The Demopædia Encyclopedia on Population is under heavy modernization and maintenance. Outputs could look bizarre, sorry for the temporary inconvenience

Kamus Demografi Pelbagai Bahasa, Edisi Kedua, Volum Bahasa Malaysia

50

Daripada Demopædia.
Lompat ke: pandu arah, cari


Penolak tuntutan : Penaja Demopaedia tidak semestinya bersetuju dengan kesemua definisi yang terkandung dalam Kamus versi ini.

Pengharmonian edisi kedua Kamus Demografi Pelbagai Bahasa adalah suatu proses berterusan. Sila rujuk laman perbincangan untuk komen selanjutnya.


Pergi ke: Pengenalan Demopædia | Arahan penggunaan | Muat turun
Bab: Prakata | 1. Konsep umum | 2. Pengurusan dan pemprosesan statistik penduduk | 3. Taburan dan klasifikasi penduduk | 4. Mortaliti dan morbiditi | 5. Perkahwinan | 6. Kesuburan | 7. Pertambahan dan penggantian penduduk | 8. Mobiliti ruangan | 9. Aspek ekonomi dan sosial demografi
Muka: 10 | 11 | 12 | 13 | 14 | 15 | 16 | 20 | 21 | 22 | 23 | 30 | 31 | 32 | 33 | 34 | 35 | 40 | 41 | 42 | 43 | 50 | 51 | 52 | 60 | 61 | 62 | 63 | 70 | 71 | 72 | 73 | 80 | 81 | 90 | 91 | 92 | 93


501

Kajian mengenai nupsialiti1 adalah berkaitan dengan kekerapan perkahwinan2, sebagai contoh penyatuan3 antara individu yang berlainan jantina yang melibatkan hak dan kewajipan yang ditetapkan oleh perundangan dan kebudayaan. Perkahwinan4 adalah suatu majlis yang ditetapkan oleh perundangan atau kebudayaan untuk memperkukuhkan penyatuan antara seorang lelaki dan seorang wanita sebagai pasangan5, sebagai contoh suami6 dan isteri7. Pasangan tersebut dipanggil pasangan berkahwin8.

502

Undang-undang perkahwinan1 atau adat perkahwinan2 adalah berbeza bagi setiap masyarakat. Masyarakat di mana seorang individu hanya boleh berkahwin dengan seorang individu lain yang berlainan jantina dipanggil monogami3. Masyarakat di mana seorang individu hanya boleh berkahwin dengan beberapa individu lain secara serentak dipanggil poligami4. Terdapat perbezaan antara masyarakat poliandri5 di mana seorang wanita mungkin mempunyai beberapa suami, dan masyarakat poligini6 di mana seorang lelaki mungkin mempunyai beberapa isteri. Istilah "poligami" kerap digunakan dalam erti kata poligini.

503

Di beberapa negara, satu penyatuan yang sah boleh dibina hanya melalui perkahwinan sivil1 yang dilakukan oleh pegawai negeri; di negara-negara lain, perkahwinan agama2 yang menurut peraturan gereja diiktiraf sebagai perkahwinan yang sah. Pengiktirafan sosial atau undang-undang boleh diberikan melalui pelbagai keadaan di negara-negara yang berbeza untuk penyatuan stabil yang tidak diupacarakan oleh majlis undang-undang dan agama, sebagai contoh perkahwinan adat3 atau untuk perkahwinan common law3 yang mengesahkan tradisi tempatan. Jenis hubungan yang berbeza dan tahap penerimaan sosial adalah tersirat dalam istilah yang digunakan dalam pelbagai penyatuan tetapi kepentingan mereka adalah berbeza secara jelas bagi setiap negara. Istilah sekedudukan muafakat4 melibatkan sekedudukan stabil yang diiktiraf secara sosial, istilah perkahwinan percubaan4 juga mempunyai konotasi yang serupa. Istilah sekedudukan bebas5 dan sekedudukan sementara6 kedua-duanya melibatkan sekedudukan yang kurang stabil yang mungkin atau tidak mungkin termasuk bersekedudukan7. Dua individu yang berlainan jantina yang tinggal dalam sekedudukan yang stabil, sama ada secara sah atau tidak, adalah dipanggil pasangan8. Istilah sekedudukan suami isteri8 telah digunakan oleh ahli demografi untuk memasukkan kedua-dua sekedudukan yang sah dan sekedudukan tidak sah tetapi agak stabil.

504

Di kebanyakan negara, umur minimum perkahwinan1 telah ditetapkan oleh undang-undang. Ia adalah berbeza mengikut negara dan mungkin berbeza antara jantina. Perkahwinan antara individu yang berkaitan rapat melalui darah dipanggil perkahwinan sedarah2 dan kebiasaannya dilarang oleh sama ada undang-undang atau adat. Individu yang dilarang untuk berkahwin antara satu sama lain atas sebab ini dikenali sebagai berada dalam darjah persaudaraan3.

505

Di beberapa negara, pengumuman perkahwinan1 atau keinginan untuk berkahwin1 adalah perlu sebelum perkahwinan (501-4), memberikan notis umum kepada individu yang diminati yang mungkin menentang perkahwinan tersebut sekiranya terdapat sebab untuk berbuat demikian. Di kebanyakan negara, lesen perkahwinan2 hendaklah diperolehi sebelum majlis perkahwinan diadakan. Sijil perkahwinan3 kebiasaannya dihantar kepada pasangan baru berkahwin4 selepas perkahwinan. Penyatuan perkahwinan5 telah berlaku atau perkahwinan telah disatukan5 apabila berlakunya hubungan seksual antara pasangan tersebut.


506

Endogami1 adalah di mana kedua-dua pasangan adalah dari kumpulan yang sama (cth. suku kaum). Istilah ini juga digunakan untuk menunjukkan kecenderungan pasangan untuk menjadi ahli kepada kumpulan sosial dan geografi yang sama atau terpinggir2, yang kebiasaannya mempunyai saiz yang terhad. Ia dipanggil eksogami3 sekiranya sebaliknya. Perkahwinan campur4 adalah perkahwinan antara individu yang berlainan kenegaraan, bangsa, agama dan sebagainya. Apabila perkahwinan dihubungkan antara individu dengan sesuatu ciri-ciri yang umum, sosial, fizikal atau mental, ia dipanggil homogami5, atau dipanggil heterogami6 sekiranya sebaliknya.

* * *

Pergi ke: Pengenalan Demopædia | Arahan penggunaan | Muat turun
Bab: Prakata | 1. Konsep umum | 2. Pengurusan dan pemprosesan statistik penduduk | 3. Taburan dan klasifikasi penduduk | 4. Kematian dan morbiditi | 5. Perkahwinan | 6. Kesuburan | 7. Pertambahan dan penggantian penduduk | 8. Mobiliti ruangan | 9. Aspek ekonomi dan sosial demografi
Muka: 10 | 11 | 12 | 13 | 14 | 15 | 16 | 20 | 21 | 22 | 23 | 30 | 31 | 32 | 33 | 34 | 35 | 40 | 41 | 42 | 43 | 50 | 51 | 52 | 60 | 61 | 62 | 63 | 70 | 71 | 72 | 73 | 80 | 81 | 90 | 91 | 92 | 93