberi penekanan kepada hubungan dinamik antara pertumbuhan ekonomi1 atau pembangunan ekonomi1 dan kadar pertumbuhan penduduk dan perubahan dalam struktur penduduk; kini, konsep statik saiz optimum kurang diminati oleh ahli ekonomi berbanding konsep dinamik kadar pertumbuhan optimum2 bagi penduduk, sebagai contoh kadar pertumbuhan adalah konsisten dengan kadar pertambahan maksimum tahap kehidupan. Hubungan ini sering diberikan perhatian di negara-negara yang mempunyai tahap kehidupan yang rendah, atau dikenali sebagai negara-negara kurang membangun3 atau negara-negara sedang membangun3.

904

Penduduk yang maksimum1 dalam sesuatu kawasan atau dipanggil daya tampung1, penduduk adalah keadaan di mana saiz penduduk yang paling besar dapat dikekalkan pada sesuatu keadaan tertentu; tetapi kadangkala digunakan untuk menunjukkan saiz penduduk yang paling besar mampu ditampung oleh taraf kehidupan tertentu. Sebaliknya, penduduk yang minimum2 adalah saiz penduduk yang paling kecil di dalam sesuatu kawasan yang mana selaras dengan kelangsungan hidup berkumpulan3.

905

Istilah tekanan penduduk1 adalah merujuk kepada konsep menghubungkan saiz penduduk dan sumber alam (901-1) yang dimiliki. Tekanan yang kuat atau lemah di sesuatu kawasan menggambarkan keadaan penduduk yang hampir atau jauh dengan sumber alam yang dimiliki di kawasan tersebut. Menurut Teori Kependudukan Malthus2 yang diasaskan oleh Thomas Malthus, tekanan penduduk akan berlaku terhadap sumber sara hidup3. Sebarang perubahan pada sumber sara hidup akan menjana pertumbuhan penduduk (701-1) sehinggalah keseimbangan penduduk4 diperolehi iaitu apabila tahap kehidupan mencapai tahap sara hidup5, sebagai contoh tahap di mana hanya mencukupi untuk menjalani kehidupan. Keseimbangan harus dipelihara dengan menghapuskan sebarang lebihan penduduk sama ada melalui kawalan positif6, kadangkala dikenali sebagai kawalan Malthus6 (kebuluran, wabak dan peperangan) atau melalui kawalan pencegahan7 ke atas kekangan moral8 mengandungi penangguhan perkahwinan9, menghindari daripada hubungan seksual sebelum perkahwinan.

906

Walaupun istilah Malthusianisme1 asalnya merujuk kepada teori-teori Malthus, pada hari ini, ia sering digunakan untuk mewakili kepercayaan bahawa pengawalan kadar pertumbuhan penduduk adalah wajar. Sementara menerima kebaikan pengawalan pertumbuhan penduduk, Neo-Malthusianisme2 mencadangkan supaya usaha tersebut harus dipenuhi melalui penggunaan kaedah pengawalan kelahiran (627-3).

907

Proses transisi daripada situasi di mana kedua-kedua kesuburan dan kematian adalah tinggi kepada kedua-duanya adalah rendah telah dapat dilihat di kebanyakan negara, dikenali sebagai transisi1 demografi atau transisi penduduk1. Di dalam proses transisi daripada peringkat pra transisi2 kepada peringkat pasca transisi3, kebiasaannya terdapat jurang antara penurunan kematian dan kesuburan yang menyebabkan berlakunya transisi pertumbuhan4 penduduk. Ahli ekonomi mengkaji perubahan dalam produktiviti5, sebagai contoh, pengeluaran bagi setiap ahli dalam tenaga buruh, atau bagi setiap ketua penduduk, dihubungkan dengan jangka masa transisi ini.

* * *

Pergi ke: Pengenalan Demopædia | Arahan penggunaan | Muat turun
Bab: Prakata | 1. Konsep umum | 2. Pengurusan dan pemprosesan statistik penduduk | 3. Taburan dan klasifikasi penduduk | 4. Kematian dan morbiditi | 5. Perkahwinan | 6. Kesuburan | 7. Pertambahan dan penggantian penduduk | 8. Mobiliti ruangan | 9. Aspek ekonomi dan sosial demografi
Muka: 10 | 11 | 12 | 13 | 14 | 15 | 16 | 20 | 21 | 22 | 23 | 30 | 31 | 32 | 33 | 34 | 35 | 40 | 41 | 42 | 43 | 50 | 51 | 52 | 60 | 61 | 62 | 63 | 70 | 71 | 72 | 73 | 80 | 81 | 90 | 91 | 92 | 93