The Demopædia Encyclopedia on Population is under heavy modernization and maintenance. Outputs could look bizarre, sorry for the temporary inconvenience

Kamus Demografi Pelbagai Bahasa, Edisi Kedua, Volum Bahasa Malaysia

51

Daripada Demopædia.
Lompat ke: pandu arah, cari


Penolak tuntutan : Penaja Demopaedia tidak semestinya bersetuju dengan kesemua definisi yang terkandung dalam Kamus versi ini.

Pengharmonian edisi kedua Kamus Demografi Pelbagai Bahasa adalah suatu proses berterusan. Sila rujuk laman perbincangan untuk komen selanjutnya.


Pergi ke: Pengenalan Demopædia | Arahan penggunaan | Muat turun
Bab: Prakata | 1. Konsep umum | 2. Pengurusan dan pemprosesan statistik penduduk | 3. Taburan dan klasifikasi penduduk | 4. Mortaliti dan morbiditi | 5. Perkahwinan | 6. Kesuburan | 7. Pertambahan dan penggantian penduduk | 8. Mobiliti ruangan | 9. Aspek ekonomi dan sosial demografi
Muka: 10 | 11 | 12 | 13 | 14 | 15 | 16 | 20 | 21 | 22 | 23 | 30 | 31 | 32 | 33 | 34 | 35 | 40 | 41 | 42 | 43 | 50 | 51 | 52 | 60 | 61 | 62 | 63 | 70 | 71 | 72 | 73 | 80 | 81 | 90 | 91 | 92 | 93


510

Pada penghujung kehidupan berkahwin1 atau kehidupan suami isteri1, pengakhiran sekedudukan2 adalah bersamaan dengan pembubaran perkahwinan3, sebagai contoh menghapuskan kesemua tuntutan undang-undang berpunca daripada status pasangan, termasuk penyingkiran halangan undang-undang kepada perkahwinan yang baru. Sekiranya perkahwinan dibubarkan oleh kematian, pasangan yang masih hidup tersebut dipanggil duda4 sekiranya lelaki dan balu5 sekiranya wanita.

511

Apabila perceraian1 diiktiraf sebagai institusi, pembubaran perkahwinan (510-2) boleh melalui pemberian dekri perceraian2 kepada salah satu pasangan. Di beberapa negara, pasangan mungkin ditolak3 oleh yang lain-lain. Individu di mana perkahwinan telah dibubarkan oleh perkahwinan dipanggil pecerai4.

512

Di beberapa negara, asas kepada perkahwinan yang berkekalan1 adalah disahkan oleh undang-undang atau adat dan perceraian (511-1) adalah tidak dibenarkan; pembubaran perkahwinan (510-3) hanya berlaku apabila berlaku kematian kepada salah satu pasangan (501-5). Walau bagaimanapun, kurang keharmonian boleh membawa kepada pemisahan2 pasangan. Ini boleh berlaku dalam bentuk perasingan de facto3, sama ada melalui persetujuan biasa atau berpunca daripada peninggalan4 salah satu pasangan kepada pasangan lain. Atau ia berlaku dalam bentuk pemisahan undang-undang5 atau pemisahan kehakiman5. Pemisahan kehakiman membebaskan kedua-dua pihak daripada tuntutan tertentu, termasuk tugas untuk tinggal bersama, atau bersekedudukan, tetapi tidak membolehkan salah satu daripada mereka untuk mendirikan perkahwinan yang baru. Individu yang perkahwinannya telah dibubarkan melalui pemisahan dipanggil individu berpisah6. Perkahwinan di mana pasangan tidak lagi bersekedudukan tetapi tidak dibubarkan secara sah dipanggil perkahwinan retak7.

513

Dekri pembatalan1 atau pembatalan perkahwinan1 adalah suatu pengisytiharan oleh mahkamah, walaupun perkahwinan tersebut telah diadakan, ia adalah bukan perkahwinan sah2. Perkahwinan yang dibubarkan3 kebiasaannya adalah termasuk kes-kes pembatalan dan pemisahan secara sah, walapun perkahwinan tidak dibubarkan secara sah. Istilah pengakhiran sekedudukan (510-2) adalah lebih bersesuaian daripada pembubaran bagi kes tersebut dan mungkin juga merujuk kepada sekedudukan daripada perkahwinan.

514

Daripada sudut perundangan, sebarang individu yang memenuhi syarat yang ditetapkan oleh undang-undang atau adat untuk membina perkahwinan adalah boleh berkahwin1, dan individu tersebut dipanggil penduduk boleh berkahwin2; penduduk tidak boleh berkahwin3 terdiri daripada mereka yang tidak dibenarkan untuk berbuat demikian oleh undang-undang atau adat. Pasaran perkahwinan4, lingkungan boleh berkahwin5 atau sekumpulan individu5 dalam kalangan pemilihan jodoh6 tidak mengandungi kesemua individu boleh berkahwin; calon untuk berkahwin7 hanya terdiri daripada mereka yang tidak dimasukkan, sekurang-kurang sementara oleh sebab kesihatan dan lain-lain keadaan dari pasaran perkahwinan. Individu balu/duda atau bercerai boleh membina perkahwinan yang baru; terdapat perbezaan antara perkahwinan pertama8 dan perkahwinan seterusnya, atau perkahwinan semula9. Oleh sebab susunan perkahwinan10 mungkin berbeza untuk dua pasangan, istilah "perkahwinan pertama" adalah samar-samar melainkan dinyatakan merujuk kepada pengantin lelaki (501-6*) atau kepada pengantin perempuan (501-7*) atau kedua-duanya; melainkan dinyatakan sebaliknya, ia merujuk kepada perkahwinan antara seorang lelaki bujang (515-3) dan seorang perempuan bujang (515-4).

515

Penduduk boleh dibahagikan kepada beberapa kumpulan mengikut status suami isteri1, status perkahwinan1 atau keadaan perkahwinan1. Individu bujang2, lelaki bujang3 dan wanita bujang4, adalah mereka yang tidak pernah berkahwin; mereka juga kadangkala dipanggil kumpulan tidak pernah berkahwin2. Kumpulan individu berkahwin5, lelaki berkahwin6 dan wanita berkahwin7terdiri daripada mereka yang telah berkahwin dan perkahwinan mereka belum pernah dibubarkan (513-3) lagi. Semua individu kecuali individu tunggal adalah individu pernah berkahwin8.


* * *

Pergi ke: Pengenalan Demopædia | Arahan penggunaan | Muat turun
Bab: Prakata | 1. Konsep umum | 2. Pengurusan dan pemprosesan statistik penduduk | 3. Taburan dan klasifikasi penduduk | 4. Kematian dan morbiditi | 5. Perkahwinan | 6. Kesuburan | 7. Pertambahan dan penggantian penduduk | 8. Mobiliti ruangan | 9. Aspek ekonomi dan sosial demografi
Muka: 10 | 11 | 12 | 13 | 14 | 15 | 16 | 20 | 21 | 22 | 23 | 30 | 31 | 32 | 33 | 34 | 35 | 40 | 41 | 42 | 43 | 50 | 51 | 52 | 60 | 61 | 62 | 63 | 70 | 71 | 72 | 73 | 80 | 81 | 90 | 91 | 92 | 93