The Demopædia Encyclopedia on Population is under heavy modernization and maintenance. Outputs could look bizarre, sorry for the temporary inconvenience

Kamus Demografi Pelbagai Bahasa, Edisi Kedua, Volum Bahasa Malaysia

35

Daripada Demopædia.
Semakan 432 pada 05:00, 20 Jun 2013 oleh Irwan Nadzif Mahpul (Perbincangan | sumb.) (361)
(beza) ←Semakan sebelumnya | Semakan semasa (beza) | Semakan berikutnya→ (beza)
Lompat ke: pandu arah, cari


Penolak tuntutan : Penaja Demopaedia tidak semestinya bersetuju dengan kesemua definisi yang terkandung dalam Kamus versi ini.

Pengharmonian edisi kedua Kamus Demografi Pelbagai Bahasa adalah suatu proses berterusan. Sila rujuk laman perbincangan untuk komen selanjutnya.


Pergi ke: Pengenalan Demopædia | Arahan penggunaan | Muat turun
Bab: Prakata | 1. Konsep umum | 2. Pengurusan dan pemprosesan statistik penduduk | 3. Taburan dan klasifikasi penduduk | 4. Mortaliti dan morbiditi | 5. Perkahwinan | 6. Kesuburan | 7. Pertambahan dan penggantian penduduk | 8. Mobiliti ruangan | 9. Aspek ekonomi dan sosial demografi
Muka: 10 | 11 | 12 | 13 | 14 | 15 | 16 | 20 | 21 | 22 | 23 | 30 | 31 | 32 | 33 | 34 | 35 | 40 | 41 | 42 | 43 | 50 | 51 | 52 | 60 | 61 | 62 | 63 | 70 | 71 | 72 | 73 | 80 | 81 | 90 | 91 | 92 | 93


350

Terdapat perbezaan antara penduduk bekerja1 atau penduduk aktif ekonomi1 dan penduduk tidak bekerja2 atau penduduk tidak aktif ekonomi2. Penduduk bekerja terdiri daripada individu yang terlibat dalam kegiatan-kegiatan berhasil3. Kegiatan berhasil atau kegiatan ekonomi3 adalah aktiviti yang menyumbang kepada penjanaan pendapatan. Pekerja keluarga tanpa upah (353-5) biasanya termasuk dalam penduduk aktif ekonomi. Suri rumah4 terlibat dalam tugas-tugas domestik tidak berbayar, tidak termasuk pelajar, pesara dan lain-lain. Ahli penduduk tidak aktif ekonomi kadangkala dirujuk sebagai tanggungan5 (358-1) di mana mereka disara oleh penduduk bekerja. (lihat, walau bagaimanapun, aspek yang berbeza mengenai istilah ini terdapat pada perenggan 358). Nisbah bagi penduduk bekerja kepada jumlah penduduk biasanya dikira dengan merujuk kepada kumpulan umur-jantina atau kategori lain yang tertentu di panggil nisbah aktiviti6 atau nisbah penyertaan tenaga buruh6.

351

Pekerja-pekerja1 yang membentuk penduduk bekerja boleh diklasifikasikan sebagai bekerja2 atau tidak bekerja3. Menurut konsep tenaga buruh (350-1 *), hanya individu yang aktif mencari kerja4 atau pemberhentian kerja sementara semasa tempoh tertentu biasanya dikira sebagai tidak bekerja. Penduduk bekerja5 terdiri daripada kesemua yang bekerja untuk mencari pendapatan. Dalam kalangan aktif ekonomi, sebahagian besar mungkin dipaksa oleh keadaan ekonomi sesebuah negara atau masa tertentu untuk bekerja kurang daripada kemampuan dan kesanggupan; dalam keadaan ini, istilah pengangguran6 atau pengangguran separa6 akan digunakan. Pekerja pinggir7 yang hanya terlibat dalam kegiatan ekonomi pada masa-masa tertentu selalunya diklasifikasikan sebagai di luar daripada tenaga buruh menurut konsep pekerja berpenghasilan (350-1 *).

352

Klasifikasi pekerjaan1 bagi penduduk bekerja (350-1) menunjukkan ahli-ahlinya dikelaskan mengikut pekerjaan2. Persamaan dalam kerja yang dilakukan termasuk persamaan dalam kemahiran dan latihan adalah kriteria utama yang digunakan dalam mengkelaskan pekerjaan kepada kumpulan-kumpulan pekerjaan3 atau kelas-kelas pekerjaan3.

353

Penduduk bekerja (350-1) biasanya diklasifikasikan mengikut status kerja1. Dalam klasifikasi ini, majikan-majikan2 dibezakan daripada pekerja-pekerja3 dan turut dibezakan daripada pekerja sendiri4 atau pekerja-pekerja bebas4. Kedua-duanya tidak menggaji pekerja tetapi seperti juga majikan, mereka mungkin dibantu oleh pekerja-pekerja keluarga5 atau pembantu-pembantu keluarga5 tanpa upah yang biasanya dibezakan sebagai kumpulan yang berasingan. Kombinasi pekerjaan dan status klasifikasi boleh digunakan untuk membina kategori-kategori status sosial6.

354

Terdapat perbezaan dalam pelbagai sub-kumpulan bagi kategori pekerjaan (353-3). Salah satu sub-kumpulan adalah pekerja-pekerja rumah1 atau pekerja-pekerja kampung1, yang bekerja dalam rumah sendiri, kadangkala bagi beberapa majikan. Dalam kalangan pekerja, terdapat perbezaan antara pekerja-pekerja manual2 dan pdekerja-pekerja bukan manual3 atau pekerja-pekerja perkeranian dan pejabat3. Pekerja-pekerja manual boleh dipecahkan mengikut kemahiran4, dengan pekerja-pekerja mahir5, pekerja-pekerja separuh mahir6, dan pekerja-pekerja kurang mahir7 turut dibezakan. Perantis8 kadangkala dijadikan salah satu sub-kategori pekerja.

355

Dalam kalangan pekerja (353-3), selalunya dibezakan antara kakitangan pengurusan1; kakitangan eksekutif2; dan penyelia3 atau mandur3.

356

Klasifikasi khusus digunakan dalam pertanian. Petani-petani1 atau pekerja-pekerja ladang1 adalah mereka yang bertani untuk menjana pendapatan; dibezakan antara pemilik-pemilik ladang2, petani-petani penyewa3, dan penanam-penanam pawah3. Buruh-buruh pertanian4 adalah pekerja yang diupah oleh petani.

357

Penduduk bekerja boleh diklasifikasikan mengikut industri1 atau cabang kegiatan ekonomi1. Klasifikasi ini bergantung kepada sifat firma2 atau pertubuhan2 di mana sesorang individu itu bekerja. Umumnya, kepentingan dihubungkan dengan pembahagian penduduk kepada pekerja-pekerja pertanian3 dan pekerja-pekerja bukan pertanian4. Pekerja-pekerja kerajaan5 adalah kadangkala, dan anggota tentera6 atau ahli-ahli pasukan keselamatan6 biasanya ditunjukkan secara berasingan. Industri umumnya diklasifikasikan kepada tiga sektor, sektor primer7 (pertanian, pemburuan, perikanan dan perlombongan), sektor sekunder8 (pembuatan, pembinaan dan utiliti), dan sektor tertiari9 (perdagangan, kewangan, industri pengangkutan dan industri perkhidmatan). Di negara-negara membangun, sektor tradisional10 biasanya disenaraikan secara berasingan dan bertentangan dengan sektor moden ekonomi.

358

Penduduk tidak aktif ekonomi boleh dibahagikan kepada tanggungan1 (350-5) dan penanggung diri2. Tanggungan adalah bergantung kepada sokongan pencari nafkah3; sebagai contoh suri rumah (350-4) dan anak tanggungan4. Penanggung diri mempunyai sumber yang mencukupi untuk menyara kehidupan. Mereka mungkin adalah pemberi-pemberi sewa5 atau pesara-pesara6. Kategori khusus bagi tanggungan adalah orang yang menerima bantuan awam7 atau penerima kebajikan awam7. Individu yang tidak berupaya untuk bekerja dipanggil tidak boleh bekerja8. Nisbah bagi penduduk tidak aktif kepada penduduk aktif dipanggil nisbah tanggungan ekonomi9.

359

Adalah mungkin untuk mengklasifikasikan penduduk mengikut sektor kegiatan ekonomi berdasarkan kepada sumber mereka menyara kehidupan, tanggungan dimasukkan ke dalam kategori yang sama dengan pencari nafkah. Ini adalah berkenaan dengan penduduk yang bergantung kepada1 sesuatu cabang aktiviti khususnya penduduk yang bergantung kepada pertanian2. Istilah penduduk pertanian2 kadangkala digunakan sebagai sinonim, tetapi boleh digunakan dalam aspek penduduk ladang2 yang tinggal di ladang atau adalah bergantung kepada pertanian dan ia dibezakan daripada penduduk bukan ladang3 atau penduduk bukan pertanian3.

360

Penduduk yang lemah1 atau cacat1 biasanya ditunjukkan secara berasingan dalam banci. Mereka diklasifikasikan mengikut sifat kelemahan2 atau kecacatan2. Kelemahan fizikal3 atau kecacatan fizikal3 seperti buta, atau pekak-bisu biasanya dibezakan daripada kelemahan mental4 atau kecacatan mental4 seperti lemah fikiran atau nyanyuk.

361

Kajian mengenai hayat bekerja1 bagi individu terdiri daripada kajian mengenai penerimaan kepada tenaga buruh2 dan pemisahan daripada tenaga buruh3. Adalah perlu untuk membezakan antara mereka yang tidak pernah aktif daripada mereka yang pernah menyertai tenaga buruh apda masa lepas; pemisahan boleh disenaraikan mengikut sebab, seperti kematian, persaraan4, pengeluaran sementara. Analisis boleh dijalankan mengikut kohort atau tempoh, dan ia melibatkan kadar penerimaan kepada tenaga buruh5, atau kebarangkalian penerimaan kepada tenaga buruh6, kadar pemisahan kepada tenaga buruh7 atau kebarangkalian pemisahan kepada tenaga buruh8; indeks-indeks ini dikira mengikut umur atau kumpulan umur.

362

Indeks-indeks ini digunakan untuk mengira jadual hayat bekerja1, mengikut tempoh atau kohort. Sebagai tambahan kepada kebarangkalian yang diterangkan dalam perenggan sebelum ini, jadual-jadual ini mengandungi taburan-taburan mengikut umur pada penerimaan kepada tenaga buruh2 dan mengikut umur pada pemisahan daripada tenaga buruh3, (mengikut sebab, sebelum dan selepas mengambilkira kematian), purata umur pada penerimaan kepada tenaga buruh4 dan purata umur pada pemisahan daripada tenaga buruh5. Jangkaan hayat bekerja6, jangkaan kasar hayat bekerja7 (tidak mengambilkira kesan kematian) dan jangkaan bersih hayat bekerja8 (mengambilkira kesan kematian) semuanya mewakili purata bilangan tahun hayat bekerja yang akan tinggal pada setiap umur penduduk yang aktif. Mereka yang memasuki tenaga buruh pada umur tersebut, jangkaan ini membentuk purata jangka masa hayat bekerja9; indeks yang serupa boleh dikira untuk kesemua umur.

Pergi ke: Pengenalan Demopædia | Arahan penggunaan | Muat turun
Bab: Prakata | 1. Konsep umum | 2. Pengurusan dan pemprosesan statistik penduduk | 3. Taburan dan klasifikasi penduduk | 4. Kematian dan morbiditi | 5. Perkahwinan | 6. Kesuburan | 7. Pertambahan dan penggantian penduduk | 8. Mobiliti ruangan | 9. Aspek ekonomi dan sosial demografi
Muka: 10 | 11 | 12 | 13 | 14 | 15 | 16 | 20 | 21 | 22 | 23 | 30 | 31 | 32 | 33 | 34 | 35 | 40 | 41 | 42 | 43 | 50 | 51 | 52 | 60 | 61 | 62 | 63 | 70 | 71 | 72 | 73 | 80 | 81 | 90 | 91 | 92 | 93