The Demopædia Encyclopedia on Population is under heavy modernization and maintenance. Outputs could look bizarre, sorry for the temporary inconvenience

Kamus Demografi Pelbagai Bahasa, Edisi Kedua, Volum Bahasa Malaysia

13

Daripada Demopædia.
Semakan 357 pada 07:21, 15 Mei 2013 oleh Irwan Nadzif Mahpul (Perbincangan | sumb.) (138)
(beza) ←Semakan sebelumnya | Semakan semasa (beza) | Semakan berikutnya→ (beza)
Lompat ke: pandu arah, cari


Penolak tuntutan : Penaja Demopaedia tidak semestinya bersetuju dengan kesemua definisi yang terkandung dalam Kamus versi ini.

Pengharmonian edisi kedua Kamus Demografi Pelbagai Bahasa adalah suatu proses berterusan. Sila rujuk laman perbincangan untuk komen selanjutnya.


Pergi ke: Pengenalan Demopædia | Arahan penggunaan | Muat turun
Bab: Prakata | 1. Konsep umum | 2. Pengurusan dan pemprosesan statistik penduduk | 3. Taburan dan klasifikasi penduduk | 4. Mortaliti dan morbiditi | 5. Perkahwinan | 6. Kesuburan | 7. Pertambahan dan penggantian penduduk | 8. Mobiliti ruangan | 9. Aspek ekonomi dan sosial demografi
Muka: 10 | 11 | 12 | 13 | 14 | 15 | 16 | 20 | 21 | 22 | 23 | 30 | 31 | 32 | 33 | 34 | 35 | 40 | 41 | 42 | 43 | 50 | 51 | 52 | 60 | 61 | 62 | 63 | 70 | 71 | 72 | 73 | 80 | 81 | 90 | 91 | 92 | 93


130

Istilah statistik penduduk1 atau statistik demografi1 adalah merujuk kepada data berangka2 mengenai penduduk, yang berdasarkan kepada pemerhatian3. Selepas pemerhatian dikumpulkan4 pada bentuk-bentuk (206-1) yang bersesuaian, dokumen tersebut akan disunting5 dan disahkan5 untuk menghilang ketidakseragaman yang jelas. Data tersebut akan ditaburkan6 kepada kumpulan-kumpulan7 atau kelas-kelas8 tertentu yang mempunyai ciri-ciri yang sama. Pemprosesan data9 mengandungi kesemua langkah-langkah daripada pengumpulan sehingga analisis statistik10 (132-1).

131

Data kebiasaannya dirujuk sebagai data mentah1 atau data kasar1 sebelum pemprosesan dan taburan dan data asas1 atau data primer1 selepas pemprosesan dan taburan. Data asas kebiasaannya mengandungi siri-siri2 bagi nombor-nombor mutlak3 yang diletakkan bersama dalam bentuk jadual-jadual statistik4. Dalam jadual-jadual tersebut, data umumnya diklasifikasikan mengikut pembolehubah-pembolehubah5 atau variat-variat5 tertentu seperti umur, bilangan anak dan sebagainya, atau mengikut atribut-atribut6 atau ciri-ciri6 tertentu (sebagai contoh. jantina, status perkahwinan dan sebagainya). Apabila data diklasifikasikan mengikut beberapa pembolehubah atau atribut secara serentak, jadual tersebut dipanggil taburan silang7 atau jadual kontingensi7. Jadual ringkasan8 memberikan maklumat yang kurang lengkap berbanding jadual individu9 .

132

Penggunaan data asas umumnya melibatkan dua fasa. Analisis1 bertujuan untuk mengasingkan komponen-komponen bagi nombor-nombor yang diperhatikan (saiz, struktur, faktor luaran dan fenomena yang dikaji); sintesis2 adalah proses menggabungkan semula komponen-komponen yang telah diasingkan dalam pelbagai cara. Sama ada fasa yang melibatkan pengiraan3 atau penghitungan3 bagi indeks4 yang boleh diwakili oleh pelbagai nama (cf. § 133). Berbeza dengan data asas, indeks ini dirujuk sebagai hasil6 atau indeks sintetik5. Dalam erti kata yang lebih khusus, indeks7 (pl. indeks atau nombor indeks7 adalah nisbah yang menunjukkan nilai bagi kuantiti tertentu terhadap asas8, yang kebiasaannya diambil sebagai 100. Beberapa indeks adalah indikator9 yang baik bagi sesuatu situasi yang kompleks; maka kadar mortaliti bayi kadangkala digunakan sebagai indikator bagi tahap kesihatan penduduk.

133

Salah satu daripada peringkat pertama analisis (132-1) adalah dengan menghubungkan jumlah penduduk atau bilangan peristiwa dengan jumlah atau bilangan yang lain. Indeks yang diperolehi terdiri daripada pelbagai nama. Nisbah6 digunakan untuk pelbagai tujuan, dan ia adalah hasil bahagi antara kuantiti dari jenis yang sama. Apabila yang dibahagi dan pembahagi adalah dari jenis yang sama tetapi kategori yang berbeza (sebagai contoh, lelaki dan perempuan, anak dan wanita, berbeza kumpulan umur), terminologi lain mungkin digunakan untuk menghubungkan kedua-dua kuantiti tersebut dengan sesuatu nisbah khusus1 (seperti nisbah jantina). Kadaran2 adalah nisbah yang menunjukkan hubungan dalam magnitud bagi sebahagian kepada keseluruhan. Peratusan3 adalah kadaran yang dinyatakan bagi setiap seratus. Kadar4 adalah nisbah khusus yang digunakan untuk menunjukkan kekerapan relatif5 bagi sesuatu peristiwa dalam populasi atau sub-populasi dalam tempoh masa tertentu, kebiasaannya satu tahun. Walaupun penggunaannya adalah digalakkan, istilah ini telah digunakan secara meluas dan kerap digunakan secara tidak tepat sebagai sinonim bagi nisbah (sebagai contoh. kadar penyertaan tenaga buruh, yang sebenarnya adalah suatu kadaran).

134

Kekerapan relatif (133-5) bagi peristiwa tidak boleh diperbaharui sering dianggap sebagai ukuran empirikal bagi kebarangkalian1 berlakunya peristiwa tersebut. ini mengandaikan bahawa kesemua individu yang muncul dalam penyebut telah terdedah kepada risiko3 dalam beberapa cara, sebagai contoh. ia mesti terdapat peluang2 atau risiko2 bahawa peristiwa tersebut mungkin berlaku ke atas mereka. Penggunaan istilah "risiko" tidak membayangkan bahawa peristiwa tersebut adalah tidak diingini; oleh itu istilah "risiko perkahwinan" adalah digunakan. Penduduk kebiasaannya dibahagikan kepada beberapa sub-kumpulan yang berbeza, di mana risiko peristiwa adalah kurang berbeza antara individu berbanding dalam populasi secara keseluruhan; sub-kumpulan adalah lebih homogen4 berbanding keseluruhan populasi yang lebih heterogen5. Kadar-kadar yang dikira bagi sub-kumpulan dipanggil kadar-kadar tertentu6 berbanding dengan kadar-kadar kasar (136-8) yang merujuk kepada keseluruhan penduduk. Kadar-kadar umum7 kadangkala melibatkan sekatan umur, sebagai contoh kadar fertiliti umum (633-7).

135

Kadar-kadar umur tertentu1 dikira bagi tahun umur tunggal atau bagi kumpulan-kumpulan umur ( kadar-kadar kumpulan umur tertentu2 atau kadar kumpulan umur tertentu2). Kadar-kadar jangkamasa tertentu3 mengambikira masa yang berlaku sejak peristiwa garis dasar4 atau peristiwa asal4 seperti perkahwinan atau kelahiran lepas. Kadar-kadar pusat10 diperolehi melalui hasil bahagi bilangan peristiwa sepanjang tahun atau sepanjang tempoh yang lain (biasanya lima tahun) sama ada dengan purata penduduk6 atau penduduk pertengahan tahun6 atau dengan bilangan tahun-orang7 yang terdedah kepada persitiwa tersebut; bilangan tahun-orang adalah hasil tambah bagi masa kesemua individu yang terdedah dalam kumpulan yang dikaji sepanjang tahun atau tempoh. Kadar tersebut boleh juga diperolehi melalui hasil bahagi antara bilangan peristiwa-peristiwa tidak boleh diperbaharui dalam setahun atau tempoh tahun dan saiz kohort pada permulaan tahun atau tempoh; ia kadangkala dipanggil kebarangkalian susutan5 atau hanya kebarangkalian5, dan adalah berbeza dengan kadar pusat. Dalam perenggan ini, perkataan "tempoh" adalah merujuk kepada jarak masa. Walau bagaimanapun, kadar-kadar tempoh8 adalah merujuk kepada satu atau beberapa tahun tertentu; ia adalah berbeza dengan kadar kohort9 atau kadar generasi9.

136

Data adalah sementara1 sekiranya ia adalah berdasarkan kepada pemerhatian kawalan yang tidak lengkap. Ia akan menjadi data muktamad2 apabila pemerhatian tersebut adalah lengkap. Kadar-kadar yang berasaskan kepada data tersebut masing-masing dipanggil kadar-kadar sementara3 dan kadar-kadar akhir4. Apabila maklumat telah diterbitkan, ia akan menjadi kadar-kadar semakan5. Kadar diperbetulkan6 biasanya menggambarkan bahawa data yang rosak atau kaedah-kaedah yang tidak bersesuaian telah menghasilkan keputusan yang mengelirukan atau tidak memenuhi kehendak dan tindakan lanjut telah dilakukan untuk mengatasi perkara ini, cth. pembetulan untuk kurang penghitungan, pembetulan untuk migrasi, pembetulan untuk pergerakan bermusim. Kadar-kadar terpiawai7 atau kadar-kadar disesuaikan7 dibangunkan untuk membandingkan populasi yang berbeza yang merujuk kepada pembolehubah seperti fertiliti atau mortaliti dengan mengambilkira pengaruh bagi pembolehubah yang lain seperti umur adalah malar. Istilah kadar dibetulkan7 juga digunakan oleh beberapa ahli demografi di mana ia adalah sinonim dengan kadar terpiawai. Bagi populasi yang kecil, penggunaan kadar-kadar piawai9 (cf. 403-6 sebagai contoh) adalah dikira daripada data yang berkualiti untuk menggambarkan populasi sebenar. Kadar-kadar tak terpiawai dipanggil kadar-kadar kasar8. Walaupun kadar-kadar tersebut mungkin digunakan untuk mengukur trend yang sebenar, inferens yang kurang tepat mungkin terhasil apabila perbandingan antara populasi yang berbeza struktur (144-4) dilakukan.

137

Pada kebiasaannya, indeks (132-7) demografi adalah berkaitan dengan tempoh pemerhatian1 tertentu; ia adalah tepat bagi kebanyakan kadar (cf. 133-4). Kadar tahunan2 akan berkaitan dengan tempoh bagi 12 bulan. Apabila pemerhatian dilakukan untuk beberapa tahun dan dipuratakan, istilah min kadar tahunan3 atau purata kadar tahunan3 biasannya akan digunakan. Apabila kadar-kadar dikira untuk tempoh yang melebihi satu tahun, kadar-kadar tersebut akan ditukarkan kepada asas tahunan4 melalui pendaraban dengan faktor yang bersesuaian. Kadar-kadar seketika5 kadangkala dikira; adalah berkaitan dengan tempoh masa yang terlalu kecil, cf. sebagai contoh kadar kematian seketika (431-4) atau kadar pertumbuhan penduduk seketika (702-5).

138

Objektif utama analisis kohort (103-4) adalah untuk mengkaji intensiti1 dan tempo2 atau masa2 bagi sesuatu fenomena demografi. Intensiti bagi fenomena dimulakan oleh sesuatu peristiwa tidak boleh diperbaharui (201-4) yang mungkin diukur sama ada melalui kekerapan muktamad3 bagi kejadian pada sesuatu peristiwa atau melalui pelengkapnya. Kekerapan muktamad menunjukkan kadaran individu yang mengalami peristiwa tesebut tanpa mengambilkira pengaruh luaran semasa kewujudan kohort (116-2) tersebut. Intensiti bagi sesuatu fenomena dimulakan oleh peristiwa boleh diperbaharui (201-5) seperti kelahiran atau migrasi, boleh diukur melalui min bilangan peristiwa4 bagi setiap individu dalam kohort, juga tanpa mengambilkira pengaruh luaran. Tempo atau masa boleh ditakrifkan sebagai taburan mengikut masa dalam kohort tersebut bagi peristiwa demografi merujuk kepada fenomena yang dikaji. Hasil bagi analisis keratan rentas atau analisis tempoh (103-5) diringkaskan oleh ukuran-ukuran tempoh5 — berbanding dengan ukuran-ukuran kohort6 — yang mana boleh dibina dalam pelbagai teknik. Teknik yang biasanya digunakan adalah dengan mengaitkan kadar-kadar yang diperolehi berkaitan dengan pelbagai umur atau jangkamasa dengan kohort hipotetik7 atau kohort sintetik7.

* * *

Pergi ke: Pengenalan Demopædia | Arahan penggunaan | Muat turun
Bab: Prakata | 1. Konsep umum | 2. Pengurusan dan pemprosesan statistik penduduk | 3. Taburan dan klasifikasi penduduk | 4. Kematian dan morbiditi | 5. Perkahwinan | 6. Kesuburan | 7. Pertambahan dan penggantian penduduk | 8. Mobiliti ruangan | 9. Aspek ekonomi dan sosial demografi
Muka: 10 | 11 | 12 | 13 | 14 | 15 | 16 | 20 | 21 | 22 | 23 | 30 | 31 | 32 | 33 | 34 | 35 | 40 | 41 | 42 | 43 | 50 | 51 | 52 | 60 | 61 | 62 | 63 | 70 | 71 | 72 | 73 | 80 | 81 | 90 | 91 | 92 | 93