The Demopædia Encyclopedia on Population is under heavy modernization and maintenance. Outputs could look bizarre, sorry for the temporary inconvenience

Kamus Demografi Pelbagai Bahasa, Edisi Kedua, Volum Bahasa Malaysia

31

Daripada Demopædia.
Lompat ke: pandu arah, cari


Penolak tuntutan : Penaja Demopaedia tidak semestinya bersetuju dengan kesemua definisi yang terkandung dalam Kamus versi ini.

Pengharmonian edisi kedua Kamus Demografi Pelbagai Bahasa adalah suatu proses berterusan. Sila rujuk laman perbincangan untuk komen selanjutnya.


Pergi ke: Pengenalan Demopædia | Arahan penggunaan | Muat turun
Bab: Prakata | 1. Konsep umum | 2. Pengurusan dan pemprosesan statistik penduduk | 3. Taburan dan klasifikasi penduduk | 4. Mortaliti dan morbiditi | 5. Perkahwinan | 6. Kesuburan | 7. Pertambahan dan penggantian penduduk | 8. Mobiliti ruangan | 9. Aspek ekonomi dan sosial demografi
Muka: 10 | 11 | 12 | 13 | 14 | 15 | 16 | 20 | 21 | 22 | 23 | 30 | 31 | 32 | 33 | 34 | 35 | 40 | 41 | 42 | 43 | 50 | 51 | 52 | 60 | 61 | 62 | 63 | 70 | 71 | 72 | 73 | 80 | 81 | 90 | 91 | 92 | 93


310

Dalam banci, terdapat perbezaan antara penduduk bermastautin1 atau penduduk de jure1 bagi sesuatu kawasan, yang terdiri daripada penduduk yang biasanya tinggal di kawasan tersebut, dan penduduk sebenar2, atau penduduk de facto2 adalah penduduk yang berada di kawasan tersebut pada hari banci. Dalam penduduk bermastautin, mangkir sementara4 adalah termasuk dalam pemastautin tetap3 pada hari banci; penduduk sebenar terdiri daripada pemastautin dan pelawat5 atau penduduk sementara5. Dua kaedah bancian tersebut akan memberikan keputusan yang berbeza. Tempat di mana seseorang tinggal dipanggil tempat kediaman6. Bagi tujuan pentadbiran, mereka yang tinggal dalam komuniti yang besar (cth. sekolah berasrama, berek askar, penjara dll. (cf. 110-5*) selalunya akan dibanci secara berasingan. Mereka ini membentuk penduduk institusi7. Kaedah tertentu digunakan untuk membanci gelandangan8 atau orang yang tidak mempunyai tempat tinggal yang tetap8.

311

Di kebanyakan negara, kawasan luar bandar1 ditakrifkan sebagai daerah pentadbiran di mana saiz penduduk adalah di bawah apras yang tertentu (selalunya 2,000). Kawasan-kawasan lain dipanggil kawasan bandar2. Penduduk luar bandar3 adalah penduduk yang tinggal di kawasan luar bandar, penduduk bandar4 adalah penduduk yang tinggal di kawasan bandar. Definisi tertentu bagi penduduk luar bandar dan bandar mendorong untuk membezakan kategori pertengahan yang dirujuk sebagai penduduk separa bandar5.

312

Kepadatan penduduk1 adalah indeks yang digunakan untuk menunjukkan hubungan antara penduduk dan kawasan di mana mereka tinggal. Indeks kepadatan2 yang paling mudah diperolehi dengan membahagikan jumlah penduduk dengan kawasan dan umumnya diterangkan sebagai bilangan individu bagi setiap ekar, kilometer persegi atau baru persegi. Selerakan penduduk3 bergantung kepada jenis penempatan4, penempatan berkumpulan5 atau penempatan berselerak6. Beberapa penulis telah mengira pusat penduduk7 bagi sesuatu kawasan melalui kaedah yang digunakan untuk mencari pusat graviti yang digunakan dalam matematik; setiap individu dalam populasi diberikan pemberat yang sama.

313

Apabila corak penempatan bagi populasi yang berbeza dibandingkan dan faktor-faktor selain daripada kawasan permukaan diambilkira, indeks kepadatan bandingan1 kadangkala dikira. Terdapat pelbagai indeks lain seperti kepadatan penduduk bagi setiap unit kawasan suai tani2 dan kepadatan penduduk tani bagi setiap unit kawasan suai tani3. Kadangkala, indeks-indeks ini adalah berdasarkan kepada kawasan bertanam4 berbanding kawasan suai tanam5. Kepadatan tersebut boleh dinyatakan sebagai hubungan antara penduduk dan jumlah sumber ekonomi; kepadatan potensi maksimum6 atau daya tampung penduduk6 menunjukkan hubungan antara sumber dan penduduk maksimum yang boleh disokong oleh sumber tersebut. Konsep kepadatan optimum7, cth., kepadatan yang akan memberikan pendapatan sebenar bagi setiap orang yang maksimum dengan sumber yang tertentu, yang digunakan dalam teori kependudukan.

* * *

Pergi ke: Pengenalan Demopædia | Arahan penggunaan | Muat turun
Bab: Prakata | 1. Konsep umum | 2. Pengurusan dan pemprosesan statistik penduduk | 3. Taburan dan klasifikasi penduduk | 4. Kematian dan morbiditi | 5. Perkahwinan | 6. Kesuburan | 7. Pertambahan dan penggantian penduduk | 8. Mobiliti ruangan | 9. Aspek ekonomi dan sosial demografi
Muka: 10 | 11 | 12 | 13 | 14 | 15 | 16 | 20 | 21 | 22 | 23 | 30 | 31 | 32 | 33 | 34 | 35 | 40 | 41 | 42 | 43 | 50 | 51 | 52 | 60 | 61 | 62 | 63 | 70 | 71 | 72 | 73 | 80 | 81 | 90 | 91 | 92 | 93