The Demopædia Encyclopedia on Population is under heavy modernization and maintenance. Outputs could look bizarre, sorry for the temporary inconvenience

Kamus Demografi Pelbagai Bahasa, Edisi Kedua, Volum Bahasa Malaysia

42

Daripada Demopædia.
Semakan 248 pada 01:01, 22 Februari 2013 oleh Irwan Nadzif Mahpul (Perbincangan | sumb.) (426)
(beza) ←Semakan sebelumnya | Semakan semasa (beza) | Semakan berikutnya→ (beza)
Lompat ke: pandu arah, cari


Penolak tuntutan : Penaja Demopaedia tidak semestinya bersetuju dengan kesemua definisi yang terkandung dalam Kamus versi ini.

Pengharmonian edisi kedua Kamus Demografi Pelbagai Bahasa adalah suatu proses berterusan. Sila rujuk laman perbincangan untuk komen selanjutnya.


Pergi ke: Pengenalan Demopædia | Arahan penggunaan | Muat turun
Bab: Prakata | 1. Konsep umum | 2. Pengurusan dan pemprosesan statistik penduduk | 3. Taburan dan klasifikasi penduduk | 4. Mortaliti dan morbiditi | 5. Perkahwinan | 6. Kesuburan | 7. Pertambahan dan penggantian penduduk | 8. Mobiliti ruangan | 9. Aspek ekonomi dan sosial demografi
Muka: 10 | 11 | 12 | 13 | 14 | 15 | 16 | 20 | 21 | 22 | 23 | 30 | 31 | 32 | 33 | 34 | 35 | 40 | 41 | 42 | 43 | 50 | 51 | 52 | 60 | 61 | 62 | 63 | 70 | 71 | 72 | 73 | 80 | 81 | 90 | 91 | 92 | 93


420

Kajian mengenai morbiditi1 adalah berkaitan dengan penyiasatan penyakit2 dalam populasi. Dua aspek yang diberikan perhatian: insiden penyakit3 dan prevalens penyakit4 bergantung sama ada kes-kes penyakit5 baru dipertimbangkan atau bilangan kes yang sedia ada pada satu-satu masa. Kompilasi statistik morbiditi6 dihalang oleh kekurangan perbezaan yang jelas antara kesihatan dan keadaan morbid7. Nosologi8 dan nosografi9 masing-masing menyumbang kepada klasifikasi dan deskripsi bagi penyakit.

421

Statistik kesihatan1 merangkumi statistik morbiditi, tetapi juga merangkumi kesemua aspek kesihatan penduduk, dan umumnya terdiri daripada statistik bagi mortaliti sebab-tertentu2. Klasifikasi kematian mengikut sebab kematian3 adalah sukar kerana pada kebiasaannya tidak akan terdapat sebab kematian tunggal4 tetapi sebab kematian pelbagai5 atau sebab kematian gabungan5. Apabila ini berlaku, perbezaan boleh dilakukan antara sebab kematian serta-merta6 dan sebab kematian sampingan7 atau antara sebab kematian primer8 atau sebab kematian utama8 dan sebab kematian sekunder9, sebab kematian sampingan9 atau sebab kematian berkaitan9. Kadar kematian sebab-tertentu10 umumnya dinyatakan bagi setiap 100,000 penduduk. Nisbah bagi bilangan kematian daripada sebab tertentu kepada bilangan kematian daripada semua sebab dirujuk sebagai nisbah kematian sebab-tertentu11.

422

Kematian atau kecacatan (426-2) mungkin berpunca daripada penyakit (420-2) atau kecederaan1 atau keracunan2. Kecederaan mungkin disebabkan oleh kemalangan3 atau keganasan4. Dalam kes-kes keganasan, kebiasaannya bunuh diri5 dan cubaan bunuh diri5, pembunuhan6 dan kematian atau kecederaan disebabkan oleh peperangan7.

423

Penyakit endemik1 adalah penyakit yang memberi kesan kepada sebahagian besar penduduk, di mana bertentangan dengan epidemik2, yang merebak dan hilang dalam masa yang agak singkat; apabila ia muncul di kebanyakan negara, ia akan dipanggil pandemik3. Penyakit-penyakit berjangkit4 tertentu diberikan perhatian khusus kerana kebolehannya untuk menjangkiti sebilangan besar penduduk dalam selang masa yang singkat. Ini dinamakan penyakit-penyakit epidemik5, dan statistik epidemiologi6 khusus dikumpulkan untuk emnunjukkan insiden tersebut. Adalah tidak mustahil untuk mengumpulkan maklumat berkaitan penyakit-penyakit ini di negara-negara yang berbeza kerana ia telah diwajibkan oleh undang-undang; dengan ini ia dipanggil penyakit-penyakit mesti lapor7. Perbezaan dilakukan antara penyakit-penyakit kronik8 dan penyakit-penyakit akut9. Istilah-istilah ini tidak ditakrifkan secara tepat, tetapi penyakit-penyakit akut umumnya difahami sebagai penyakit-penyakit yang muncul secara mendadak dan dalam tempoh yang singkat sementara penyakit-penyakit kronik adalah penyakit yang muncul secara perlahan dan dalam tempoh yang lama, dan selalunya menyebabkan ketidakupayaan yang berpanjangan.

424

Ahli demografi memberikan perhatian khusus kepada beberapa aspek mortaliti tertentu: mortaliti endogen1 yang terhasil daripada pembentukan genetik individu, kecacatan kongenital2, kecederaan berhubung dengan kelahiran, atau penyakit-penyakit degeneratif yang berkaitan dengan penuaan; mortaliti eksogen3, sebaliknya, terhasil daripada sebab-sebab luaran seperti penyakit berjangkit atau berparasit dan kecederaan akibat kemalangan selain daripada yang ditanggung oleh bayi semasa kelahiran. Selain itu, perhatian khusus turut diberikan terhadap penyakit-penyakit yang berhubung dengan kehamilan, kelahiran dan puerperium4. Mortaliti daripada penyakit-penyakit tersebut dipanggil mortaliti ibu5, dan kadar kematian ibu6 boleh dikira sebagai nisbah bagi kematian ibu dalam sesuatu tahun kepada kelahiran dalam tahun yang sama. Kadaran kematian yang disebabkan oleh kesenilan7 selalunya menarik perhatian sebagai indeks pelaporan yang lemah bagi sebab-sebab kematian.

425

Tiga aspek morbiditi (420-1) kebiasaannya diukur melalui kadar-kadar morbiditi1 atau nisbah-nisbah morbiditi1: kekerapan, jangkamasa dan keterukan. Indeks-indeks ini boleh dikira untuk penyakit-penyakit tertentu, atau untuk kesemua penyakit. Dua indeks bagi kekerapan kesihatan yang uzur adalah kadar insiden2, bilangan kes-kes penyakit baru semasa sesuatu tempoh dihubungkan dengan purata penduduk, dan kadar prevalens3, bilangan kes-kes penyakit sedia ada pada sesuatu masa dinyatakan bagi setiap unit bagi purata penduduk. Sama ada purata jangkamasa bagi setiap kes4, atau kadar kecacatan5, yang mana min bilangan hari penyakit5 bagi setiap individu dalam populasi, akan bertindak sebagai ukuran jangkamasa penyakit. Kadar maut kes6 adalah kadaran kes-kes maut dalam kalangan kes-kes penyakit tertentu yang dilaporkan boleh digunakan sebagai indeks keterukan.

426

Ketidaksempurnaan1 merujuk kepada sebarang kecacatan fizikal, fungsi atau fisiologi yang terhasil daripada penyakit, kecederaan dan kecacatan kongenital. Apabila ketidaksempurnaan menghalang keupayaan seseorang untuk bekerja atau melakukan aktiviti normalnya, ia dirujuk sebagai ketidakupayaan2 or ketidakupayaan2. Ia mungkin secara keseluruhan atau sebahagiannya; dalam mana-mana kes, ketidakupayaan kekal3 atau kelemahan4 merujuk kepada keadaan yang tidak boleh dipulihkan. Kebarangkalian seorang individu yang sihat pada umur x tahun akan menjadi lumpuh pada tahun berikutnya atau sepanjang beberapa tahun bermula dengan umur ini dipanggil risiko kecacatan5 atau kebarangkalian kecacatan5. Siri bagi kebarangkalian ini boleh digabungkan ke dalam jadual kecacatan6, iaitu lanjutan daripada jadual hayat (cf. §432).

* * *

Pergi ke: Pengenalan Demopædia | Arahan penggunaan | Muat turun
Bab: Prakata | 1. Konsep umum | 2. Pengurusan dan pemprosesan statistik penduduk | 3. Taburan dan klasifikasi penduduk | 4. Kematian dan morbiditi | 5. Perkahwinan | 6. Kesuburan | 7. Pertambahan dan penggantian penduduk | 8. Mobiliti ruangan | 9. Aspek ekonomi dan sosial demografi
Muka: 10 | 11 | 12 | 13 | 14 | 15 | 16 | 20 | 21 | 22 | 23 | 30 | 31 | 32 | 33 | 34 | 35 | 40 | 41 | 42 | 43 | 50 | 51 | 52 | 60 | 61 | 62 | 63 | 70 | 71 | 72 | 73 | 80 | 81 | 90 | 91 | 92 | 93