The Demopædia Encyclopedia on Population is under heavy modernization and maintenance. Outputs could look bizarre, sorry for the temporary inconvenience

Kamus Demografi Pelbagai Bahasa, Edisi Kedua, Volum Bahasa Malaysia

81

Daripada Demopædia.
Lompat ke: pandu arah, cari


Penolak tuntutan : Penaja Demopaedia tidak semestinya bersetuju dengan kesemua definisi yang terkandung dalam Kamus versi ini.

Pengharmonian edisi kedua Kamus Demografi Pelbagai Bahasa adalah suatu proses berterusan. Sila rujuk laman perbincangan untuk komen selanjutnya.


Pergi ke: Pengenalan Demopædia | Arahan penggunaan | Muat turun
Bab: Prakata | 1. Konsep umum | 2. Pengurusan dan pemprosesan statistik penduduk | 3. Taburan dan klasifikasi penduduk | 4. Mortaliti dan morbiditi | 5. Perkahwinan | 6. Kesuburan | 7. Pertambahan dan penggantian penduduk | 8. Mobiliti ruangan | 9. Aspek ekonomi dan sosial demografi
Muka: 10 | 11 | 12 | 13 | 14 | 15 | 16 | 20 | 21 | 22 | 23 | 30 | 31 | 32 | 33 | 34 | 35 | 40 | 41 | 42 | 43 | 50 | 51 | 52 | 60 | 61 | 62 | 63 | 70 | 71 | 72 | 73 | 80 | 81 | 90 | 91 | 92 | 93


812

Statistik migrasi1 dikumpulkan untuk mengetahui maklumat berkaitan dengan saiz migrasi, arah aliran migrasi dan ciri-ciri migran. Ketepatan fakta ini adalah bergantung pada kaedah kompilasi kerana kebanyakan statistik migrasi adalah penganggaran dan bukannya pengukuran yang tepat. Pengukuran langsung migrasi2 memerlukan suatu sistem untuk merekodkan pergerakan apabila ia berlaku. Statistik migrasi yang paling lengkap dibangunkan daripada pendaftaran penduduk di mana kesemua perubahan penghuninya direkodkan. Ia membenarkan pengukuran migrasi dalaman dan antarabangsa dilakukan. Bagi negara-negara di mana pendaftaran penduduk adalah tidak wujud, sistem rekod pentadbiran tertentu yang tidak meliputi keseluruhan penduduk boleh digunakan bagi tujuan tertentu. Sehubungan itu, rekod pendaftaran pengundi3, rekod keselamatan sosial4 atau rekod pembayar cukai5 boleh memberikan maklumat berkaitan migrasi dalaman. Bagi tujuan migrasi antarabangsa, statistik adalah berasaskan kepada senaari penumpang7 bagi kapal dan kapal terbang. Kiraan bagi penduduk yang merentasi sempadan politik hanya memberikan data secara kasar; bagi kebanyakan kawasan yang mempunyai banyak trafik sempadan (803-2*), langkah khusus perlu diambil untuk membezakan antara migran dan pelancong8, yang tidak berubah tempat tinggal, individu dalam transit 801-11). Bilangan visa9 atau permit masuk9 dan bilangan permit kediaman10 atau permit kerja11 yagn dikeluarkan juga boleh digunakan sebagai petunjuk kepada migrasi warganegara asing.

813

Maklumat yang dikumpulkan melalui banci dan tinjauan membolehkan pembangunan statistik berkenaan migran1. Bergantung pada soalan-soalan yang ditanya, kebiasaannya ia mengandungi statistik migran masuk2, statistik migran keluar2 dan statistik tempat kelahiran3. Pendekatan ini mempunyai kekangan untuk kajian migrasi antarabangsa; di mana emigran tidak boleh diketahui sementara imigran adalah diketahui, apa jua negara asal mereka.

814

Apabila sukar untuk menentukan migrasi secara langsung, penganggaran secara tidak langsung terhadap migrasi bersih boleh diperolehi melalui kaedah residual1 atau kaedah residu1 di mana perubahan dalam populasi antara dua tarikh dibandingkan dengan perubahan yang disebabkan oleh pertumbuhan semulajadi; perbezaan antara dua keadaan menyumbang kepada migrasi. Kaedah perangkaan penting2 adalah perbezaan antara jumlah perubahan penduduk yang dinilai dariapda dua banci dan pertambahan semulajadi (701-7) semasa tempoh antara banci. Kaedah nisbah ketakatan3 umumnya digunakan untuk menganggar migrasi bersih mengikut umur; di mana ia tidak memerlukan statistik kematian yang sebenar. Nisbah ketakatan boleh dihasilkan sama ada melalui jadual hayat atau melalui pembandingan banci yang berturutan, dan ia boleh digunakan untuk sub-populasi dalam satu banci bagi memberikan bilangan jangkaan mengikut umur semasa banci yang lain. Perbandingan antara populasi sebenar dan populasi jangkaan boleh digunakan untuk menganggarkan keseimbangan migrasi mengikut umur bagi sub-populasi. Sekiranya statistik tempat kelahiran4 (813-3) mengikut umur dan tempat tinggal semasa boleh diperolehi daripada dua banci yang berturutan, anggaran secara tidak langsung mengenai arus migrasi boleh dilakukan.

815

Istilah generik kadar migrasi1 merujuk kepada sebarang kadar yang mengukur kekerapan relatif migrasi dalam populasi. Melainkan dinyatakan sebaliknya, kadar ini perlu digunakan sebagai kadar migrasi tahunan2. Ia boleh diperolehi melalui nisbah antara purata bilangan pergerakanan semasa tahunan sepanjang tempoh tertentu kepada purata penduduk dalam tempoh tersebut. Kadar migrasi berih tahunan3 dan kadar migrasi jumlah tahunan4 adalah dikira dengan menggunakan maklumat yang bersesuaian dengan migrasi bersih dan migrasi jumlah. Indeks kekesanan migrasi5 atau indeks kekesanan5 adalah dikira sebagai nisbah antara migrasi bersih kepada jumlah migrasi dalaman dan migrasi luaran. Julat bagi indeks tersebut adalah daripada sifar, apabila ketibaan dan pelepasan adalah sama, kepada satu apabila migrasi adalah daripada satu hala sahaja.

816

Kadaran migran1 boleh diperolehi dengan menghubungkan bilanagn migran dalam sesuatu tempoh kepada bilangan penduduk di kawasan atau dari kawasan mereka berhijrah. Apabila kadaran migran keluar2 diperolehi dengan membahagikan bilangan penduduk yang berhijrah keluar dengan penduduk yang menetap di kawasan tersebut pada permulaan tempoh, dan kekal hidup pada penghujungnya, indeks ini mampu mengukur kebarangkalian berhijrah bagi penduduk yang terdedah. Selain itu, ia juga boleh digunakan untuk menyediakan unjuran penduduk yang mengambilkira migrasi secara berasingan. Tetapi penduduk lain kebiasaannya digunakan sebagai penyebut untuk mengira kedaran migran. Kadaran migran masuk3 diperolehi dengan membahagikan bilangan migran masuk di sesuatu kawasan dalam tempoh tertentu dengan penduduk kawasan tersebut pada penghujung tempoh; walau bagaimanapun, penduduk apda permulaan tempoh, atau purata penduduk pada permulaan dan penghujung boleh juga dijadikan sebagai penyebut. Kadaran migran masuk semasa hidup4 boleh diperolehi melalui maklumat berkenaan tempat lahir, membahagikan bilangan penduduk yang dilahirkan di luar kawasan tersebut dengan penduduk yang dibanci di kawasan tersebut. Kadaran migran keluar semasa hidup5 boleh diperolehi dengan membahagikan bilangan penduduk dalam sesebuah negara yang tinggal di luar kawasan asal sama ada dengan bilangan penduduk yang dilahirkan atau dengan penduduk yang masih hidup di kawasan tersebut. Apabila ciri-ciri migran seperti umur (322-1), pekerjaan (352-2) atau tahap pendidikan (342-1) adalah diketahui, indeks perbezaan migrasi6 digunakan untuk membezakan migran dan penduduk destinasi yang selebihnya. Indeks ini adalah bersamaan dengan kuantiti 1 tolak nisbah bagi akdaran migran dalam populasi yang mempunyai ciri-ciri yang dikaji kepada kadaran migran dalam populasi keseluruhan. Indeks perbezaan migrasi adalah bersamaan dengan sifar apabila penduduk dengan ciri-ciri tertentu mempunyai perilaku migrasi yang sama seperti populasi yang lain. Istilah migrasi pemilihan7 menunjukkan perbandingan antara migran masuk dan penduduk di kawasan asal (801-4). Apabila membandingkan ciri-ciri antara migran masuk dan penduduk di kawasan asal (801-5), istilah migrasi perbezaan8 atau perbezaan migrasi8 kadangkala digunakan.

817

Analisis migrasi longitudinal1 memerlukan maklumat mengenai pergerakan berturutan bagi individu mengikut masa, kebiasaannya maklumat tersebut diperolehi daripada pendaftaran penduduk (213-1) atau tinjauan retrospektif (203-8). Beberapa ukuran lanjut mengenai migrasi diperolehi dariapda data jenis ini, seperti kebarangkalian migrasi pertama2, ditakrifkan sebagai kebarangkalian sekumpulan bukan migran3 berumur x akan berhijrah kali pertama sebelum mencapai umur x + n. Kebarangkalian ini boleh digunakan untuk mengira jadual bukan migran4. Apabila digabungkan dengan jadual hayat (432-3) akan membawa kepada susutan kemandirian jadual bukan migran5. Begitu juga kebarangkalian migrasi mengikut turutan pergerakan6 boleh dikira melalui kadaran migran bagi turutan tertentu yang tidak melakukan pergerakan seterusnya dalam sesuatu selang. Kadar migrasi semua turutan7 adalah nisbah bagi pergerakan bagi kesemua turutan dalam sesuatu tahun kepada purata saiz penduduk bagi kohort (117-2) sepanjang tahun tersebut. Kadar-kadar yang terkumpul ini bagi sesuatu kohort menyediakan anggaran mengenai purata bilangan pergerakan8 tanpa mengambilkira kematian. Jadual kemandirian boleh digabungkan dengan jadual migrasi semua turutan9 umur tertentu untuk menganggarkan purata bilangan baki pergerakan bagi individu pada umur tertentu yang kematian adalah lazim.

818

Dalam mengkaji migran antara dua kawasan dalam sesuatu tempoh, ukuran yang biasa digunakan adalah indeks intensiti migran1, yang diperolehi melalui pembahagian bilangan migran dari kawasan A ke kawasan B dengan bilangan penduduk di kawasan B pada penghujung sesuatu tempoh dan bilangan penduduk di kawasan A yang masih hidup pada permulaan sesuatu tempoh sehingga ke penghujungnya. Indeks ini dibahagikan dengan nisbah bagi bilangan migran kepada kuasa dua penduduk negara tersebut, yang akan menghasilkan indeks keutamaan migrasi2. Apabila pengangka dihadkan kepada arus migrasi bersih, ukuran tersebut dipanggil indeks halatuju bersih3. Keberkesanan arus migrasi4 diukur dengan menghubungkan nilai mutlak bagi arus migrasi bersih dengan persilangan kasar (805-10).

819

Model migrasi1 mempunyai dua kategori yang luas. Kategori pertama adalah berhubung dengan arus migrasi (803-9) antara dua kawasan mengikut pembolehubah sosial, ekonomi atau demografi. Pembolehubah-pembolehubah ini selalunya diklasifikasikan sebagai faktor penolak2 apabila terdapat penolakan2 dari kawasan asal, sementara faktor penarik3 apabila terdapat tarikan3 ke kawasan destinasi, dan sebagai halangan perantaraan4 antara kedua-dua kawasan tersebut. Model yang paling ringkas adalah model graviti5: di mana arus antara kedua-dua kawasan adalah berkadaran secara langsung kepada saiz populasi, dan berkadaran secara songsang kepada jarak6 antara dua kawasan tersebut. Model-model lain menganggap bahawa arus tersebut adalah berkadaran kepada peluang di kawasan destinasi, dan berkadaran secara songsang kepada peluang perantaraan7 antara kawasan asal dan destinasi. Model-model dalam kategori yang kedua adalah model stokastik (730-5) yang merujuk kepada individu berbanding populasi; model-model ini menghubungkan kebarangkalian berhijrah dengan beberapa ciri persendirian seperti umur atau sejarah migrasi yang lalu.

* * *

Pergi ke: Pengenalan Demopædia | Arahan penggunaan | Muat turun
Bab: Prakata | 1. Konsep umum | 2. Pengurusan dan pemprosesan statistik penduduk | 3. Taburan dan klasifikasi penduduk | 4. Kematian dan morbiditi | 5. Perkahwinan | 6. Kesuburan | 7. Pertambahan dan penggantian penduduk | 8. Mobiliti ruangan | 9. Aspek ekonomi dan sosial demografi
Muka: 10 | 11 | 12 | 13 | 14 | 15 | 16 | 20 | 21 | 22 | 23 | 30 | 31 | 32 | 33 | 34 | 35 | 40 | 41 | 42 | 43 | 50 | 51 | 52 | 60 | 61 | 62 | 63 | 70 | 71 | 72 | 73 | 80 | 81 | 90 | 91 | 92 | 93