The Demopædia Encyclopedia on Population is under heavy modernization and maintenance. Outputs could look bizarre, sorry for the temporary inconvenience

Kamus Demografi Pelbagai Bahasa, Edisi Kedua, Volum Bahasa Malaysia

30

Daripada Demopædia.
Lompat ke: pandu arah, cari


Penolak tuntutan : Penaja Demopaedia tidak semestinya bersetuju dengan kesemua definisi yang terkandung dalam Kamus versi ini.

Pengharmonian edisi kedua Kamus Demografi Pelbagai Bahasa adalah suatu proses berterusan. Sila rujuk laman perbincangan untuk komen selanjutnya.


Pergi ke: Pengenalan Demopædia | Arahan penggunaan | Muat turun
Bab: Prakata | 1. Konsep umum | 2. Pengurusan dan pemprosesan statistik penduduk | 3. Taburan dan klasifikasi penduduk | 4. Mortaliti dan morbiditi | 5. Perkahwinan | 6. Kesuburan | 7. Pertambahan dan penggantian penduduk | 8. Mobiliti ruangan | 9. Aspek ekonomi dan sosial demografi
Muka: 10 | 11 | 12 | 13 | 14 | 15 | 16 | 20 | 21 | 22 | 23 | 30 | 31 | 32 | 33 | 34 | 35 | 40 | 41 | 42 | 43 | 50 | 51 | 52 | 60 | 61 | 62 | 63 | 70 | 71 | 72 | 73 | 80 | 81 | 90 | 91 | 92 | 93


301

Statistik populasi biasanya dipersembahkan dalam bentuk taburan geografi bagi populasi1 atau taburan ruangan bagi populasi1, dan juga dalam bentuk struktur (144-4). Setiap populasi hidup dalam sesuatu kawasan2 atau wilayah2 (305-6), dan penyelidikan terhadap taburan geografi3 atau taburan ruangan3 adalah merujuk kepada cara di mana populasi tersebut ditaburkan mengikut wilayahnya.

302

Wilayah (301-2) di mana sesuatu populasi hidup boleh dibahagikan kepada beberapa sub-kawasan1. Bagi tujuan pentadbiran, ia boleh dibahagikan mengikut kawasan pentadbiran2, unit pentadbiran2 atau daerah pentadbiran2 yang kadangkala dikenali sebagai bahagian-bahagian sah2 atau bahagian-bahagian politik2. Ahli geografi membahagikan kawasan kepada bahagian-bahagian3 atau zon-zon4 yang mungkin atau tidak menyamai unit-unit pentadbiran. Istilah bahagian semualajadi5 dan bahagian ekonomi6 digunakan oleh ahli geografi. Istilah kawasan semulajadi7 digunakan dalam ekologi manusia (104-5) untuk mentakrifkan sesebuah kawasan yang dihuni oleh populasi yang mempunyai ciri-ciri yang berbeza.

303

Unit-unit pentadbiran adalah berbeza mengikut negara dan masa, oleh itu, ia meliputi situasi yang berbeza. Bahagian sivil yang kecil terdiri daripada bandar1 dan kariah1; bahagian sivil utama terdiri daripada negeri2 atau wilayah2, dan unit pertengahan selalunya dipanggil sebagai kaunti5 dan daerah6. Sebagai contoh bahagian pentadbiran utama di Kanada adalah bandar8, kaunti9 dan wilayah10.

304

Penduduk adalah sama ada tetap1, sedentari1, atau berpindah-pindah2, cth., berhijrah dalam sesuatu kawasan dan tanpa kediaman tetap. Nomad yang dalam proses untuk menjadi tetap dipanggil separa-nomad3. Orang primitif yang mempunyai wilayah khusus diperuntukkan kepada mereka dipanggil simpanan orang asli4 atau perizaban4.

305

Negara1 selalunya adalah wilayah (301-2) bagi orang2 (cf. 333-3) atau sesuatu bangsa2. Ahli-ahli kepada sesuatu bangsa secara umumnya berkongsi kebudayaan yang sama. Negeri3 adalah suatu badan politik. Istilah tersebut digunakan dalam dua aspek yang berbeza: kebiasaannya, sesebuah negeri mempunyai kedaulatan penuh terhadap kawasan dan penduduknya. Walau bagaimanapun, beberapa persekutuan4 bagi negeri-negeri persekutuan4 dibahagikan kepada unit-unit yang lebih kecil yang dipanggil negeri5 yang tidak mempunyai kedaulatan secara mutlak (cth. di Amerika Syarikat dan Australia). Istilah wilayah6 (301-2) biasanya digunakan untuk kawasan geografi, tetapi kadangkala digunakan untuk menunjukkan unit politik yang telah ditubuhkan. Terdapat perbezaan antara wilayah pemerintahan sendiri7 dan wilayah bukan pemerintahan sendiri8.

306

Dalam sempadan wilayah (301-2), istilah-istilah tertentu digunakan untuk menerangkan jenis-jenis pengkonglomeratan1 atau pengagregatan1 yang berbeza bagi penduduk, kadangkala dikenali sebagai agregat penduduk1, kluster penduduk1 atau lebih umumnya sebagai lokaliti1. Di kawasan-kawasan luar bandar, unit yang paling kecil dirujuk sebagai hamlet2, yang biasanya terdiri daripada sekumpulan unit perumahan yang paling kecil. Pengkonglomeratan yang lebih besar adalah kampung3 yang biasanya adalah komuniti kecil dan kebayakan penduduknya adalah terdiri daripada penduduk tani. Pekan4 atau bandar4 adalah pengkonglomeratan yang lebih besar di mana umumnya hanya terdapat sebilangan kecil penduduk sahaja yang terlibat dalam pertanian. Kerusi kerajaan bagi sesebuah wilayah (dalam erti kata di 305-1), adalah dipanggil modal5. Di sesebuah kaunti, tempat di mana kerajaan tempatan berada di panggil pekan kaunti6 atau kerusi kaunti6. Pekan dan bandar boleh dibahagikan kepada daerah7 atau tempat tinggal7.

307

Keluasan kawasan boleh bertambah melalui penggabungan lokaliti yang berhampiran dan akan membentuk satu aglomerasi1, yang mengandungi bandaraya pusat2 dan sub-bandar3 dengan fungsi-fungsi yang khusus. Istilah konurbasi4 atau kawasan metropolitan4 umumnya digunakan untuk menunjukkan beberapa aglomerasi yang berbeza. Dalam kebanyakan kes, istilah konurbasi digunakan sebagai sinonim bagi aglomerasi. Gabungan antara konurbasi dan bandar-bandar besar membentuk megalopolis5 atau metropolitan belt5.

* * *

Pergi ke: Pengenalan Demopædia | Arahan penggunaan | Muat turun
Bab: Prakata | 1. Konsep umum | 2. Pengurusan dan pemprosesan statistik penduduk | 3. Taburan dan klasifikasi penduduk | 4. Kematian dan morbiditi | 5. Perkahwinan | 6. Kesuburan | 7. Pertambahan dan penggantian penduduk | 8. Mobiliti ruangan | 9. Aspek ekonomi dan sosial demografi
Muka: 10 | 11 | 12 | 13 | 14 | 15 | 16 | 20 | 21 | 22 | 23 | 30 | 31 | 32 | 33 | 34 | 35 | 40 | 41 | 42 | 43 | 50 | 51 | 52 | 60 | 61 | 62 | 63 | 70 | 71 | 72 | 73 | 80 | 81 | 90 | 91 | 92 | 93