The Demopædia Encyclopedia on Population is under heavy modernization and maintenance. Outputs could look bizarre, sorry for the temporary inconvenience

Kamus Demografi Pelbagai Bahasa, Edisi Kedua, Volum Bahasa Malaysia

41

Daripada Demopædia.
Lompat ke: pandu arah, cari


Penolak tuntutan : Penaja Demopaedia tidak semestinya bersetuju dengan kesemua definisi yang terkandung dalam Kamus versi ini.

Pengharmonian edisi kedua Kamus Demografi Pelbagai Bahasa adalah suatu proses berterusan. Sila rujuk laman perbincangan untuk komen selanjutnya.


Pergi ke: Pengenalan Demopædia | Arahan penggunaan | Muat turun
Bab: Prakata | 1. Konsep umum | 2. Pengurusan dan pemprosesan statistik penduduk | 3. Taburan dan klasifikasi penduduk | 4. Mortaliti dan morbiditi | 5. Perkahwinan | 6. Kesuburan | 7. Pertambahan dan penggantian penduduk | 8. Mobiliti ruangan | 9. Aspek ekonomi dan sosial demografi
Muka: 10 | 11 | 12 | 13 | 14 | 15 | 16 | 20 | 21 | 22 | 23 | 30 | 31 | 32 | 33 | 34 | 35 | 40 | 41 | 42 | 43 | 50 | 51 | 52 | 60 | 61 | 62 | 63 | 70 | 71 | 72 | 73 | 80 | 81 | 90 | 91 | 92 | 93


410

Mortaliti bagi anak kelahiran hidup yang belum mencapai umur setahun dipanggil mortaliti bayi1. Mortaliti bagi anak kelahiran hidup yang mati sebelum mencapai umur empat minggu atau 28 hari yang dipanggil tempoh neo-natal3 dipanggil mortaliti neo-natal2. Mortaliti semasa minggu pertama kelahiran dipanggil mortaliti awal neo-natal4. Istilah mortaliti post-neonatal5 merujuk kepada kematian selepas tempoh neo-natal, tetapi sebelum mencapai umur setahun.

411

Istilah mortaliti janin1 digunakan bagi kematian sebelum lengkap dilahirkan oleh seseorang ibu sebagai produk perjaninan (602-6) tanpa mengambilkira jangkamasa kehamilan (603-3). Istilah mortaliti intra-uterin1 atau mortaliti dalam utero1 boleh juga digunakan. Kematian tersebut dipanggil kematian janin2 atau kematian intra-uterin2. Mortaliti janin awal3 berlaku sebelum minggu ke-20 kehidupan kandungan, sementara mortaliti janin pertengahan4 berlaku antara minggu ke-20 dan minggu ke 28 kandungan. Selepas minggu ke-28, ia dirujuk sebagai mortaliti janin lewat5 dan kematian janin lewat5 atau kebiasaannya dirujuk sebagai kelahiran mati5. Mortaliti perinatal6 termasuk mortaliti janin lewat dan sebahagian mortaliti bayi sama ada kematian awal neo-natal atau semua kematian neo-natal.

412

Nisbah bagi kematian di bawah umur satu tahun1, kematian kurang daripada 28 hari, dan kematian kurang daripada satu minggu yang berlaku dalam sesuatu tahun kepada bilangan kelahiran hidup bagi tahun yang sama menghasilkan kadar mortaliti bayi2, kadar mortaliti neo-natal3 dan kadar mortaliti awal neo-natal4. Kadar-kadar ini umumnya adalah mewakili seribu kelahiran hidup. Apabila kematian ditaburkan mengikut umur dan tahun kelahiran, adalah tidak mustahil untuk membahagikan kematian di bawah satu tahun dengan kelahiran dalam dua kohort yang diwakili. Indeks yang dihasilkan adalah kadar mortaliti bayi disesuaikan5 bersamaan dengan kebarangkalian kematian sebelum umur setahun5. Apabila tiada maklumat tesebut, faktor perasingan6 akan dianggarkan.

413

Kadaran bagi kematian janin lewat (411-5) dalam semua kelahiran dipanggil kadar kematian janin lewat1. Nisbah bagi kematian janin lewat kepada kelahiran hidup (601-4) dipanggil nisbah mortaliti janin lewat2. Kadar mortaliti janin3 mewakili bilangan kematian intra-uterin yang diketahui bagi setiap seribu kelahiran dalam tahun yang sama sementara nisbah mortaliti janin4 adalah nisbah bagi kematian intra-uterin kepada kelahiran hidup dalam sesuatu tahun. Pengukuran mortaliti intra-uterin yang lebih baik disediakan oleh jadual mortaliti intra-uterin5, aplikasi khusus bagi jadual hayat (cf. 432) yang mengambilkira jangkamasa gestasi. Kadar mortaliti perinatal6 menghubungkan kematian perinatal (411-6*) kepada hasil tambah kematian janin lewat dan kelahiran hidup.

414

Dalam kajian mengenai mortaliti umur tertentu1, istilah mortaliti bayi (410-2) dan mortaliti neo-natal (410-3) merujuk kepada tempoh masa yang umumnya dipersetujui. Penggunaan istilah berkaitan seperti mortaliti kanak-kanak2, mortaliti dewasa4 atau mortaliti bagi umur tua5 adalah tidak seragam. Kadar kematian kanak-kanak post-infantile6 kadangkala merujuk kepada kadar kematian antara umur satu hingga empat tahun.

* * *

Pergi ke: Pengenalan Demopædia | Arahan penggunaan | Muat turun
Bab: Prakata | 1. Konsep umum | 2. Pengurusan dan pemprosesan statistik penduduk | 3. Taburan dan klasifikasi penduduk | 4. Kematian dan morbiditi | 5. Perkahwinan | 6. Kesuburan | 7. Pertambahan dan penggantian penduduk | 8. Mobiliti ruangan | 9. Aspek ekonomi dan sosial demografi
Muka: 10 | 11 | 12 | 13 | 14 | 15 | 16 | 20 | 21 | 22 | 23 | 30 | 31 | 32 | 33 | 34 | 35 | 40 | 41 | 42 | 43 | 50 | 51 | 52 | 60 | 61 | 62 | 63 | 70 | 71 | 72 | 73 | 80 | 81 | 90 | 91 | 92 | 93