The Demopædia Encyclopedia on Population is under heavy modernization and maintenance. Outputs could look bizarre, sorry for the temporary inconvenience

Kamus Demografi Pelbagai Bahasa, Edisi Kedua, Volum Bahasa Malaysia

70

Daripada Demopædia.
Lompat ke: pandu arah, cari


Penolak tuntutan : Penaja Demopaedia tidak semestinya bersetuju dengan kesemua definisi yang terkandung dalam Kamus versi ini.

Pengharmonian edisi kedua Kamus Demografi Pelbagai Bahasa adalah suatu proses berterusan. Sila rujuk laman perbincangan untuk komen selanjutnya.


Pergi ke: Pengenalan Demopædia | Arahan penggunaan | Muat turun
Bab: Prakata | 1. Konsep umum | 2. Pengurusan dan pemprosesan statistik penduduk | 3. Taburan dan klasifikasi penduduk | 4. Mortaliti dan morbiditi | 5. Perkahwinan | 6. Kesuburan | 7. Pertambahan dan penggantian penduduk | 8. Mobiliti ruangan | 9. Aspek ekonomi dan sosial demografi
Muka: 10 | 11 | 12 | 13 | 14 | 15 | 16 | 20 | 21 | 22 | 23 | 30 | 31 | 32 | 33 | 34 | 35 | 40 | 41 | 42 | 43 | 50 | 51 | 52 | 60 | 61 | 62 | 63 | 70 | 71 | 72 | 73 | 80 | 81 | 90 | 91 | 92 | 93


701

Hubungan antara kesuburan, kematian dan migrasi membawa perhatian kepada pertumbuhan penduduk1. Penurunan penduduk2 dirujuk sebagai pertumbuhan negatif3. Terdapat perbezaan antara populasi tertutup4 iaitu apabila tiada migrasi sama ada migrasi masuk atau migrasi keluar dan pertumbuhan penduduk bergantung sepenuhnya kepada perbezaan antara kelahiran dan kematian, dan populasi terbuka5 iapabila terdapat migrasi. Pertumbuhan populasi terbuka terdiri daripada imbangan migrasi6 atau migrasi bersih6 dan pertambahan semulajadi7, iaitu lebihan kelahiran daripada kematian8, kadangkala dipanggil imbangan kelahiran dan kematian8.

702

Nibah bagi jumlah pertumbuhan untuk sesuatu tempoh kepada purata penduduk dalam tempoh tersebut dipanggil kadar pertumbuhan1. . Kadangkala kadar ini dikira dengan menggunakan penduduk pada permulaan tempoh berbanding dengan purata penduduk sebagai penyebut. Apabila penduduk bertambah melebihi sesuatu tempoh atau lebih daripada sesuatu tahun yang dikaji, purata kadar pertumbuhan tahunan2 boleh dikira. Dalam mengira kadar ini, kadangkala diandaikan bahawa penduduk adalah tertakluk kepada pertumbuhan eksponen3 sepanjang tempoh tersebut, dan masa dijadikan pemboleh ubah selanjar. Saiz penduduk eksponen4 akan bertumbuh secara fungsi eksponen mengikut masa. Kadar pertumbuhan eksponen5 adalah bersamaan dengan kadar pertumbuhan seketika5. Nisbah bagi pertambahan semulajadi (701-7) kepada purata penduduk dalam sesuatu tempoh dipanggil sebagai kadar pertambahan semula jadi kasar6 dan adalah bersamaan dengan perbezaan antara kadar kelahiran kasar dan kadar kematian kasar. Indeks penting7 adalah nisbah bagi bilangan kelahiran kepada bilangan kematian dalam sesuatu tempoh; ukuran ini tidak lagi digunakan.


703

Apabila populasi tertutup (701-4) adalah tertakluk kepada kadar kesuburan umur tertentu dan kadar kematian (631-8 ; 412-1) yang malar bagi sesuatu tempoh yang lama, kadar pertumbuhan tahunan akan cenderung untuk menjadi malar. Kadar pertambahan yang malar ini dipanggil kadar instrinsik pertambahan semulajadi1, dan populasi yang mencapai perningkat ini dipanggil populasi stabil2. Kadaran individu dalam kumpulan umur yang berbeza dalam populasi sebegini adalah malar, sebagai contoh, populasi akan mempunyai taburan umur stabil3. Taburan umur yang stabil ini adalah tidak bergantung pada taburan umur permulaan4 tetapi hanya bergantung kepada kadar kesuburan dan kematian yang sentiasa malar. Populasi manusia tidak pernah mencapai kestabilan yang tepat sebagai model dan kadar instrinsik boleh menghasilkan indeks potensi pertumbuhan5 bagi sesuatu set kadar kesuburan umur tertentu. Populasi stabil di mana kadar instrinsik pertambahan semulajadinya adalah sifar dipanggil populasi pegun6. Dalam populasi ini, bilangan penduduk dalam sesuatu kumpulan umur adalah bersamaan dengan kamiran bagi fungsi kemandirian (431-3) bagi jadual hayat yang diambil antara had umur atas dan had umur bawah bagi kumpulan tersebut, digandakan oleh faktor yang umumnya berkadaran bagi semua kumpulan umur. Populasi kuasi-stabil7 adalah populasi stabil dengan kesuburan yang maalr dan kematian yang berubah secara perlahan. Populasi logistik9 adalah populasi yang bertumbuh mengikut hukum logistik10 bagi pertumbuhan.


* * *

Pergi ke: Pengenalan Demopædia | Arahan penggunaan | Muat turun
Bab: Prakata | 1. Konsep umum | 2. Pengurusan dan pemprosesan statistik penduduk | 3. Taburan dan klasifikasi penduduk | 4. Kematian dan morbiditi | 5. Perkahwinan | 6. Kesuburan | 7. Pertambahan dan penggantian penduduk | 8. Mobiliti ruangan | 9. Aspek ekonomi dan sosial demografi
Muka: 10 | 11 | 12 | 13 | 14 | 15 | 16 | 20 | 21 | 22 | 23 | 30 | 31 | 32 | 33 | 34 | 35 | 40 | 41 | 42 | 43 | 50 | 51 | 52 | 60 | 61 | 62 | 63 | 70 | 71 | 72 | 73 | 80 | 81 | 90 | 91 | 92 | 93