The Demopædia Encyclopedia on Population is under heavy modernization and maintenance. Outputs could look bizarre, sorry for the temporary inconvenience

Kamus Demografi Pelbagai Bahasa, Edisi Kedua, Volum Bahasa Malaysia

80

Daripada Demopædia.
Lompat ke: pandu arah, cari


Penolak tuntutan : Penaja Demopaedia tidak semestinya bersetuju dengan kesemua definisi yang terkandung dalam Kamus versi ini.

Pengharmonian edisi kedua Kamus Demografi Pelbagai Bahasa adalah suatu proses berterusan. Sila rujuk laman perbincangan untuk komen selanjutnya.


Pergi ke: Pengenalan Demopædia | Arahan penggunaan | Muat turun
Bab: Prakata | 1. Konsep umum | 2. Pengurusan dan pemprosesan statistik penduduk | 3. Taburan dan klasifikasi penduduk | 4. Mortaliti dan morbiditi | 5. Perkahwinan | 6. Kesuburan | 7. Pertambahan dan penggantian penduduk | 8. Mobiliti ruangan | 9. Aspek ekonomi dan sosial demografi
Muka: 10 | 11 | 12 | 13 | 14 | 15 | 16 | 20 | 21 | 22 | 23 | 30 | 31 | 32 | 33 | 34 | 35 | 40 | 41 | 42 | 43 | 50 | 51 | 52 | 60 | 61 | 62 | 63 | 70 | 71 | 72 | 73 | 80 | 81 | 90 | 91 | 92 | 93


801

Kajian mengenai mobiliti spatial1 atau mobiliti geografi1 memberi perhatian kepada aspek kuantitatif bagi pergerakan2 yang dilakukan oleh individu. Ciri-ciri migrasi3 yang ketara adalah ia melibatkan perubahan pada tempat tinggal biasa (310-6*) dan merujuk kepada pergerakan merentasi sempadan pentadbiran. Unit pentadbiran yang ditinggalkan oleh migran adalah tempat asal4 atau tempat pelepasan4; unit di mana migran pergi adalah tempat destinasi5 atau tempat ketibaan5. Konsep migrasi kebiasaannya tidak diaplikasikan kepada pergerakan yang dilakukan oleh seseorang tanpa tempat tinggal yang tetap, sebagai contoh, orang nomad dikeluarkan daripada pengiraan migran di kebanyakan negara. Kadangkala, sukar untuk membezakan antara migrasi yang merujuk kepada peruabhan yang kekal pada tempat tinggal, dan pergerakan sementara6, kecuali pada kriteria asas bagi tempoh ketiadaan7 daripada tempat asal atau tempat jangkamasa tinggal8 di kawasan destinasi. Umumnya, mobiliti geografi tidak memasukkan trip tempoh singkat yang melibatkan tiada perubahan pada tempat tinggal yang biasa, walaupun pergerakan tersebut layak untuk dikaji kerana kepentingan ekonomi dan sosialnya. Perjalanan ulang-alik9 yang melibatkan perjalanan harian atau mingguan daripada tempat tinggal ke tempat kerja atau sekolah; pergerakan bermusim10 ° pula mempunyai keberkalaan tahunan. Transit11 iaitu pergerakan merentasi sempadan untuk tiba di destinasi, tidak termasuk dalam migrasi yang merujuk kepada sempadan yang direntasi. Trafik pelancong12 atau bercuti12 juga tidak termasuk dalam mobiliti geografi.

802

Apabila migrasi diperhatikan mengikut masa, ia adalah mudah untuk membandingkan antara tempat tinggal pada tarikh lepas yang tetap1 atau tempat tinggal yang lepas2 dan tempat tinggal semasa3. Individu yang mempunyai unit pentadbiran yang berbeza pada permulaan dan penghujung selang tertentu dikenalpasti sebagai migran4. Migran boleh diklasifikasikan sebagai emigran5 atau migran keluar5 yang merujuk kepada tempat asal mereka dan imigran6 atau migran masuk6 yang merujuk kepada tempat tinggal semasa mereka. Apabila banci atau kajian mempunyai soalan berkenaan tempat tinggal yang lepas2, maklumat tersebut memberikan perhatian terhadap migrasi terkini7 atau perubahan terkini tempat tinggal7 tanpa mengambilkira faktor masa. Migran adalah individu yang mempunyai sekurang-kurangnya satu tempat tinggal sebelum di unit pentadbiran yang berbeza daripada tempat tinggal semasanya, seperti individu boleh dianggap telah berhijrah masuk8 ke tempat tinggal semasa, dan berhijrah keluar9 daripada tempat tinggal asal. Migran seumur hidu11 adalah seseorang yang mempunyai tempat kelahiran10 di unit pentadbiran yang berbeza daripada tempat tinggal semasa.

803

Penduduk di negara yang berdaulat (305-3) mungkin terlibat dalam migrasi dalaman1 apabila kedua-dua tempat pelepasan (801-4) dan tempat destinasi (801-5) adalah dalam lingkungan negara, atau terlibat dalam migrasi antarabangsa2 yang berlaku merentasi sempadan negara. Istilah migrasi luaran3 kadangkala ditakrifkan dalam erti kata yang lebih luas. Migrasi antarabangsa dipanggil imigrasi4 atau emigrasi5 mengikut sama ada negara tersebut adalah negara destinasi atau negara asal. Apabila negara dipecahkan kepada beberapa sub-kawasan, pergerakan dalam sempadan bagi setiap sub-kawasan adalah pergerakan tempatan6 dan membentuk mobiliti kediaman6, sementara pergerakan antara sub-kawasan dipanggil migrasi masuk7 atau migrasi keluar8 bergantung kepada sama ada sub-kawasan tersebut adalah tempat destinasi atau tempat asal bagi migran. Arus migrasi9 adalah sekumpulan migran yang mempunyai asal dan destinasi yang sama. Arus migrasi yang besar dipanggil arus dominan10 dan arus migrasi yang lebih kecil dipanggil arus songsang11.

804

Apabila seseorang individu berhijrah beberapa kali sepanjang tempoh tertentu, penghijrahan tersebut boleh dibezakan mengikut aturan migrasi1. Jangkamasa bermastautin2 atau jangkamasa tinggal2 adalah merujuk kepada selang antara ketibaan di sesuatu tempat dan pelepasan ke destinasi lain yang berikutnya ataupun selang daripada pergerakan yang terakhir. Migrasi kembali3 melibatkan pergerakan kembali sama ada ke kawasan permulaan, atau sebarang tempat bermastautin yang lepas. Migrasi berulang4 atau migrasi kronik4 merujuk kepada kecenderungan untuk berhijrah beberapa kali sepanjang selang masa yang singkat. Migrasi luar bandar-bandar5 kadangkala terjadi dalam bentuk migrasi bersiri6, migrasi berperingkat6 atau migrasi bertahap6, di mana migran cenderung untuk bergerak ke bandar-bandar besar sebagai tempat terakhir destinasi melalui beberapa siri migrasi pendek dan migrasi pertengahan.

805

Sumbangan migrasi (801-3) ke atas pertumbuhan penduduk (701-1) secara keseluruhan adalah disebabkan oleh migrasi bersih2, sebagai contoh, perbezaan antara bilangan ketibaan3 dan bilangan pelepasan4. Migrasi bersih mempunyai petanda negatif atau positif; imigrasi bersih5 atau migrasi masuk bersih5 adalah apabila ketibaan melebihi pelepasan, dan emigrasi bersih6 atau migrasi keluar bersih6 adalah apabila berlaku sebaliknya. Jumlah ketibaan dan pelepasan dalam sesebuah negara boleh digunakan untuk mengukur saiz migrasi7. Konsep yang sama digunakan di beberapa sub-kawasan bagi sesebuah negara adalah migrasi pusing ganti8. Arus bersih9 atau persilangan bersih9 bagi migrasi antara dua kawasan ditakrifkan sebagai perbezaan antara arus (803-9) dan arus songsang (803-11), di mana persilangan10 kasar adalah jumlah bagi arus dan arus songsang.

806

Migrasi secara spontan1, migrasi secara sukarela1 atau migrasi secara bebas1 adalah hasil daripada inisiatif dan pilihan bebas bagi migran. Apabila tiada tindakan yang bersepadu, pergerakan tersebut dirujuk sebagai migrasi individu2. Apabila keseluruhan keluarga berhijrah bersama, ia dirujuk sebagai migrasi keluarga3. Migrasi sekunder4 atau migrasi sampingan4 adalah hasil daripada pergerakan bagi ahli-ahli lain seperti anak-anak yang turut berhijrah bersama ketua keluarga. Contohnya seperti penyatuan semula keluarga9, yang merujuk kepada migrasi ahli keluarga, termasuk anak-anak. Pergerakan pekerja berdasarkan kepada peluang pekerjaan dirujuk sebagai migrasi pekerja5. Pergerakan ayng berlaku hasil daripada perkahwinan dan apabila individu bersara daripada tenaga buruh kadangkala dirujuk sebagai migrasi perkahwinan6 atau migrasi persaraan7. Migrasi berangkai8 atau migrasi berhubung8 merujuk kepada corak migrasi ke destinasi tertentu, di mana bakal-bakal migran mempunyai saudara (114-3*) atau rakan-rakan yang mempunyai tempat tinggal dan sanggup untuk menyediakan maklumat dan sokongan.

807

Apabila sekumpulan individu atau keluarga mengambil keputusan untuk berhijrah bersama, ia dinamakan migrasi kolektif1 atau migrasi kumpulan1. Migrasi besar-besaran2 melibatkan bilangan migran yang ramai. Istilah exodus3 boleh digunakan bagi migrasi besar-besaran secara tiba-tiba yang disebabkan oleh beberapa kecemasan atau bencana.

808

Migrasi secara sukarela (806-1) adalah berbeza dengan migrasi paksaan1, di mana individu adalah dipaksa oleh pihak berkuasa awam untuk berpindah. Repatriasi2 merujuk kepada penghijrahan paksa seseorang individu ke negara asalnya. contoh lain bagi migrasi paksaan adalah pengusiran3 daripada tempat kediaman sama ada seseorang atau sekumpulan individu. Istilah pemindahan4 umumnya adalah pergerakan keseluruhan penduduk untuk melindungi mereka daripada bencana seperti gempa bumi, banjir, peperangan dan sebagainya. Pelarian5 biasanya berhijrah atas kehendak mereka sendiri, walaupun mungkin terdapat tekanan yang kuat untuk berhijrah kerana penginapan yang berterusan dalam sesebuah negara asal akan mendedahkan mereka kepada bahaya penganiayaan. Orang pindahan6 adalah individu yang dipindahkan oleh pihak berkuasan awam dari tempat asalnya. Pergerakan ini mungkin terjadi disebabkan oleh pengusiran penduduk7 atau pemindahan penduduk7 secara besar-besaran, atau pertukaran penduduk8.

809

Proses di mana imigran menyesuaikan diri mereka dengan keadaan di kawasan destinasi boleh dipecahkan kepada beberapa kategori: naturalisasi (331-1), pemerolehan kewarganegaraan; penyerapan1, kemasukan dalam aktiviti ekonomi yang produktif; asimilasi3, penyatuan kepada struktur sosial pada asas kesamaan; dan pembudayaan2, adaptasi kebudayaan dan nilai penduduk di kawasan destinasi.

810

Apabila imigran daripada kawasan tertentu tidak menyesuaikan diri di negara baru tetapi kekal dengan kebudayaan di tempat asal (801-3), mereka dipanggil koloni1. Apabila negara penerima telah didiami, ini menimbulkan masalah untuk hidup bersama2 antara populasi yang berbeza. Ini boleh diselesaikan melalui penggabungan3 penduduk atau melalui pengintegrasian4 oleh sesuatu populasi terhadap populasi lain. Pengasingan5 wujud dalam kawasan sekiranya terdapat dua atau lebih populasi yang tinggal bersama tetapi kekal berbeza dari segi kebudayaan atau penguatkuasaan undang-undang.

811

Dasar migrasi1 adaalh salah satu aspek dasar kependudukan (105-2). Undang-undang imigresen2 di kebanyakan negara menghalang kemasukan warganegara asing. Undang-undang ini selalunya mengamalkan imigrasi terpilih3 bagi individu dengan ciri-ciri tertentu. Beberapa negara telah memperkenalkan sistem kuota4 di mana bilangan imigran telah ditetapkan berasaskan kepada kewarganegaraan asal5. Beberapa langkah telah diambil untuk mempengaruhi taburan semula penduduk6 dalam sesebuah negara melalui migrasi dalaman (803-1).

* * *

Pergi ke: Pengenalan Demopædia | Arahan penggunaan | Muat turun
Bab: Prakata | 1. Konsep umum | 2. Pengurusan dan pemprosesan statistik penduduk | 3. Taburan dan klasifikasi penduduk | 4. Kematian dan morbiditi | 5. Perkahwinan | 6. Kesuburan | 7. Pertambahan dan penggantian penduduk | 8. Mobiliti ruangan | 9. Aspek ekonomi dan sosial demografi
Muka: 10 | 11 | 12 | 13 | 14 | 15 | 16 | 20 | 21 | 22 | 23 | 30 | 31 | 32 | 33 | 34 | 35 | 40 | 41 | 42 | 43 | 50 | 51 | 52 | 60 | 61 | 62 | 63 | 70 | 71 | 72 | 73 | 80 | 81 | 90 | 91 | 92 | 93