The Demopædia Encyclopedia on Population is under heavy modernization and maintenance. Outputs could look bizarre, sorry for the temporary inconvenience

Kamus Demografi Pelbagai Bahasa, Edisi Kedua, Volum Bahasa Malaysia

11

Daripada Demopædia.
Lompat ke: pandu arah, cari


Penolak tuntutan : Penaja Demopaedia tidak semestinya bersetuju dengan kesemua definisi yang terkandung dalam Kamus versi ini.

Pengharmonian edisi kedua Kamus Demografi Pelbagai Bahasa adalah suatu proses berterusan. Sila rujuk laman perbincangan untuk komen selanjutnya.


Pergi ke: Pengenalan Demopædia | Arahan penggunaan | Muat turun
Bab: Prakata | 1. Konsep umum | 2. Pengurusan dan pemprosesan statistik penduduk | 3. Taburan dan klasifikasi penduduk | 4. Mortaliti dan morbiditi | 5. Perkahwinan | 6. Kesuburan | 7. Pertambahan dan penggantian penduduk | 8. Mobiliti ruangan | 9. Aspek ekonomi dan sosial demografi
Muka: 10 | 11 | 12 | 13 | 14 | 15 | 16 | 20 | 21 | 22 | 23 | 30 | 31 | 32 | 33 | 34 | 35 | 40 | 41 | 42 | 43 | 50 | 51 | 52 | 60 | 61 | 62 | 63 | 70 | 71 | 72 | 73 | 80 | 81 | 90 | 91 | 92 | 93


110

Unit statistik1 asas yang digunakan dalam demografi adalah individu2 atau orang2. Istilah ketua2 turut digunakan tetapi penggunaannya kini semakin kurang. Isirumah3 adalah satu unit sosio-ekonomi yang mengandungi beberapa individu yang tinggal bersama. Definisi statistik bagi isirumah adalah berbeza. Menurut definisi yang dicadangkan oleh piawaian antarabangsa, isirumah mengandungi sekumpulan individu yang berkongsi tempat kediaman (120-1) dan makanan yang utama. Istilah seperdiangan3 telah digunakan pada masa lalu yang menunjukkan bahawa ahli isirumah yang lepas pernah berkongsi sumber api yang sama. Klasifikasi isirumah turut berbeza antara negara. Kebanyakan klasifikasi melibatkan perbezaan dua jenis: isirumah persendirian4 dan isirumah kolektif5. Individu yang tinggal bersendirian dikategorikan sebagai isirumah perseorangan6. Penumpang7 adalah seseorang selain daripada pembantu rumah yang tidak mempunyai hubungan dengan ahli isirumah yang lain dan berkongsi makanan dengan isirumah tersebut. Sebaliknya, penyewa8 atau penyewa bilik8 tidak berkongsi makanan dengan ahli isirumah lain.

111

Apabila isirumah persendirian (110-4) mengandungi beberapa individu, mereka dipanggil ahli-ahli isirumah1 dan salah seorang daripada mereka akan menjadi ketua isirumah2. Tiada syarat yang dikenakan bagi menjadi ketua isirumah; kebiasaannya pencari nafkah utama3 akan menjadi ketua isirumah. Pada kebanyakan banci, terdapat soalan bagi mengetahui hubungan4 (114-3*) bagi setiap ahli isirumah dengan ketua isirumah. Ini membolehkan perbezaan dilakukan antara kumpulan yang berbeza dalam isirumah komposit5 atau isirumah kompleks5 yang mengandungi ahli-ahli bagi lebih daripada satu keluarga asas atau keluarga nuklear (113-1). Isirumah komposit atau kompleks boleh dipecahkan kepada beberapa nuklei6 iaitu nukleus primer7 dan nuklei sekunder8. Nuklei biasanya dipanggil sebagai keluarga (112-1). Keluarga primer9 is that of the household head when it is defined, the others are called keluarga sekunder10. Saiz isirumah11 menunjukkan bilangan individu yang terdapat dalam setiap isirumah.

112

Keluarga1 (cf. § 113 and § 115) adalah berbeza daripada isirumah (110-3). Ia ditakrifkan dengan hanya mengambilkira hubungan yang wujud hasil daripada perkahwinan, reproduksi atau pengambilan anak angkat,yang kesemuanya dikawal selia oleh undang-undang atau adat. Hubungan asas yang wujud antara pasanganyang berkahwin - dan yang wujud antara pasangan sebagai ibubapa2, sebagai contoh, bapa3 dan ibu4, dan anak-anak5, sebagai contoh, anak-anak lelaki6 dan anak-anak perempuan7 .

113

Ibubapa dan anak-anak dirujuk sebagai keluarga asas1, atau keluarga nuklear1. Abang2 dan kakak3 tanpa dibezakan mengikut jantina dipanggil seketurunan4 atau saudara kandung4. Saudara kandung dengan hanya mempunyai salah satu ibubapa yang sama dipanggil saudara tiri lelaki5 atau saudara tiri perempuan6. Keluarga luas7 adalah unit keluarga yang lebih besar umumnya terdiri daripada kombinasi keluar-keluarga asas. keluarga luas menegak8 mengandungi tiga atau lebih generasi yang tinggal dalam isirumah yang sama atau hampir antara satu sama lain. Keluarga luas mendatar9 mengandungi saudara kandung dengan pasangan dan anak-anaknya yang tinggal bersama. Keluarga luas menegak boleh membentuk jenis yang lebih khusus seperti keluarga tenggek10 di mana hanya waris dan ahli keluarganya sahaja yang akan kekal tinggal dengan ibubapa mereka.

114

Individu-individu yang mempunyai hubungan melalui keturunan1 yang sama daripada leluhur2 atau nenek moyang2 yang sama dipanggil saudara sedarah3 atau saudara genetik3. Istilah sanak3 dan kumpulan persanakan3 juga turut digunakan. Darjah perhubungan4 umumnya dikira dengan merujuk kepada beberapa langkah sebelum nenek moyang, tetapi terdapat pelbagai kaedah berbeza untuk mengiranya. Hubungan asas dalam setiap langkah tersebut adalah hubungan anak-ibubapa5 (cf. 112-6* dan 112-7*) bagi anak terhadap ibubapa, yang mana adalah salingan bagi keibubapaan6 (112-2*) cth. hubungan bagi pasangan atau bapa atau ibu dengan anak7 atau progeni7. Hubungan darah perlu dibezakan daripada hubungan perkahwinan8, iaitu berlakunya perkahwinan antara satu pasangan dan sanak yang lain..

115

Keluarga1 (cf. 112-1) sebagai satu unit dalam pengajian demografi mewakili kesemua atau sebahagian daripada keperluan isirumah (110-3) yang perlu ditakrifkan dan takrifan tersebut adalah berbeza mengikut tujuan. Keluarga statistik1 atau keluarga banci1 umumnya mengandungi kesemua ahli bagi isirumah yang mempunyai kaitan darah, pengambilan anak angkat atau perkahwinan. Keluarga statistik tidak boleh mengandungi lebih daripada satu isirumah, walaupun isirumah tersebut mempunyai lebih daripada satu keluarga. Di beberapa negara, definisi bagi keluarga statistik mungkin menyamai keluarga biologi (113-1); kebiasaannya, definisi tersebut adalah berdasarkan kepada keluarga nuklear2 yang mengandungi sama ada pasangan berkahwin yang tidak mempunyai anak, pasangan berkahwin yang mempunyai seorang atau lebih anak tidak pernah berkahwin atau seroang ibubapa yang mempunyai seorang atau lebih anak tidak berkahwin. Pasangan berkahwin yang tinggal bersma anak-anak dipanggil keluarga tradisional3. Keluarga porak peranda4 adalah keluarga di mana salah seorang daripada ibubapa telah meninggal dunia, bercerai atau berpisah. is one in which one of the parents has been lost by death, divorce or desertion.}} Keluarga di mana salah seorang penjaga, bercerai atau berpisah tinggal bersama bersama anak-anak boleh juga dipanggil sebagai keluarga ibubapa tunggal4. Pasangan yang berkahwin, balu/deda atau bercerai/berpisah masa masa deklarasi yang tidak mempunyai anak yang tinggal bersama dalam isirumah tersebut mungkin mempunyai nama khusus seperti di Jerman iaitu keluarga sisa (“Restfamilie”)5. Apabila jenis-jenis keluarga ini tinggal dalam isirumah yang sama, ia dipanggil isirumah keluarga6.

116

Dalam demografi, istilah generasi1 merujuk kepada sekumpulan individu yang lahir dalam tempoh masa tertentu. Istilah kohort2 merujuk kepada sekumpulan individu yang mengalami peristiwa tertentu dalam tempoh masa tertentu: oleh itu, kohort kelahiran adalah sinonim dengan generasi 116-1, kohort perkahwinan adalah sekumpulan individu yang berkahwin dalam tempoh tertentu. Dalam demografi seperti juga genealogi, istilah generasi3 boleh juga digunakan untuk menggambarkan keturunan bagi sekumpulan individu 116-1. Oleh itu, anak-anak bagi sekumpulan migran biasanya dirujuk sebagai generasi kedua9. Kadangkala, istilah generasi ketiga atau keempat juga digunakan. Generasi boleh merujuk kepada umur semasa penduduk, sebagai contoh, generasi muda6, generasi umur pertengahan7 atau generasi dalam kehidupan perdana7 dan generasi tua8 manakala had umur selalunya memerlukan penjelasan lanjut. Kohort bagi individu yang dilahirkan semasa tempoh yang lepas adalah berkaitan dengan kadar kelahiran yang rendah (atau tinggi) boleh dirujuk sebagai kohort kadar kelahiran rendah11 (atau kohort kadar kelahiran tinggi10). Kadangkala, pertimbangan dihadkan hanya kepada satu jantina sahaja, oleh itu generasi lelaki4 atau generasi bapa4 adalah anak lelaki bagi generasi lelaki, generasi perempuan5 atau generasi ibu5 adalah anak perempuan bagi generasi perempuan. Perbezaan ini biasanya digunakan apabila tempoh bagi satu generasi atau min selang antara generasi yang berturutan dikira. (cf. 713-1).

* * *

Pergi ke: Pengenalan Demopædia | Arahan penggunaan | Muat turun
Bab: Prakata | 1. Konsep umum | 2. Pengurusan dan pemprosesan statistik penduduk | 3. Taburan dan klasifikasi penduduk | 4. Kematian dan morbiditi | 5. Perkahwinan | 6. Kesuburan | 7. Pertambahan dan penggantian penduduk | 8. Mobiliti ruangan | 9. Aspek ekonomi dan sosial demografi
Muka: 10 | 11 | 12 | 13 | 14 | 15 | 16 | 20 | 21 | 22 | 23 | 30 | 31 | 32 | 33 | 34 | 35 | 40 | 41 | 42 | 43 | 50 | 51 | 52 | 60 | 61 | 62 | 63 | 70 | 71 | 72 | 73 | 80 | 81 | 90 | 91 | 92 | 93