The Demopædia Encyclopedia on Population is under heavy modernization and maintenance. Outputs could look bizarre, sorry for the temporary inconvenience

Kamus Demografi Pelbagai Bahasa, Edisi Kedua, Volum Bahasa Malaysia

20

Daripada Demopædia.
Lompat ke: pandu arah, cari


Penolak tuntutan : Penaja Demopaedia tidak semestinya bersetuju dengan kesemua definisi yang terkandung dalam Kamus versi ini.

Pengharmonian edisi kedua Kamus Demografi Pelbagai Bahasa adalah suatu proses berterusan. Sila rujuk laman perbincangan untuk komen selanjutnya.


Pergi ke: Pengenalan Demopædia | Arahan penggunaan | Muat turun
Bab: Prakata | 1. Konsep umum | 2. Pengurusan dan pemprosesan statistik penduduk | 3. Taburan dan klasifikasi penduduk | 4. Mortaliti dan morbiditi | 5. Perkahwinan | 6. Kesuburan | 7. Pertambahan dan penggantian penduduk | 8. Mobiliti ruangan | 9. Aspek ekonomi dan sosial demografi
Muka: 10 | 11 | 12 | 13 | 14 | 15 | 16 | 20 | 21 | 22 | 23 | 30 | 31 | 32 | 33 | 34 | 35 | 40 | 41 | 42 | 43 | 50 | 51 | 52 | 60 | 61 | 62 | 63 | 70 | 71 | 72 | 73 | 80 | 81 | 90 | 91 | 92 | 93


201

Statistik penduduk semasa1 mungkin berbeza dengan statistik perubahan penduduk2. Kedua-duanya adalah berkenaan aspek statik bagi subjek dan memberikan gambaran yang serta merta mengenai penduduk pada sesuatu masa: unit-unit statistik (110-1) yang digunakan umumnya adalah isirumah (110-3), individu (110-2), dan sebagainya. Statistik bagi perubahan penduduk memberi perhatian kepada proses-proses perubahan berterusan yang mempengaruhi penduduk, dan selalunya berkenaan dengan peristiwa-peristiwa penting3, seperti kelahiran, perkahwinan, kematian, dan migrasi (801-1). Peristiwa-peristiwa tidak boleh diperbaharui4 (cth. kematian) boleh dibezakan daripada peristiwa-peristiwa diperbaharui5 seperti kehamilan, kelahiran atau penghijrahan; peristiwa-peristiwa diperbaharui diberikan turutan6 berdasarkan kepada bilangan peristiwa lepas bagi persekitaran dan individu yang sama. Statistik bagi perubahan penduduk adalah sumber asas bagi pengajian proses kependudukan7, kadangkala dipanggil dinamik penduduk7. Banci (cf. 202) adalah sumber utama bagi maklumat berkaitan keadaan penduduk8. Perangkaan penting (212-1) adalah sumber primer bagi data untuk pengajian pertumbuhan penduduk9 (cf. 701). Kadangkala, ia adalah berkenaan dengan pertambahan semulajadi10 sahaja, cth. tidak mengambilkira pergerakan antara penduduk yang dikaji dan penduduk lain, tetapi perangkaan migrasi (812-1) adalah sebahagian daripada statistik bagi perubahan penduduk.

202

Banci penduduk1 dilakukan untuk mendapatkan maklumat mengenai keadaan penduduk (201-8) pada masa yang tertentu. Kesemua penduduk di sesebuah negara akan dikira secara serentak:. banci tersebut akan dipanggil banci umum2. Kadangkala, hanya sebahagian sahaja penduduk yang dikira, cth. penduduk di sesuatu kawasan, banci tersebut akan dipanggil banci separa3. Istilah "Banci", walau bagaimanapun, menunjukkan usaha untuk menghitung kesemua ahli dalam populasi dan untuk mencapai liputan lengkap4 bagi populasi. Banci mikro5 adalah terhad kepada sampel bagi populasi, kebiasaannya bersaiz besar dan dikategorikan sebagai tinjauan sampel6. Banci dan tinjauan kadangkala didahulukan dengan pra-uji7 atau kajian rintis7. Tinjauan selepas banci9 dilakukan selepas banci untuk mengesahkan ketepatan dan kesempurnaan penghitungan.

203

Bancian1 dilakukan untuk mendapatkan jumlah penduduk. Ia adalah berbeza dengan kiraan2 mudah dalam senarai3 yang disediakan. Siasatan4 atau tinjauan4 pula umumnya dilakukan untuk melengkapkan maklumat berkaitan dengan perkara-perkara tertentu (cth. tenaga buruh) dan mempunyai tujuan yang terhad. Siasatan lapangan5 atau tinjauan lapangan5 adalah siasatan di mana maklumat diperolehi daripada temubual peribadi6. Dalam siasatan pos7 atau tinjauan mel7, soalan selidik (206-3) dihantar kepada responden menggunakan kaedah pos dan emminta ia dikembalikan setelah dilengkapkan. Tinjauan retrospektif8 memberi fokus kepada peristiwa-peristiwa demografi pada masa lepas; dalam tinjauan multi-pusingan9, peristiwa-peristiwa yang berlaku semenjak tinjauan sebelumnya dicatatkan dalam tinjuan pusingan yang seterusnya. Kaedah ini adalah berbeza dengan lawatan semula10, iaitu istilah yang digunakan apabila penemubual perlu melakukan beberapa cubaan untuk mendapatkan responden. Dalam banci, maklumat diperolehi sama ada melalui temubual langsung11, atau melalui tadbir sendiri12. Dalam kaedah pertama, ia juga dipanggil kaedah bersemuka11 penemubual (204-2) mencatatkan maklumat diberikan oleh atau mengenai responden; dalam kaedah kedua, ia juga dipanggil kaedah penghitungan kendiri12, soalan selidik dilengkapkan oleh responden (204-1) sendiri. Self-enumeration may take the form of a mail census13.

204

Individu yang ditemubual dalam banci (202-1) atau tinjauan (203-4) adalah dipanggil responden1 atau informan1. Individu yang mengumpulkan (130-4) maklumat tersebut dipanggil penemubual2, pekerja lapangan2 atau pembanci2. Penghitung selalunya dikawal oleh penyelia3 atau inspektor3. Banci umum (202-2) kebiasaannya dilakukan oleh jabatan-jabatan statistik4 bagi sesebuah negara.

205

Kebiasaannya, banci adalah wajib1, cth. responden (204-1) mempunyai kewajipan dari segi undang-undang untuk memberikan maklumat; ini menjadikannya berbeza dengan siasatan sukarela2 (cf. 203-4), di mana isu tiada respon3 adalah masalah utama terutamanya dalam siasatan pos (203-7), di mana selalunya memerlukan susulan4 atau kadangkala memerlukan lawatan. Tiada responden5 biasanya terbahagi kepada mereka yang enggan6, cth. mereka yang tidak mahu bekerjasama dalam siasatan tersebut dan mereka yang tidak dijumpai oleh penemubual (204-2); dan mereka yang tidak hadir7. Kadaran penolakan8 bagi setiap soalan adalah ukuran penting untuk mengukur reaksi responden. Penggantian bagi unit sampel yang tidak digunakan dengan unit sampel yang lain dirujuk sebagai penggantian9.

206

Borang1 yang digunakan untuk mengumpulkan maklumat mempunyai nama-nama yang berbeza. Istilah jadual2 adalah kerap digunakan, terutamanya istilah jadual banci2. Kebanyakan borang adalah soalan selidik3, khususnya apabila ia dibentuk untuk dilengkapkan4 oleh responden sendiri. Selain daripada itu, pernyataan5, atau butiran6 adalah ekstrak7 daripada dokumen yang asalnya digunakan bukan untuk tujuan statistik. Terdapat dua jenis soalan yang biasa digunakan: soalan tertutup8 yang memerlukan responden menjawab dengan memilih satu daripada respon yang disenaraikan dalam soalan selidik atau soalan terbuka9 yang memerlukan responden memberikan jawapan secara spontan.

207

Jadual (206-2) banci mungkin adalah jadual individu1 yang mengandungi maklumat berkenaan individu tersebut sahaja, jadual isirumah2 yang mengandungi maklumat berkenaan kesemua ahli dalam isirumah (110-3), atau jadual kolektif3, senarai nominal3 atau jadual penemubual3 yang digunakan oleh penemubual (204-2) untuk mencatatkan 34 data kesemua individu yang ditemubual. Mungkin terdapat jadual khusus bagi populasi institusi (310-7), yang dipanggil jadual institusi4.

* * *

Pergi ke: Pengenalan Demopædia | Arahan penggunaan | Muat turun
Bab: Prakata | 1. Konsep umum | 2. Pengurusan dan pemprosesan statistik penduduk | 3. Taburan dan klasifikasi penduduk | 4. Kematian dan morbiditi | 5. Perkahwinan | 6. Kesuburan | 7. Pertambahan dan penggantian penduduk | 8. Mobiliti ruangan | 9. Aspek ekonomi dan sosial demografi
Muka: 10 | 11 | 12 | 13 | 14 | 15 | 16 | 20 | 21 | 22 | 23 | 30 | 31 | 32 | 33 | 34 | 35 | 40 | 41 | 42 | 43 | 50 | 51 | 52 | 60 | 61 | 62 | 63 | 70 | 71 | 72 | 73 | 80 | 81 | 90 | 91 | 92 | 93