The Demopædia Encyclopedia on Population is under heavy modernization and maintenance. Outputs could look bizarre, sorry for the temporary inconvenience

Kamus Demografi Pelbagai Bahasa, Edisi Kedua, Volum Bahasa Malaysia

50

Daripada Demopædia.
Lompat ke: pandu arah, cari

501

Kajian mengenai perkahwinan1 adalah berkaitan dengan kekerapan perkahwinan2, sebagai contoh unions3 antara individu yang berlainan jantina yang melibatkan hak dan kewajipan yang ditetapkan oleh perundangan dan kebudayaan; dengan ciri-ciri orang yang berkahwin; dan dengan pembubaran perkahwinan tersebut. Tambahan, ia juga mengandungi pengajian kesatuan suami isteri (503-8) yang lain di mana kekerapan mereka menjadikan kemasukan mereka diperlukan. Perkahwinan4 adalah majlis, ditetapkan oleh perundangan atau kebudayaan yang memperkukuhkan penyatuan antara seorang lelaki dan seorang wanita sebagai pasangan5, sebagai contoh suami6 dan isteri7. Pasangan tersebut dipanggil pasangan berkahwin8.

502

Undang-undang perkahwinan1 atau adat perkahwinan2 adalah berbeza bagi setiap masyarakat. Masyarakat di mana seorang individu hanya boleh berkahwin dengan seorang individu lain yang berlainan jantina dipanggil monogami3. Masyarakat di mana seorang individu hanya boleh berkahwin dengan beberapa individu lain secara serentak dipanggil poligami4. Terdapat perbezaan antara masyarakat poliandri5 di mana seorang wanita mungkin mempunyai beberapa suami, dan masyarakat poligini6 di mana seorang lelaki mungkin mempunyai beberapa isteri. Istilah "poligami" kerap digunakan dalam erti kata poligini.

503

Di beberapa negara, satu penyatuan yang sah boleh dibina hanya melalui perkahwinan sivil1 yang dilakukan oleh pegawai negeri; di negara-negara lain, perkahwinan agama2 yang menurut peraturan gereja diiktiraf sebagai perkahwinan yang sah. Pengiktirafan sosial atau undang-undang boleh diberikan melalui pelbagai keadaan di negara-negara yang berbeza untuk penyatuan stabil yang tidak diupacarakan oleh majlis undang-undang dan agama, sebagai contoh perkahwinan adat3 atau untuk perkahwinan common law3 yang mengesahkan tradisi tempatan. jenis hubungan yang berbeza dan tahap penerimaan sosial adalah tersirat dalam istilah yang digunakan dalam pelbagai penyatuan tetapi kepentingan mereka adalah berbeza secara jelas bagi setiap negara. Istilah sekedudukan muafakat4 melibatkan sekedudukan stabil yang diiktiraf secara sosial, istilah perkahwinan percubaan4 juga mempunyai konotasi yang serupa. Istilah sekedudukan bebas5 dan sekedudukan sementara6 kedua-duanya melibatkan sekedudukan yang kurang stabil yang mungkin atau mungkin tidak termasuk bersekedudukan7. Dua individu yang berlainan jantina yang tinggal dalam sekedudukan yang stabil, sama ada secara sah atau tidak, adalah dipanggil pasangan8. Istilah sekedudukan suami isteri8 telah digunakan oleh ahli demografi untuk memasukkan kedua-dua sekedudukan yang sah dan sekedudukan tidak sah yang tidak sah tetapi agak stabil.