The Demopædia Encyclopedia on Population is under heavy modernization and maintenance. Outputs could look bizarre, sorry for the temporary inconvenience

Kamus Demografi Pelbagai Bahasa, Edisi Kedua, Volum Bahasa Malaysia

34

Daripada Demopædia.
Semakan 447 pada 09:14, 26 Jun 2013 oleh Irwan Nadzif Mahpul (Perbincangan | sumb.) (347)
(beza) ←Semakan sebelumnya | Semakan semasa (beza) | Semakan berikutnya→ (beza)
Lompat ke: pandu arah, cari


Penolak tuntutan : Penaja Demopaedia tidak semestinya bersetuju dengan kesemua definisi yang terkandung dalam Kamus versi ini.

Pengharmonian edisi kedua Kamus Demografi Pelbagai Bahasa adalah suatu proses berterusan. Sila rujuk laman perbincangan untuk komen selanjutnya.


Pergi ke: Pengenalan Demopædia | Arahan penggunaan | Muat turun
Bab: Prakata | 1. Konsep umum | 2. Pengurusan dan pemprosesan statistik penduduk | 3. Taburan dan klasifikasi penduduk | 4. Mortaliti dan morbiditi | 5. Perkahwinan | 6. Kesuburan | 7. Pertambahan dan penggantian penduduk | 8. Mobiliti ruangan | 9. Aspek ekonomi dan sosial demografi
Muka: 10 | 11 | 12 | 13 | 14 | 15 | 16 | 20 | 21 | 22 | 23 | 30 | 31 | 32 | 33 | 34 | 35 | 40 | 41 | 42 | 43 | 50 | 51 | 52 | 60 | 61 | 62 | 63 | 70 | 71 | 72 | 73 | 80 | 81 | 90 | 91 | 92 | 93


340

Penduduk boleh diklasifikasikan mengikut bahasa1 atau dialek2 yang digunakan. Terdapat perbezaan antara bahasa ibunda3 seseorang iaitu bahasa yang digunakan di rumah pada zaman kanak-kanak dan bahasa harian4 iaitu bahasa yang biasanya digunakan oleh seseorang. Perbezaan antara kedua-duanya adalah jelas dalam kalangan mereka yang dwibahasa5 atau berbilang bahasa5. Statistik berkaitan perkara ini dipanggil statistik bahasa6.

341

Statistik agama1 membahagikan penduduk mengikut fahaman keagamaan. Terdapat perbezaan antara agama-agama2 utama and pegangan mazhab-mazhab3, upacara-upacara4 atau sekta-sekta5. Individu yang tidak mempunyai agama adalah agnostik6, penganut bebas6 atau ateis6.

342

Penduduk selalunya diklasifikan mengikut status pendidikan1. (Individu yang boleh membaca dan menulis dipanggil celik huruf2; mereka yang telah mencapai umur tertentu dan tidak boleh membaca dan menulis dipanggil buta huruf3. Statistik pencapaian pendidikan4 mengkelaskan individu mengikut pencapaian gred5, tahun bersekolah5 atau kadangkala mengikut umur pada berhenti sekolah6. Klasifikasi lain adalah berdasarkan kepada diploma7, ijazah7 atau sijil7 yang diperolehi, dan bergantung kepada peraturan8 di setiap negara.

343

Sistem pendidikan1 terdiri daripada semua institusi, awam dan swasta dalam sesebuah negara. Terdapat perbezaan antara pendidikan awam2 dan pendidikan swasta3. Selepas pendidikan pra sekolah4, biasanya dibezakan antara tiga tahap pendidikan5 dalam turutan menaik: pendidikan rendah6, pendidikan menengah7, yang biasanya dibahagikan kepada beberapa kitaran8 atau trek8, dan pendidikan tinggi9. Ini termasuk kursus-kursus untuk mendapatkan ijazah universiti11. Pendidikan teknikal12 atau pendidikan vokasional12 mungkin ditawarkan sama ada pada tahap pendidikan menengah atau pendidikan tinggi.

344

Jenis-jenis institusi pendidikan1 dan nama-namanya adalah tertakluk kepada sistem pendidikan sesebuah negara. Pendidikan pra sekolah (343-4) ditawarkan di sekolah bimbingan2 atau tadika2. Institusi pendidikan menawarkan tiga tahap pendidikan yang diterangkan di atas (343-5) iaitu: sekolah rendah3, sekolah menengah4 dan kolej5 atau universiti5; sebagai tambahan kepada universiti, ia terdapat pelbagai jenis sekolah profesional6.

345

Satu kelas1 (cf. 130-8) adalah sekumpulan murid2 yang mempunyai guru3 yang sama dan belajar dalam bilik darjah4 yang sama. Sekumpulan murid yang berada pada tahap pendidikan yang sama dikatakan berada dalam gred5 yang sama di Amerika Syarikat, atau dalam kelas5 yang sama di Great Britain. Istilah pelajar6 biasanya digunakan kepada mereka yang berada dalam pendidikan tinggi, tetapi juga ia adalah saling boleh tukar dengan "murid" di tahap pendidikan menengah.

346

Statistik sekolah semasa1 boleh dibezakan antara bilangan murid yang mendaftar2 dan bilangan murid yang hadir3. Perbandingan antara kedua-duanya memberikan nisbah kehadiran4. Pendidikan wajib5 menunjukkan kewujudan pelbagai peringkat umur di mana kehadiran sekolah adalah wajib mengikut undang-undang. Ini menjadikan ia mungkin untuk menentukan bilangan kanak-kanak umur sekolah6 atau penduduk umur sekolah7 mengikut kriteria undang-undang.

347

Statistik-statistik lain memberi perhatian kepada kemajuan pendidikan. Kemajuan seseorang individu kebiasaannya dinilai melalui gred, iaitu dari sekolah rendah hingga ke akhir pengajian. Apabila pendidikan wajib dikuatkuasakan, berhenti sekolah1 adalah dikecualikan semasa umur bersekolah, penyakit atau kematian. Kadar keciciran2 adalah kebarangkalian berhenti sekolah sebelum memperolehi sebarang sijil pendidikan; ia adalah pelengkap kepada kadar pengekalan3. Kadar-kadar ini boleh digunakan untuk mengira jadual hayat sekolah4, iaitu untuk mendapatkan min tempoh pendidikan5. Pada penghujung tahun persekolahan, murid atau pelajar yang tidak meninggalkan pelajaran mereka adalah mereka yang sama ada mengulangi sesuatu gred atau berpindah ke gred seterusnya, iaitu sama ada dengan atau tanpa perubahan pada trek6.

* * *

Pergi ke: Pengenalan Demopædia | Arahan penggunaan | Muat turun
Bab: Prakata | 1. Konsep umum | 2. Pengurusan dan pemprosesan statistik penduduk | 3. Taburan dan klasifikasi penduduk | 4. Kematian dan morbiditi | 5. Perkahwinan | 6. Kesuburan | 7. Pertambahan dan penggantian penduduk | 8. Mobiliti ruangan | 9. Aspek ekonomi dan sosial demografi
Muka: 10 | 11 | 12 | 13 | 14 | 15 | 16 | 20 | 21 | 22 | 23 | 30 | 31 | 32 | 33 | 34 | 35 | 40 | 41 | 42 | 43 | 50 | 51 | 52 | 60 | 61 | 62 | 63 | 70 | 71 | 72 | 73 | 80 | 81 | 90 | 91 | 92 | 93