The Demopædia Encyclopedia on Population is under heavy modernization and maintenance. Outputs could look bizarre, sorry for the temporary inconvenience

Kamus Demografi Pelbagai Bahasa, Edisi Kedua, Volum Bahasa Malaysia

16

Daripada Demopædia.
Semakan 408 pada 08:51, 19 Jun 2013 oleh Irwan Nadzif Mahpul (Perbincangan | sumb.) (164)
(beza) ←Semakan sebelumnya | Semakan semasa (beza) | Semakan berikutnya→ (beza)
Lompat ke: pandu arah, cari


Penolak tuntutan : Penaja Demopaedia tidak semestinya bersetuju dengan kesemua definisi yang terkandung dalam Kamus versi ini.

Pengharmonian edisi kedua Kamus Demografi Pelbagai Bahasa adalah suatu proses berterusan. Sila rujuk laman perbincangan untuk komen selanjutnya.


Pergi ke: Pengenalan Demopædia | Arahan penggunaan | Muat turun
Bab: Prakata | 1. Konsep umum | 2. Pengurusan dan pemprosesan statistik penduduk | 3. Taburan dan klasifikasi penduduk | 4. Mortaliti dan morbiditi | 5. Perkahwinan | 6. Kesuburan | 7. Pertambahan dan penggantian penduduk | 8. Mobiliti ruangan | 9. Aspek ekonomi dan sosial demografi
Muka: 10 | 11 | 12 | 13 | 14 | 15 | 16 | 20 | 21 | 22 | 23 | 30 | 31 | 32 | 33 | 34 | 35 | 40 | 41 | 42 | 43 | 50 | 51 | 52 | 60 | 61 | 62 | 63 | 70 | 71 | 72 | 73 | 80 | 81 | 90 | 91 | 92 | 93


160

Prosedur pensampelan1 digunakan untuk memperolehi maklumat mengenai penduduk daripada sebahagian penduduk sahaja, dan bukannya mengkaji setiap orang (110-2). Bahagian populasi yang dikaji itu dipanggil sampel2. Populasi adalah sekumpulan unsur-unsur3 yang hendak dikaji. Unit pensampelan4 adalah unsur atau sekumpulan unsur bagi populasi yang digunakan dalam pemilihan sampel. Dalam sampel-sampel demografi, unsur-unsur biasanya adalah individu (110-2), keluarga (115-1), atau isirumah (110-3) dan unit pensampelan pula adalah individu, isirumah, blok rumah atau kawasan. Sampel tersebut akan mengandungi bilangan unit pensampelan yang terpilih mengikut skim pensampelan5 atau pelan pensampelan5.

161

Sampel di mana elemen dipilih berdasarkan peluang dirujuk sebagai sampel rawak1 atau sampel berkebarangkalian1. Sekiranya senarai unit pensampelan yang lengkap boleh diperolehi, ia dipanggil rangka pensampelan3. Dalam pensampelan rawak mudah4, kadaran bagi unit pensampelan dipilih daripada rangka secara rawak2. Kadaran ini dipanggil pecahan pensampelan5 atau nisbah pensampelan5. Sampel-sampel sistematik6 adalah dipilih secara sistematik7 daripada rangka di mana unit pensampelan diberikan nombor secara berturutan. Sampel dipilih dengan mengambil unit ke nth, (n + s)th, (n + 2s)th, ..., dll., di mana n adalah lebih kecil daripada s dan dipilih secara rawak. Dalam pensampelan kluster8, unsur-unsur populasi tidak dipilih secara individu tetapi dipilih secara berkumpulan yang dipanggil kluster9 .

162

Dalam pensampelan rawak berstrata1, populasi dibahagikan kepada beberapa strata2 yang lebih homogen (134-4) daripada populasi keseluruhan dengan merujuk kepada ciri-ciri yang hendak dikaji, dan sampel rawak mudah (161-4) dipilih di setiap strata. Pecahan pensampelan (161-5) yang berbeza digunakan pada strata yang berbeza. Pensampelan multi-peringkat3 adalah kaedah di mana pemilihan sampel dilakukan dalam beberapa peringkat. Pertamanya, sampel bagi unit-unit primer4 dipilih dan setiap unit-unit ini dianggap sebagai populasi (101-3) di mana sub-sampel5 bagi unit-unit sekunder6 kemudiannya dipilih, dan proses ini diulangi. Apabila tiada rangka pensampelan, pensampelan kawasan7 akan digunakan.

163

Dalam pensampelan berkebarangkalian (161-1), kaedah peluang digunakan untuk mendapatkan sampel wakilan1 sebagai contoh, sampel yang menggambarkan populasi bagi kesemua ciri-ciri yang hendak dikaji selain daripada perubahan rawak. Dalam pensampelan kuota2, sebaliknya adalah sampel yang dipilih secara sengaja untuk menggambarkan ciri-ciri tertentu, dan setiap penemubual (204-2) diberikan kuota3 bagi jenis-jenis unit pensampelan yang berbeza yang akan dijadikan sebagai sampel.

164

Parameter populasi1 adalah satu nilai numerik yang mencirikan populasi. Anggaran statistik2 adalah prosedur di mana nilai parameter dianggarkan daripada sampel. Anggaran ini adalah bergantung kepada ralat-ralat pensampelan3 dan ralat piawai4 adalah untuk mengukur magnitud bagi ralat pensampelan. Kadangkala selang keyakinan5 dikaitkan dengan anggaran yang digunakan untuk menunjukkan had di mana kuantiti yang dianggarkan berada pada kebarangkalian yang telah ditetapkan. Perbezaan antara dua nilai dirujuk sebagai perbezaan signifikan6 apabila kebarangkalian yang disebabkan oleh peluang adalah kurang daripada nilai yang telah ditetapkan yang dipanggil sebagai aras keertian7. Oleh itu, perbezaan mungkin signifikan pada aras 5 peratus sekiranya kebarangkalian yang disebabkan oleh peluang tersebut adalah kurang daripada 0.05. Sebaagi tambahan kepada ralat pensampelan, ralat-ralat pemerhatian8 atau ralat-ralat sambutan8 juga mempengaruhi anggaran. Ralat-ralat ini kebiasaannya terdiri daripada bias penemubual9 iaitu ralat-ralat sistematik yang disebabkan oleh penemubual apabila data asas dikumpulkan.

* * *

Pergi ke: Pengenalan Demopædia | Arahan penggunaan | Muat turun
Bab: Prakata | 1. Konsep umum | 2. Pengurusan dan pemprosesan statistik penduduk | 3. Taburan dan klasifikasi penduduk | 4. Kematian dan morbiditi | 5. Perkahwinan | 6. Kesuburan | 7. Pertambahan dan penggantian penduduk | 8. Mobiliti ruangan | 9. Aspek ekonomi dan sosial demografi
Muka: 10 | 11 | 12 | 13 | 14 | 15 | 16 | 20 | 21 | 22 | 23 | 30 | 31 | 32 | 33 | 34 | 35 | 40 | 41 | 42 | 43 | 50 | 51 | 52 | 60 | 61 | 62 | 63 | 70 | 71 | 72 | 73 | 80 | 81 | 90 | 91 | 92 | 93