The Demopædia Encyclopedia on Population is under heavy modernization and maintenance. Outputs could look bizarre, sorry for the temporary inconvenience

Kamus Demografi Pelbagai Bahasa, Edisi Kedua, Volum Bahasa Malaysia

32

Daripada Demopædia.
Semakan 443 pada 07:42, 20 Jun 2013 oleh Irwan Nadzif Mahpul (Perbincangan | sumb.) (327)
(beza) ←Semakan sebelumnya | Semakan semasa (beza) | Semakan berikutnya→ (beza)
Lompat ke: pandu arah, cari


Penolak tuntutan : Penaja Demopaedia tidak semestinya bersetuju dengan kesemua definisi yang terkandung dalam Kamus versi ini.

Pengharmonian edisi kedua Kamus Demografi Pelbagai Bahasa adalah suatu proses berterusan. Sila rujuk laman perbincangan untuk komen selanjutnya.


Pergi ke: Pengenalan Demopædia | Arahan penggunaan | Muat turun
Bab: Prakata | 1. Konsep umum | 2. Pengurusan dan pemprosesan statistik penduduk | 3. Taburan dan klasifikasi penduduk | 4. Mortaliti dan morbiditi | 5. Perkahwinan | 6. Kesuburan | 7. Pertambahan dan penggantian penduduk | 8. Mobiliti ruangan | 9. Aspek ekonomi dan sosial demografi
Muka: 10 | 11 | 12 | 13 | 14 | 15 | 16 | 20 | 21 | 22 | 23 | 30 | 31 | 32 | 33 | 34 | 35 | 40 | 41 | 42 | 43 | 50 | 51 | 52 | 60 | 61 | 62 | 63 | 70 | 71 | 72 | 73 | 80 | 81 | 90 | 91 | 92 | 93


320

Struktur jantina1 atau taburan jantina1 bagi penduduk diukur melalui nisbah antara bilangan penduduk bagi salah satu jantina2 kepada bilangan keseluruhan penduduk atau kebiasaannya kepada bilangan penduduk bagi jantina yang lain. Jantina lelaki selalunya digunakan sebagai pengangka apabila merujuk kepada kelelakian3 bagi penduduk. Kadaran kelelakian4 adalah kadaran bagi lelaki dalam keseluruhan bilangan penduduk. Nisbah jantina5 adalah nisbah bagi bilangan lelaki kepada bilangan perempuan; yang biasanya diterangkan dalam nilai indeks (132-7) cth. bilangan lelaki bagi setiap 100 perempuan.

321

Istilah lelaki1 dan perempuan2 biasanya digunakan dalam demografi bagi menggantikan lelaki1 dan wanita2 untuk merujuk kepada individu bagi kedua-dua jantina pada setiap kumpulan umur termasuk kanak-kanak (323-3).

322

Umur1 adalah salah satu ciri asas bagi struktur penduduk. Umumnya dinyatakan dalam tahun, atau tahun dan bulan; bagi kes kanak-kanak yang terlalu kecil, ia mungkin dinyatakan dalam bulan dan hari, atau dalam tahun dan pecahan perpuluhan bagi tahun. Ahli demografi biasanya meringkaskan umur kepada nombor bagi tahun lengkap2 dan ia dipanggil umur pada tarikh lahir lepas3. Kadangkala, statistik demografi merujuk kepada umur dicapai semasa sesuatu tahun4. Apabila pecahan bagi tahun hidup lengkap yang lepas dikira sebagai setahun, ia adalah umur pada tarikh lahir akan datang5. Umur yang dinyatakan6 atau umur yang dilaporkan6, dalam banci atau pendaftaran penting, selalunya dibundarkan kepada integer seterusnya terutamanya apabila tarikh lahir yang akan datang adalah hampir. Istilah umur tepat7 digunakan terutamanya dalam pengiraan jadual hayat untuk menandakan masa apabila seseorang individu mencapai hari lahir. Soalan-soalan banci terdiri sama ada umur, tarikh lahir, atau umur pada tarikh lahir lepas. Apabila ilmu mengenai umur adalah tidak meluas, kalendar sejarah8 akan digunakan untuk menganggarkan umur. Ini adalah senarai peristiwa yang tarikhnya diketahui yang berlaku sepanjang hidup responden.

323

Dalam demografi, istilah-istilah tertentu yang menggunakan bahasa harian digunakan untuk menandakan perbezaan peringkat kehidupan1 atau julat anggaran bagi tahun. Zaman kanak-kanak2 adalah permulaan bagi kehidupan. Umumnya, kanak-kanak3 adalah mereka yang belum lagi mencapai baligh (620-2). Kanak-kanak akan dipanggil bayi4 pada hari-hari awal kehidupannya. Bayi masih menyusu5 adalah mereka yang masih belum diceraikan susu oleh ibunya. Istilah bayi6 merujuk kepada kanak-kanak yang masih eblum mencapai umur setahun. Kanak-kanak yang masih belum mencapai umur wajib bersekolah dipanggil kanak-kanak pra sekolah7, kanak-kanak umur bersekolah8 adalah kanak-kanak yang telah mencapai umur wajib ke sekolah.

324

Zaman kanak-kanak diikuti dengan remaja1 atau belia1 yang bermula sejak baligh < 620-2). Istilah remaja2 atau penduduk muda3 digunakan untuk lelaki dan wanita antara zaman kanak-kanak dan umur dewasa4. Mereka yang telah mencapai tahap kematangan4 dipanggil dewasa5. Umur tua6 selalunya digunakan untuk menakrifkan tempoh kehidupan semasa kebanyakan penduduk telah bersara. Penduduk yang telah melepasi umur tersebut dipanggil penduduk tua8.

325

Taburan umur bagi penduduk adalah sama ada diberikan oleh umur satu tahunan1 atau kumpulan umur2, sama ada kumpulan umur lima tahun3, juga dipanggil kumpulan umur lima tahunan3, atau kumpulan umur luas4, seeprti 0-19 tahun, 20-59 tahun, 60 tahun dan lebih. Kadangkala taburan umur6 atau struktur umur6 penduduk diberikan dengan mengklasifikasikan penduduk mengikut tahun lahir5. Secara grafiknya, taburan umur boleh dipersembahkan melalui piramid penduduk7 iaitu histogram (155-8) yang menunjukkan penduduk mengikut umur dan jantina dan dipanggil piramid penduduk disebabkan oleh bentuknya yang seakan-akan piramid.

326

Umur min1 bagi penduduk adalah purata umur bagi kesemua ahlinya, umur median2 adalah umur yang membahagikan penduduk kepada dua kumpulan sama secara numerik. Apabila kadaran bagi warga tua dalam populasi bertambah, ia adalah merujuk kepada penuaan3 penduduk. Pertambahan dalam kadaran orang muda melibatkan kebalikmudaan4 penduduk. Penduduk tua5 mempunyai kadaran warga tua yang tinggi, penduduk muda6 mempunyai kadaran orang tua atau kanak-kanak yang tinggi. Istilah penuaan yang digunakan di atas tidak patut dikelirukan dengan teknik yang digunakan dalam unjuran penduduk, yang mengandungi penuaan7 penduduk dengan menggunakan kebarangkalian ketakatan (431-6) mengikut umur untuk menentukan bilangan penakat pada masa hadapan.

327

Penuaan (326-3) penduduk perlu dibezakan daripada penuaan individu1 atau senesens1, dan daripada pertambahan dalam jangka masa kehidupan manusia atau and from an increase in the duration of human life or pertambahan kepanjangan usia2 yang terjadi hasil daripada kemajuan taraf hidup dan teknologi perubatan. Umur fisiologi3 seseorang individu akan bergantung kepada keadaan tisu dan organnya. Dalam kes kanak-kanak, ia adalah berkenaan dengan umur mental4, yang ditakrifkan sebagai umur di mana pencapaian seorang kanak-kanak diukur oleh ujian-ujian tertentu. Dalam kajian mental dan umur fisiologi, terdapat perbezaan antara umur tersebut dan umur kronologi yang diukur oleh masa yang berlalu sejak tarikh lahir5 individu tersebut. Nisbah bagi mental kepada umur kronologi dipanggil darjah kecerdasan6 (selalunya diringkaskan sebagai I.Q.).

* * *

Pergi ke: Pengenalan Demopædia | Arahan penggunaan | Muat turun
Bab: Prakata | 1. Konsep umum | 2. Pengurusan dan pemprosesan statistik penduduk | 3. Taburan dan klasifikasi penduduk | 4. Kematian dan morbiditi | 5. Perkahwinan | 6. Kesuburan | 7. Pertambahan dan penggantian penduduk | 8. Mobiliti ruangan | 9. Aspek ekonomi dan sosial demografi
Muka: 10 | 11 | 12 | 13 | 14 | 15 | 16 | 20 | 21 | 22 | 23 | 30 | 31 | 32 | 33 | 34 | 35 | 40 | 41 | 42 | 43 | 50 | 51 | 52 | 60 | 61 | 62 | 63 | 70 | 71 | 72 | 73 | 80 | 81 | 90 | 91 | 92 | 93