The Demopædia Encyclopedia on Population is under heavy modernization and maintenance. Outputs could look bizarre, sorry for the temporary inconvenience

Kamus Demografi Pelbagai Bahasa, Edisi Kedua, Volum Bahasa Malaysia

33

Daripada Demopædia.
Semakan 457 pada 05:39, 27 Jun 2013 oleh Irwan Nadzif Mahpul (Perbincangan | sumb.) (334)
(beza) ←Semakan sebelumnya | Semakan semasa (beza) | Semakan berikutnya→ (beza)
Lompat ke: pandu arah, cari


Penolak tuntutan : Penaja Demopaedia tidak semestinya bersetuju dengan kesemua definisi yang terkandung dalam Kamus versi ini.

Pengharmonian edisi kedua Kamus Demografi Pelbagai Bahasa adalah suatu proses berterusan. Sila rujuk laman perbincangan untuk komen selanjutnya.


Pergi ke: Pengenalan Demopædia | Arahan penggunaan | Muat turun
Bab: Prakata | 1. Konsep umum | 2. Pengurusan dan pemprosesan statistik penduduk | 3. Taburan dan klasifikasi penduduk | 4. Mortaliti dan morbiditi | 5. Perkahwinan | 6. Kesuburan | 7. Pertambahan dan penggantian penduduk | 8. Mobiliti ruangan | 9. Aspek ekonomi dan sosial demografi
Muka: 10 | 11 | 12 | 13 | 14 | 15 | 16 | 20 | 21 | 22 | 23 | 30 | 31 | 32 | 33 | 34 | 35 | 40 | 41 | 42 | 43 | 50 | 51 | 52 | 60 | 61 | 62 | 63 | 70 | 71 | 72 | 73 | 80 | 81 | 90 | 91 | 92 | 93


330

Penduduk sesebuah negara adalah merupakan warganegara1 atau rakyat1 bagi negara tersebut, yang memiliki hak-hak politik yang tertentu, atau mungkin merupakan warga asing2 yang merupakan penduduk dari negara lain, atau penduduk yang tidak mempunyai negara langsung yang dipanggil tiada negara3. Penduduk sesebuah negara umumnya mempunyai kerakyatan4 negara tersebut. Istilah ini adalah sinonim dengan kewarganegaraan4, tetapi di beberapa negara pelbagai kerakyatan6, ia dibezakan antara kerakyatan politik4 dan kerakyatan etnik5.

331

Warga asing mempunyai kerakyatan di negara mereka tinggal melalui proses naturalisasi1 dan akan menjadi warganegara naturalisasi2 bagi orang naturalisasi2. Di beberapa negara, sijil naturalisasi3 boleh dibatalkan4 dan orang naturalisasi akan hilang kerakyatan5. Seseorang individu kadangkala mempunyai lebih daripada satu kerakyatan, dan dikatakan mempunyai dua kerakyatan6. Terdapat perbezaan antara pemastautin asing7, mereka yang biasanya tinggal di negara selain daripada negara asal mereka, dan pelawat asing8, mereka yang tinggal di sesebuah negara untuk jangkamasa yang singkat.

332

Individu yang lahir di tempat di mana mereka tinggal dipanggil penduduk asal1 di tempat tersebut. Jika keturunannya adalah merupakan penghuni asal tempat tersebut, mereka dipanggil penduduk autoktonus2, asli2. Terdapat perbezaan antara penduduk asal3 dan penduduk asing4.

333

Istilah bangsa1 umumnya untuk menggambarkan sekumpulan orang yang mempunyai ciri-ciri fizikal tertentu yang sama yang diwarisi secara keturunan. Istilah lain yang digunakan adalah kumpulan etnik2. Kumpulan etnik biasanya merujuk kepada sekumpulan orang yang mempunyai kebudayaan, bahasa, atau tradisi keagamaan yang sama. Satu kumpulan etnik mungkin juga adalah satu kumpulan bangsa. Orang3 (cf. 305-2) umumnya adalah sekumpulan individu yang dihubungkan melalui kebudayaan yang sama. Penduduk yang tinggal di tempat tertentu dan mempunyai ciri-ciri yang berbeza daripada majoriti penduduk yang lain dipanggil minoriti4, cth., etnik minoriti4, bangsa minoriti4, linguistik minoriti4, atau agama minoriti4.

334

Individu kadangkala dibezakan mengikut warna1 kulit. Di beberapa negara, terdapat perbezaan antara orang yang berkulit putih2 dan orang yang kulit berwarna3 kadangkala dipanggil orang yang berkulit bukan putih3. Perkahwinan antara orang yang mempunyai warna kulit yang berbeza kadangkala dirujuk sebagai misegenasi4. Seseorang yang dilahirkan daripada perkahwinan tersebut dipanggil darah campur5 atau kacukan5.

* * *

Pergi ke: Pengenalan Demopædia | Arahan penggunaan | Muat turun
Bab: Prakata | 1. Konsep umum | 2. Pengurusan dan pemprosesan statistik penduduk | 3. Taburan dan klasifikasi penduduk | 4. Kematian dan morbiditi | 5. Perkahwinan | 6. Kesuburan | 7. Pertambahan dan penggantian penduduk | 8. Mobiliti ruangan | 9. Aspek ekonomi dan sosial demografi
Muka: 10 | 11 | 12 | 13 | 14 | 15 | 16 | 20 | 21 | 22 | 23 | 30 | 31 | 32 | 33 | 34 | 35 | 40 | 41 | 42 | 43 | 50 | 51 | 52 | 60 | 61 | 62 | 63 | 70 | 71 | 72 | 73 | 80 | 81 | 90 | 91 | 92 | 93