The Demopædia Encyclopedia on Population is under heavy modernization and maintenance. Outputs could look bizarre, sorry for the temporary inconvenience
Kamus Demografi Pelbagai Bahasa, Edisi Kedua, Volum Bahasa Malaysia
23
Penolak tuntutan : Penaja Demopaedia tidak semestinya bersetuju dengan kesemua definisi yang terkandung dalam Kamus versi ini. Pengharmonian edisi kedua Kamus Demografi Pelbagai Bahasa adalah suatu proses berterusan. Sila rujuk laman perbincangan untuk komen selanjutnya. |
Pergi ke: Pengenalan Demopædia | Arahan penggunaan | Muat turun |
230
Ketepatan1 statistik penduduk adalah bergantung kepada faktor lain berdasarkan kesempurnaan2 pengiraan individu, kumpulan atau peristiwa yang dikaji. Keciciran3 dan kurang hitung3 cenderung untuk menghasilkan kurang penganggaran4 sementara pengiraan berganda5 cenderung untuk menghasilkan lebih penganggaran6. Sumber-sumber ralat yang lain termasuk salah lapor7 bagi ciri-ciri tertentu seperti umur dan ralat klasifikasi8. Ketidak tepatan tersebut kadangkala dikesan melalui ujian selepas penghitungan9 atau kawalan kualiti10. Kadangkala, beberapa soalan tidak dijawab atau dijawab dengan tidak lengkap dan ia boleh membawa kepada ketidaktepatan yang boleh dilihat melalui frekuensi bagi kumpulan yang telah ditetapkan sebagai tiada respon11, tidak dinyatakan11 atau tidak tahu11.
* * *
Pergi ke: Pengenalan Demopædia | Arahan penggunaan | Muat turun |